advertisement

Pihak UPNM telah mengumumkan di portalnya dimana tiada proses temuduga dijalankan pada tahun ini bagi kemasukan ke UPNM untuk sesi akademik 2020/2021.

Disebabkan penularan COVID-19 yang menular dan menjangkiti seluruh Malaysia, Kerajaan telah mengambil langkah keselamatan dengan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ianya telah bermula pada 18 Mac yang lepas dan dijangka akan tamat pada 12 Mei 2020 jika tidak disambung lagi.

Justeru itu, orang ramai tidak dibenarkan keluar rumah, tidak dibenarkan berkumpul dengan jumlah yang ramai dan juga lakukan penjarakkan sosial setiap masa. Justeru itu, segala aktiviti yang melibatkan pengumpulan orang ramai tidak dibenarkan termasuklah proses temuduga seperti yang dilakukan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebelum-sebelum ini

Tiada Proses Temuduga Bagi Proses Kemasukan UPNM

Hari ini 27 April 2020, bagi pelajar lepasan SPM 2019 boleh membuat semakan proses temuduga bagi beberapa program yang ditawarkan di setiap universiti. Temuduga ini bertujuan menyarin pelajar bagi kemasukan untuk sesebuah program termasuklah kemasukan ke UPNM.

Berikutan penularan COVID-19 dan patuhi arahan PKP, UPNM tidak akan mengadakan proses Temuduga seperti tahun-tahun sebelum ini. Anda boleh semak di pautan ini bagi kemasukan ke UPNM kemasukan.upnm.edu.my/temuduga

upnm

UPNM telah membuat keputusan, merit pengambilan pelajar adalah berdasarkan keputusan SPM, pilihan utama, BMI serta tertakluk kepada jawatankuasa pengambilan UPNM.

Sebarang makluman akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Boleh rujuk portal rasmi UPNM di www.upnm.edu.my/

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here