advertisement
Tips Pengguna : Ketahui Status Halal | Baru-baru ini kita ada baca di mana kejadian berlaku di sebuah kedai mamak pada awalnya disabitkan dengan 1 kesalahan larangan merokok tetapi selepas di soal siasat di dapati kedai mamak itu beroperasi di mana pemiliknya bukanlah beragam Islam jadi dia bukan mamak. Sekadar menampal dan menulis tulisan-tulisan jawi di dinding-dinding kedai sahaja.
Kejadian itu sedikit sebanyak akan memberi kesan lagi-lagi kepada pengguna atau pelanggan kedai-kedai mamak. Adakah ada lagi kejadian seperti ini? Mungkin status halalnya boleh diragui. Tetapi admin harap kedai-kedai mamak di tempat lain pemiliknya betul-betul Islam dan status halalnya sahih la kan. Yang penting juga kebersihan
Tips Pengguna : Ketahui Status Halal

Jadi pihak berwajib MYKPDNHEP telah mengeluarkan infografik yang ringkas dan padat kepada semua pengguna untuk ketahui status halal bagi sesuatu barangan yang platfomnya disediakan oleh pihak JAKIM. Jadi mari kita pengguna sama-sama belajar tentang perkara ini. 
  1. Pilih barangan yang ada logo halal oleh JAKIM
  2. Periksa bahan dalam makanan dan minuman (ingredients)
  3. Waspada barangan kulit yang meragukan
  4. Ketahui status halal melalui www.halal.gov.my
  5. Elakkan memasuki premis yang logo halalnya selain daripada JAKIM
Tips Pengguna : Ketahui Status Halal

Sedikit-sebanyak dengan tips kita dapat belajar bagaimana untuk mengetahui status halal bagi sesuatu barangan yang ada di Malaysia. Ingat sebagai yang muslim itu, mencari yang halal sesuatu yang wajib.
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here