Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Sudah dibuat pengumuman rasmi sebelum ini di artikel Hebahan Tarikh Permohonan UPUOnline yang memberi tahu bahawa Permohonan UPUOnline akan dibuka pada 25 Februari 2019 ini. Jadi kepada lepasan SPM / STPM / Setaraf bolehlah membuat persediaan untuk membuat permohonan bermula pada tarikh tersebut.

Tips Permohonan UPUOnline 2019

Jadi sini admin ingin kongsikan 14 Tips Permohonan UPUOnline 2019 yang dikongsikan sendiri oleh pihak UPUOnline. Harap panduan ringkas ini kepada calon-calon dapat memudahkan proses mengemukakan permohonan UPUOnline kelak.

Tips Permohonan UPUOnline 2019

1.   Pembelian No Unik ID BSN

Sebelum pembelian No Unik ID BSN / No Pin UPU, calon mestilah tahu Kategori Permohonan yang betul. No Unik ID berbeza mengikut kategori. Jangan tersalah beli nanti. Jika tidak anda tidak berjaya untuk membuat pemohonan atau terpaksa beli No Unik ID baru. No pin UPU berharga RM15.60

2.   Kategori-Kategori Permohonan

   2.1   Kategori Permohonan SPM

Lepasan SPM ada dua (2) kategori iaitu Kategori A (SPM tahun semasa) dan Kategori B (SPM dua tahun sebelum tahun semasa). Jadi bagi permohonan Kategori A (SPM 2018) dan Kategori B (SPM 2017 dan 2016)

   2.2   Kategori STPM / Setaraf

Kategori STPM lebih banyak berbanding SPM. Ada dua belas (12)  kategori semuanya :

STPM (Kategori A dan S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja (STPM 2018):

Kategori A • Aliran Sastera.
Kategori S • Aliran Sains.

Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J)
Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa (2018) seperti pecahan berikut:

Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.

Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori G, E, F)

Kategori G • DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA) / DIPLOMA POLITEKNIK :
                        – DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA)
                        – DIPLOMA POLITEKNIK
Kategori E • DKM / DLKM / DVM / DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN :
                        – DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM)
                        – DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA (DLKM)
                        – DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA
                        – DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN
Kategori F • KELAYAKAN SETARAF :
                        – A LEVEL
                        – INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA (IBD)
                        – SEKOLAH SUKAN (SSBJ/SSTMI/SSMP)
                        – STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
                        – MATRIKULASI KPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
                        – STAM (DUA (2) TAHUN SEBELUM TAHUN SEMASA)
                        – AUSMAT/ SAM / ADFP
                        – FOUNDATION IPTS

Lepasan STAM (Kategori T)
Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun semasa (STAM 2018) dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja (STAM 2017)

   2.3   Kenapa pentingnya kategori ini?

Melalui kategori ini calon akan bersaing dalam kumpulan masing-masing. Tawaran program pengajian pula tidak sama terutamanya bagi calon tahun semasa SPM, STPM, PASUM, Asasi UiTM dan Matrikulasi. Pilihan program telah pun ditapis mengikut kelayakan.

3.   Layari Portal Rasmi UPUOnline

Permohonan UPUOnline hanya boleh dikemukakan di Portal Rasmi sahaja upu.moe.gov.my. Segala maklumat 20 Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA ada di portal rasmi. Pastikan maklumat yang diperoleh adalah tepat.

4.   Minat / Kecenderungan

Calon yang kurang pasti akan minat terhadap sesebuah program pengajian boleh berjumpa dengan kaunselor sama ada di sekolah atau universiti sebelum mengemukakan permohonan. Masa inilah peranan kaunselor sangat penting. Rujuk orang yang tepat dan UPUTag di Portal Rasmi UPU.

5.   ePanduan

ePanduan ini adalah Syarat Am & Khas Kelayakan permohonan program pengajian. Calon yang memohon terutamanya bagi calon bukan tahun semasa sangat perlu rujuk dan semak. Sebab apa? Calon bagi kelayakan tersebut tidak ditapis mengikut kelayakan masing-masing

6.   Tambahan Maklumat ePanduan

Boleh tak cuba mohon tapi hanya satu (1) syarat sahaja tak cukup? Tak boleh. Jangan sesekali cuba. Sistem akan terus tolak permohonan program tersebut jika tak lepas syarat. Hanya program yang tak lepas syarat sahaja, bukan tolah semua program.

ePanduan ini ibarat macam ‘Hukuman Mandatori’. Jangan sesekali langgar sekiranya tidak cukup syarat. Perlu akur dan ikut. Semak dengan teliti.

Tips Permohonan UPUOnline 2019

7.   Isi permohonan UPUOnline

Bila sudah tahu jenis kategori, beli No Pin, tahu minat dan syarat kelayakan kemudian barulah mohon UPUOnline (25 Februari sehingga 2 April 2019). Pastikan anda daftar terlebih dahulu untuk cipta akaun baru. (Sila guna emel persendirian, jangan guna emel UPU)

8.   Wajib Isi Semua (*)

Kemukakan maklumat yang tepat dan betul. UPU akan selaraskan semua maklumat yang dikemukakan dengan JPN, LPM, MPM, KWSP, LHDN dan pelbagai lagi. Oleh itu, jangan sesekali beri maklumat palsu. Bagi yang bertanda (*) wajib diisi kesemuanya

Sebagai contoh, kalau maklumat ibu/bapa tiada No Kad Pengenalan macam mana? Sebab bukan warganegara. Jangan risau, kemukakan maklumat penjaga yang lain seperti bapa/ibu saudara atau sesiapa yang mempunyai hubungan keluarga sahaja yang mempunyai Kad Pengenalan

9.   Pilihan Program Mengikut Keutamaan

Proses penawaran program melalui sistem UPUOnline akan melihat dari pilihan 1 dan seterusnya seperti yang dikemukakan oleh calon. UPU akan mengutamakan pilihan calon mengikut susunan yang dipohon.

Contoh: Calon yang gagal temuduga pilihan 1 akan terus diproses ke pilihan 2 ke pilihan 3 dan seterusnya. Jadi isi pilihan program ikut keutamaan yang diminati. Hanya 5 sahaja wajib diisi tetapi disarankan ini kesemuanya

10.   Isi Sehingga Lengkap

Permohonan yang dikemukakan hendaklah diisi dengan selengkapnya. Sekiranya ada maklumat wajib (*) yang tidak lengkap, ‘poput’ notifikasi akan keluar di atas borang UPUOnline. Calon Diploma Setaraf perlu memuat naik dokumen penting yang berkaitan.

11.   Klik ‘Sah & Hantar’

Di akhir permohonan calon akan membuat pengesahan maklumat yang dikemukakan tepat dan benar. Pastikan setiap kali kemaskini klik ‘Sah & Hantar”. Kemaskini tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan. Bila sudah klik baru lah permohonan diterima oleh pihak UPU.

12.   Cetak Slip Permohonan

Seterusnya setelah klik ‘Sah & Hantar’, calon akan mendapat Slip Permohonan yang tertera maklumat permohonan dan pilihan program. Teliti permohonan dengan tepat. Jangan risau sekiranya ada kesilapan, boleh kemaskini semula permohonan.

13.   Simpan Slip Permohonan

Pentingya Slip Permohonan ini sebagai bukti permohonan telah dikemukakan sekiranya berlaku sebarang masalah pada masa akan datang. Untuk makluman, ada juga Universiti Awam yang perlukan Slip Permohonan semasa pendaftaran. Simpan elok-elok.

Macam mana kalau dah kemaskini permohonan? Sebab itu, pentingnya klik ‘Sah & Hantar’. Slip Permohonan terkini dan baru akan tertera. Slip Permohonan ini hanya boleh diperoleh semasa permohonan UPUOnline dibuka sahaja.

14.   Jangan Tunggu Saat Akhir

Isi awal permohonan sampai habis dan hantar permohonan adalah lebih baik. Jika ada perubahan yang hendak dibuat, kemaskini sahaja. Ingat jangan tunggu sehingga saat akhir

Pendidikan Untuk Semua

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain