advertisement

Tuntut sijil STPM anda. Pada 11 Mac 2019 baru-baru ini, telah secara rasminya keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) diumumkan serentak bagi seluruh Malaysia. Pelbagai ucapan tahniah yang telah diberikan dapat kita lihat di media-media sosial pada hari tersebut.

Secara ringkas, pada sesi pengumuman keputusan yang diadakan di Sri Kembangan pada selasa yang lepas, Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), YBhg Prof Dato’ Ts. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal memaklumkan secara keseluruhan pencapaian calon dalam peperiksaan STPM 2018 melonjak sejak sistem modular STPM diperkenalkan pada tahun 2013 dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.80dalam peperiksaan STPM 2018 berbanding PNGK pada tahun 2017 iaitu sebanyak 2.76. Sedikit sebanyak memberi berita gembira kepada pihak Kementerian.

[Sudah baca?] Keputusan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) Akan Di Umumkan Pada 11 Mac 2019

Susulan dengan pengumuman keputusan STPM tersebut, semalam pihak MPM sekali lagi melalui pengumuman media di laman facebook rasmi MPM di mana anda boleh tuntu Sijil STPM anda daripada MPM. 

tuntut sijil stpm

Jika anda merupakan calon peperiksaan STPM bermula tahun 1982 sehingga 2012 yang belum menuntut sijil untuk pertama kali masing-masing ditawarkan untuk mendapatkan sijil tersebut dengan harga RM20

Cara Untuk Tuntut Sijil STPM

Anda boleh dapatkan borang permohonan terlebih dahulu dengan [muat turun borang disini] dan ikut segala arahan yang diberi disitu Untuk keterangan lanjut sila hubungi  talian 03-61261751 atau  emelkan kepada psm@mpm.edu.my atau  layari laman web rasmi www.mpm.edu.my/

advertisement

4 COMMENTS

  1. Saya nak Tanya … Saya ni lepasan STPM 2018 … tapi saya masih belum ambil sijil original … adakah sijil STPM yang original tu masih ada dekat pejabat sekolah ataupun telah dikembalikan ke mpm ?? Dekat hampir setahun juga lah saya belum ambil … mohon penyerahan … terima kasih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here