Nampaknya UiTM akan membatalkan segala aktiviti konvokesyen yang berlaku dalam tahun 2020 bagi program Diploma dan Ijazah kerana penularan pandemik COVID-19 masih lagi berlaku.

Selain itu, Kerajaan juga telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mana ada perkara-perkara yang masih tidak boleh dilakukan walaupun beberapa aktiviti telah diberi kelonggaran. Antaranya adalah penjarakkan sosial yang mestilah diadakan sewaktu berada di tempat awam dan ramai orang.

BACA : Permohonan Panggilan Ke-2 Ke UiTM Sesi 2019/2020

Antara perkara tersebut pastinya akan berlaku jika majlis konvokesyen diadakan. Pastinya penjarakkan sosial sukar untuk berlaku di dalam majlis ini.

Disebabkan itulah, UiTM tampil solusi dengan memperkenalkan inisiatif dimana akan adakan Majlis Konvokesyen Secara Janji Temu. Apakah Majlis Konvokesyen Janji Temu ini?

Majlis Konvokesyen Janji Temu Diperkenalkan Oleh UiTM

majlis konvokesyen

Majlis Konvokesyen Janji Temu ini merupakan inisiatif daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi menggantikan majlis konvokesyen yang biasa dilakukan di dewan dengan pengumpulan ramai orang. Majlis ini diadakan bagi majlis konvo bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Bagaimana ianya di adakan adalah seperti di dalam video ini.

Apakah kebaikkan pelaksanaan Penganugerahan Ijazah/Diploma secara Janji Temu ini?

  • Graduan berpeluang mengenakan jubah dan mengambil gambar sebagai kenangan
  • Graduan tidak perlu menunggu terlalu lama (tahun depan) untuk mempunyai sebuah foto konvokesyen
  • Graduan akan menerima skrol dan transkrip rasmi mereka selepas sesi fotografi.
  • Sesi fotografi akan diadakan di UiTM Shah Alam dan semua Cawangan UiTM. Graduan boleh menghadiri sesi di negeri masing-masing. Ini akan menjimatkan kos perjalanan dan penginapan mereka.
  • Meminimumkan risiko jangkitan COVID-19 kerana proses yang dilaksanakan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan
  • Foto yang dihasilkan mempunyai kualiti yang sama dengan foto konvokesyen sebelumnya kerana ia dikendalikan oleh Pusat Foto UiTM yang sama.
  • Proses dari memakai jubah hingga menyerahkan skrol dan transkrip rasmi akan melalui proses yang pendek, tidak lebih dari 15 minit bagi setiap siswazah.
majlis konvokesyen

Tetapi adakah ianya dapat persetujuan oleh bakal graduan? Ini kerana majlis konvokesyen ini adalah hari untuk mereka? Justeru itulah, UiTM tampil membuat tinjauan atau survey terlebih dahulu berkaitan inisiatif ini.

Jadi kepada semua bakal graduan yang akan bergraduasi pada tahun 2020, anda boleh isi borang survey di diberi bermula 25 Jun hingga 30 Jun 2020 (seminggu). UiTM hanya perlukan jawapan sama ada anda boleh hadirkan diri pada Majlis Konvokesyen Janji Temu atau tidak.

Jadi khusus kepada bakal graduan UiTM, jangan lupa untuk isi survey ini tau. Sebarkan juga kepada rakan-rakan yang lain.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi mereka ditalian seperti dibawah ini

Puan Aminah binti Aman
Deputy Registrar
+603-55443110/ aminaham@uitm.edu.my

Puan Rozani binti Mohd. Noh
Senior Assistant Registrar
+603-55443114/ roza@uitm.edu.my

Students Record and Convocation Division
Registrar’s Office
Universiti Teknologi MARA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here