advertisement

Kini pelajar UiTM berpeluang untuk melakukan latihan industri di Al-Jazeera. UiTM mencipta sejarah sebagai universiti awam pertama membentuk kerjasama dengan rangkaian media Al Jazeera sebagai sebuah organisasi media bertaraf antarabangsa

Kerjasama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media itu dimeterai menerusi nota ditandatangani Naib Canselor, Prof Dr Mohd Azraai Kassim dan Pemangku Pengurus Besar Al Jazeera Media Network, Dr Mostefa Souag di Doha pada Selasa.

latihan industri di al-jazeera

Di dalam halaman kampusuols.com, kerjasama itu menumpukan komitmen dalam hubungan dua hala yang erat untuk kerjasama bidang latihan industri bidang kewartawanan, komunikasi media dan latihan serta sangkutan industri kepada staf akademik.

Kenyataan lain, kerjasama itu bagi mewujudkan peluang bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai perkara bersifat kepentingan bersama dan gabungan program akademik.

Berpeluang Melakukan Latihan Industri Di Al-Jazeera

Di dalam pertemuan antara Naib Canselor UiTM dan Pemangku Pengurus Besar Al Jazeera Media Network ketika itu turut membincangkan isu kepentingan bersama bagi mengukuhkan pengajian kewartawanan, komunikasi dan media di pelbagai peringkat pengajian.

[Sudah Baca?] Al-Sultan Abdullah Dimasyhur Sebagai Canselor UiTM

Selepas ini, mungkin bagi pelajar UiTM yang terlibat dengan bidang seperti yang diberitahu tadi berpeluang untuk melakukan latihan industri di Al-Jazeera sekali gus akan mempelajari cara kerja yang diterapkan di tempat tersebut.

Latihan industri di Al-Jazeera pastinya memberikan pengalaman baru yang tidak dapat dilupakan kerana berpeluang berkhidmat bersama pengamal media antara terbesar di dunia.

Delegasi UiTM disertai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Profesor Ts. Dr Mohamad Kamal Harun, Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Profesor Dr Azizul Halim Yahya, Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi (CMIWS), Prof Madya Datuk Dr Ismail Sualman dan akhir sekali Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Dr Massila Hamzah.

Jadi kepada pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, rebutlah peluang ini jika tawaran ini dibuka kelak. Ada rezeki dapat buat latihan industri di Al-Jazeera bukan.

sumber: kampusuols.com

advertisement

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here