advertisement

UPKK dibatalkan selepas pihak JAKIM mengambil keputusan yang sama seperti pihak KPM membatalkan peperiksaan UPSR dan PT3 bagi tahun 2020.

Sebelum ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembukaan semua sesi persekolahan adalah tertakluk kepada perkembangan semasa berkaitan krisis COVID-19 sehinggalah ianya kembali pulih dan diumumkan oleh pihak KKM dan MKN sendiri.

Ujian Penilaian Kelas KAFA, UPKK Dibatalkan Untuk Tahun 2020

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengeluarkan kenyataan media memberitahu dimana, bagi tahun 2020 ini, Ujian Penilaian Kelas KAFA, UPKK dibatalkan.

upkk dibatalkan

Pelaksanaan UPKK bagi subjek bertulis yang dijadualkan pada 28 September hingga 1 Oktober 2020 terpaksa dibatalkan atas persetujuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaras dengan keputusan KPM yang juga membatalkan peperiksaan UPSR dan PT3 untuk tahun 2020.

Keputusan ini adalah memastikan keselamasa dan kesihatan murid-murid terjamin sepanjang krisis COVID-19 terjadi.

Bagaimanapun, keputusan ini sama sekali tidak menjejaskan penilaian terhadap tahap pengusaan murid setelah mengikut pendidikan KAFA bermula Tahun 1 hingga 6 di peringkat rendah. Selain itu, JAKIM akan menetapkan satu kaedah pentaksiran baharu bagi menggantikan ujian bertulis tersebut.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here