advertisement

Di inspirasikan daripada kisah benar ditunjukkan di dalam sebuah filem Hindustan iaitu Super 30. Jika anda ingin menonton sebuah karya perjuangan seorang guru demi mendidikan anak bangsa.

Filem : Super 30
Negara : India (Bollywood)
Pengarah : Vikas Bahl
Genre : Drama, Biografi
Pelakon : Hrithik Roshan, Mrunal Thakur, Nandish Singh
IMDB rating : 8.2 / 10

Isi kandungan

Sinopsis Filem Super 30

Filem Super 30 bersandarkan daripada kisah benar yang menceritakan seorang guru, Anand Kumar yang sanggup meninggalkan pekerjaan, kekayaan dan populariti demi mendidik golongan pemuda yang keciciran pelajaran kerana kemiskinan. Dengan wang yang ada, beliau yang juga pakar matematik di dalam kawasan daerah kawasan tersebut mengajar anak-anak secara percuma bagi melayakkan mereka memasuki Institut terkenal di India, Institut Teknologi India (IIT). Sepanjang sesi pembelajaran, terdapat banyak rintangan yang harus dilalui oleh Anand Kumar dan 30 orang pelajarnya kerana kejahatan dan dengki daripada pihak lain sehingga terpaksa berhadapan dengan ancaman bunuh dan kumpulan mafia di sana.

super 30

Review Filem Super 30

Jadi disini, admin ingin berkongsikan sedikit ulasan dan intipati daripada filem Super 30 ini. Super 30 yang dimaksudkan disini adalah 30 pelajar miskin genius tetapi tidak mendapat menyambung pelajaran kerana kemiskinan, jadi mereka terpaksa bekerja sebagai buruh binaan, angkat simen, dipusah hiburan dan macam-macam lagi.

Anand Kumar juga seorang budak pintar di daerahnya pada mulanya sehingga berjaya menyelesaikan permasalahan matematik dan diterima belajar di Cambridge, England. Kerana kemiskinan juga, hasrat untuk sambung belajar di luar negara terpaksa dibatalkan.

Tetapi seorang CEO pada sebuah pusat akademi swasta Excellence telah mengajak Anand Kumar bekerja denganya sebagai tutor dan diberi kemewahan atas usaha kerjanya. Selepas bekerja selama beberapa bulan, beliau telah membuat keputusan untuk berhenti mengajar di Akademi Excellence dan buka pusat akademi sendiri.

Keputusan dibuat oleh beliau kerana, beliau merasakan pendidikan adalah untuk semua tidak seperti di Akademi Swasta Excellence dimana hanya mereka yang mempunyai duit sahaja yang mampu sambung belajar di sana. Beliau bina pusat akademi sendiri dengan percuma.

super 30

Isi Kandungan Super 30

  1. Pendidikan sepatutnya dirasai oleh semua golongan tidak kira status kewangan sesebuah keluarga. Golongan miskin juga berhak mendapatkan pendidikan untuk masa hadapan.
  2. Super 30 menunjukkan bagaiman kuasa politik memberi keburukan terhadap pendidikan. Mereka membeli tanah dengan harga murah, katanya untuk membangunkan pusat pendidikan sebaliknya mendirikan tempat hiburan.
  3. Kuasa politik juga digunakan untuk membuat perniagaan terhadap pendidikan itu sendiri. Pendidikan bukan perniagaan.
  4. Anand Kumar sanggup meninggalkan dunia kemewahan demi mengajar 30 orang pelajar pintar bagi memasuki Institut Teknologi India (IIT).
  5. Dalam filem ini juga mengajar bagaimana, ilmu yang diperoleh dipraktiskan kepada dunia sebenar. Dan ilmu tersebut sekaligus memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Sebagai contoh :
    1. 30 Pelajar tersebut mampu menghidupkan mentol dengan menggunakan formula matematik yang dipelajarinya
    2. Selain itu, mereka juga mampu mencipta projector hasil usaha sama mereka berfikir dan menggunakan formula matematik yang dipelajari bersama gurunya.
    3. Membanteras jenayah mafia (pada babak akhir) menggunakan pelbagai konsep teori seperti Theorem of Reflection, Distraction, Displacement dan pelbagai lagi. Semuanya matematik
  6. Filem ini juga terkandung dengan elemen kasih sayang dan percintaan. Bagaimana 4 beranak iaitu Ibu Bapa Anand dan juga adiknya tinggal disebuah rumah yang serba kekurangan tetapi bahagia sentiasa dengan kehidupannya. Anand Kumar juga menjalinkan percintaan dengan seorang gadis Supriya tetapi akhirnya terpaksa putus kerana Anand Kumar buat keputusan untuk mengajar 30 pelajar tersebut.
  7. Di dalam Super 30 juga menunjukkan kesungguhan seorang guru mendidik pelajar walaupun dalam keadaan daif kerana tidak cukup wang untuk menyara 30 pelajar. Kesungguhan juga ditunjukkan dimana beliau tidak endahkan apa-apa ancaman yang diterimanya walaupun ancaman bunuh sekali pun.
  8. Antara cabaran bagi 30 pelajar tersebut pula adalah bahasa Inggeris. Jadi Anand Kumar memberitahu, English adalah semata-mata bahasa dan jangan membiarkan tembok besar ini menghalang cita-cita yang ingin dicapai.
  9. Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Cikgu mereka selalu mengingatkan mereka supaya berfikir dan terus berfikir untuk menyelesaikan sesebuah masalah yang mereka hadapi.
  10. Hrithik Roshan yang membawa watak Anand Kumar sangat baik dan bijak. Expresi yang ditunjukkan sangat neutral dan menjadi. Ada 2 babak kepuasan kegembiraan yang ditunjukkan oleh beliau sangat menusuk kalbu iaitu ketika terima tawaran daripada Cambridge University dan juga ketika mengetahui semua pelajarnya berjaya memasuki Institut Teknologi India (IIT).
  11. Bollywood tidak boleh dipisahkan dengan lagu dan tarian. Yes! lagu yang disampaikan juga sangat best. Sehingga admin pun terhafal dan terbawa-bawa menyanyi di luar. Lirik no no no no je hehe

super 30

super 30

Fakta Berkaitan Super 30

Dalam filem ini juga memberi tahu kisah benar akan Super 30 ini antaranya :

  • Super 30 dinobatkan sebagai sekolah terbaik di Asia tahun 2010 oleh Time Megazine
  • President Obama mengiktiraf Super 30 antara pusat pengajian terbadik di India
  • Super 30 dijulan antara 4 sekolah paling inovatif oleh World by Newsweek
  • Anand menerima anugerah Rashtriya Baal Kalyan daripada president India pada 2011

Terdapat banyak lagi adegan dan babak yang menarik dalam filem Super 30. Anda semua kene tengok terutamanya golongan pendidik. Juga diceritakan 1 permasalahan matematik disertakan jawapan tetapi tidak bagi solusi tersebut.

Terdapat 1 persoalan yang ditimbulkan oleh Anand Kumar kepada pelajar-pelajarnya berkaitan berapa kali jabat tangan berlaku di dalam sekumpulan 30 orang? Dalam filem ni, anda hanya tahu jawapan sahaja iaitu 435 kali. Apa jalan kiranya?

Kalau nak tahu jawapan, anda kena guna formula arithmetic iaitu reduction n(n-1)/2

– Arithmetic Reduction

Jadi jika anda ingin menonton filem Super 30 ini, anda boleh menontong di saluran Astro Bollyone HD (Ch 251) atau cari la mana-mana pautan yang disediakan. (Netflix masih tiada buat masa ini).

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here