6 Universiti daripada Malaysia telah diikitraf atara yang terbaik bagi usaha kelestarian kampus hijau dan pengurusan alam sekitar. UI University GreenMetric World Ranking merupakan inisiatif Universiti Indonesia yang dilancarkan pada tahun 2010. 

Sebagai sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan kedudukan antarabangsanya, Universiti tersebut menganjurkan Persidangan Antarabangsa mengenai Kedudukan Universiti Dunia pada 16 April 2009

Anda boleh lihat keseluruhan ranking di www.greenmetric.ui.ac.id

Antara Universiti di UI University GreenMetric World Ranking, 2018

Di dalam UI-GreenMetric World University Ranking 2018, terdapat 6 buah universiti Malaysia tersenarai dalam 100 terbaik iaitu Universiti Putra Malaysia 32 (UPM), Universiti Malaya (UM) 36 , Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 70, Universiti Malaysia Sabah (UMS) 71, Universiti Utara Malaysia 76 (UUM) dan Universiti Malaysia Pahang 97 (UMP).

[Sudah Baca?] Senarai Universiti Terbaik Dunia

Penilaian ini dibuat berdasarkan 6 kriteria utama iaitu keluasan tanah dan infrastruktur (15%), tenaga dan perubahan iklim (21%), sisa buangan (18%), air (10%), pengangkutan (18%) dan Pendidikan (%).

Admin merupakan alumni UMP dan sekali gus bangga dengan pencapaian ini yang menunjukkan universiti kita berusaha kearah  kampus hijau dan mengadakan pengurusan alam sekitar dengan baik sekali. 

Admin harap masih banyak lagi universiti di Malaysia mementingkan pengurusan kearah kampus hijau bagi menjaga alam sekitar. 

sumber: bernama

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here