advertisement

Kolej Komuniti telah menjadi jenama yang sinonim dengan pendidikan dan latihan kemahiran kepada komuniti di samping menjadi penggerak utama kepada inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Melalui perkongsian sendiri daripada Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee di laman Facebook rasmi beliau bawah KPM telah memperkenalkan Tiga Inisiatif Baharu Buat Kolej Komuniti. Bagi memastikan pembangunan Kolej Komuniti terus diperkukuhkan

3 Inisiatif Baharu Kolej Komuniti

Inisiatif Terbaharu Kolej Komuniti Malaysia
Inisiatif pertama

Inisiatif pertama ialah Program ACES. Inisiatif ini terbuka kepada komuniti dan pelajar lepasan menengah melalui empat bentuk laluan baharu iaitu Apprenticeship, Professional Certification, Entrepreneurship dan Sijil Kolej Komuniti. Melalui inisiatif ini KPM menjalinkan kerjasama dengan syarikat Segi Seri Sdn Bhd.

Inisiatif Terbaharu Kolej Komuniti Malaysia
Inisiatif kedua

Inisiatif kedua ialah Maker Market yang merupakan satu ruang pembelajaran abad ke-21 berkonsepkan ruang kerja kolaboratif dalam kolej komuniti bagi membolehkan pengguna mempelajari sesuatu melalui reka cipta dan kerjasama dengan komuniti serta industri. Maker Market akan menjadi pusat penganjuran pertandingan bercirikan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) dan terbuka untuk dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat. Untuk inisiatif ini, KPM menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan ME.REKA.

Inisiatif Terbaharu Kolej Komuniti Malaysia
Inisiatif ketiga

Inisiatif yang ketiga pula dinamakan sebagai Pondok Perdana dan ia bertujuan memperkasa dan menambah nilai kemahiran kepada pelajar pondok melalui pelbagai program yang lebih berstruktur. Melalui inisiatif ini, KPM yakin mampu meningkatkan kemahiran TVET kepada pelajar pondok dan mereka akan diberikan peluang untuk mengikuti pengajian di peringkat sijil atau diploma di Kolej Komuniti Jeli atau Politeknik Jeli. Bagi inisiatif ini, KPM menjalankan kerjasama dengan Pertubuhan Pondok Perdana.

Diharap 3 inisiatif yang diperkenalkan ini iaitu Program ACES, Maker Market dan Pondok Perdana akan memberi kesan positif kepada pelajar Kolej Komuniti terutamanya. Sekali gus, Kolej Komuniti dapat diperkukuhkan lagi di masa akan datang

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here