Anda mencari sebuah komputer riba? Mungkin anda boleh pilih daripada 5 laptop terbaik bagi tahun 2021 dengan bawah harga RM2000.
Sebuah komputer riba atau laptop sekarang kini sudah menjadi barang keperluan bagi seorang pelajar atau tenaga pengajar sama ada guru, cikgu, pensyarah dan sebagainya. Ianya memudahkan kerja harian bagi menyiapkan taska yang diberi.
BACA : 5 Laptop Terbaik Bawah RM2000 Untuk Student Universiti Bagi Tahun 2020
Tetapi bagi seorang pelajar, pastinya mempunyai kekangan kewangan dimana mereka tidak lagi sumber pendapatan. Tetapi pastinya mahukan laptop terbaik bagi tugasan harian menyiapkan assignment, kerja kursus, presentation dan sebagainya.
Oleh itu, disini disenaraikan 5 buah laptop terbaik untuk tahun 2021 dengan bajet harga bawah RM2000 mengikut spesifikasi asas bagi sesebuah laptop yang terbaik.
Isi kandungan
Senarai Laptop Terbaik Tahun 2021
Kita tidak mahu dapatkan sebuah laptop yang slow dan tidak boleh run beberapa software penting. Jadi dalam senarai ini, jenis memory dititikberatikan iaitu jenis Solid-State Drive (SSD) yang pastinya lebih laju daripada HDD.
Oleh itu, kelima-lima laptop yang disenaraikan ini, atleast menggunakan memory jenis SSD dan pastinya harga bawah RM2000. Juga disediakan pautan pembelian di Shopee dan Lazada.
Musim PKP ni, beli online je….
BACA : 5 Laptop Terbaik Harga Bawah RM1500 Untuk Tahun 2021 Sesuai Untuk Pelajar
Sebenarnya banyak lagi jenama laptop terbaik lain, tetapi kebanyakkannya sudah out of stock. Jadi senarai dibawah ini, anda masih lagi boleh dapatkan dalam masa terdekat. Laptop baru tau, bukan second hand atau refurbished.
1Asus M415D-ABV119T

Laptop terbaik pertama anda boleh dapatkan adalah menerusi jenama Asus. Antara pengeluar terkenal untuk teknologi laptop. Laptop ini dikuasakan oleh cip AMD Athlon Silver. Walaupun hanya menggunakan cip Athlon tetapi ianya dipadankan dengan 4GB berserta 512 SSD. Jadi dalam senarai ini, ianya antara yang menawarkan kapasiti memori yang paling tinggi. Boleh pelajar atau guru simpan banyak file dalam laptop ni nanti.
Model | Asus M415D-ABV119T (TS) |
Processor | AMD Athlonâ„¢ Silver 3150U |
Graphic | Integrated AMD Radeon |
Memory | 4GB DDR4 |
Storage | 512 SSD |
Display | 14-in HD (1366×768) |
Operating System | Windows 10 |
Battery | 37 Wh |
Berat | 1.6 Kg |
2Lenovo IdeaPad 3

Dengan harga bawah RM2000, anda boleh dapatkan sebuah laptop berjenama Lenovo dengan model IdeaPad 3. Komputer riba ini menggunakan AMC Athlon Gold bersama-sama 4GB RAM dan 256 SSD kapasiti memori. Dengan saiz skrin 14 inci beserta paparan HD, ianya baik untuk melakukan tugas harian.
Model | Lenovo Ideapad 3 14ADA05 |
Processor | AMD Athlon Gold 3150U |
Graphic | Integrated AMD Radeon |
Memory | 4 GB |
Storage | 256 SSD |
Display | 14-in HD (1366×768) |
Operating System | Windows 10 |
Battery | 35 Wh |
Berat | 1.6 Kg |
3Acer Aspire 3

Seterusnya adalah jenama Acer dengan model Aspire 3. Sebenarnya dalam model ini terdapat banyak variasi yang anda boleh dapatkan tetapi hanya variasi dengan cip AMD ini sahaja buat masa ini anda boleh dapatkan secara online terutamanya di Shopeemall Acer.
Jika dilihat daripada spesikifasi, ianya hampir sama dengan laptop dalam senarai ini tetapi berkelebihan daripada segi paparan. Acer Aspire 3 menggunakan paparan Full HD dengan skrin resolusi (1920×1080) yang pastinya lebih terang dan jelas. Tambah-tambah lagi saiz skrin laptop ini lebih besar iaitu 15.6 inci. Walaubagaimanapun, laptop ini antara yang paling berat dalam senarai 5 laptop terbaik untuk tahun 2021 ini
Model | Acer Aspire 3 A315-23-A4QL |
Processor | AMD Athlon Silver 3050U |
Graphics | Integrated AMD Radeon |
Memory | 4 GB |
Storage | 256 GB SSD |
Display | 15.6-in FHD (1920×1080) |
Operating System | Windows 10 |
Battery | 37 Wh (~6 jam) |
Berat | 1.9 |
4Dell Inspiron 15 (3505)

Antara jenama laptop terbaik didunia iaitu Dell. Dengan Dell Inspiron 15 ini, ianya masih menggunakan cip seperti laptop lain, AMD Athlon Silver. Tetapi dengan sedikit pertambahan harga, anda boleh dapatkan variasi 8 GB RAM beserta 256 SSD tambahan 1 TB HDD. Jangan risau, ianya masih dibawah RM2000 tau. Pastinya penggunaan harian untuk melakukan pelbagai task mudah dan lancar sahaja.
Model | New Inspiron 15 3000 (3505) |
Processor | AMD Athlonâ„¢ Silver 3050U |
Graphics | Integrated AMD Radeon |
Memory | 8 GB |
Storage | 256 SSD + 1 TB HDD |
Display | 15.6-in HD (1366 x 768) |
Operating System | Windows 10 Pro |
Battery | 42 Wh |
Berat | 1.83 Kg |
5JOI Book 155 Pro

Satu-satunya jenama buatan Malaysia iaitu JOI Book. Dengan harga bawah RM2000 dan sesuai untuk pelajar ataupun guru, boleh dapatkan JOI Book 155 Pro. Laptop ini menggunakan cip Intel Celeron N4120 bersama-sama Intel UHD Graphics. Satu-satunya jenama laptop menggunakan cip intel dalam senarai ini.
Yang paling best, laptop ini hanya seberat 1.43 Kg sahaja iaitu laptop teringan berbanding senarai lain. Memang sesuai la nak bawa kemana-mana sahaja laptop ni kan.
Model | JOI Book 155 Pro |
Processor | Intel® Celeron® Processor N4120 |
Graphics | Intel® UHD Graphics 600 |
Memory | 4 GB |
Storage | 64 GB |
Display | 14-in HD IPS (1920 x 1080) |
Operating System | Windows 10 Pro |
Battery | 37Wh |
Berat | 1.43 Kg |