advertisement

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan persetujuan membenarkan 6 kategori pelajar kembali ke kampus bagi mengikuti PdP secara hibrid bermula 1 Mac 2021.

Keputusan ini dibuat selepas melaksanakan sesi libat urus bersama MPP, pihak pengurusan IPT, KKM, pakar kesihatan dan MKn berkenaan tarikh kemasukan pelajar ke kampus secara fizikal dan termasuklah juga kajian dan survey yang telah dibuat.

6 Kategori Pelajar Dibenarkan Pulang Ke Kampus

Jadi seawal 1 Mac 2021, pelajar-pelajar ini dibenarkan pulang ke kampus bagi mengikuti sesi pembelajaran secara fizikal dan secara dalam talian.

6 Kategori tersebut adalah:

1. Pelajar dari program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas.

2. Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian.

3. Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid

4. Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom

5. Pelajar Berkeperluan Khas (OKU)

6. Pelajar yang menduduki peperiksaan MUET, antarabangsa dan badan profesional.

Jadi bagi pelajar yang tidak termasuk dalam kategori pelajar berkeperluan pula seperti diatas akan meneruskan PdP secara dalam talian di rumah.

BACA : Calon Ujian MUET Tidak Perlu Dapatkan Permit Pergerakan Rentas Daerah Tetapi Hanya Perlu Slip Menduduki Peperiksaan

Pelajar Dari Semenanjung Ke Sabah dan Sarawak

Dalam maklumat lain, bagi pelajar yang akan pulang ke kampus IPT di negeri Sabah dan Sarawak diwajibkan untuk menjalani Swab Test. Manakala yang tiba di Sarawak, pelajar diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Pelajar Dari Sabah dan Sarawak Ke Semenanjung

Manakala bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak, mereka akan ditempatkan di pusat pengasingan yang ditentukan oleh IPT masing-masing bagi memastikan bebas daripada gejala COVID-19

Jika para pelajar ingin dapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi Bilik Gerakan COVID-19 KPT di talian 03-8870 6777/6623/6628 atau hubungi IPT masing-masing.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here