advertisement

Masih ada sinar harapan, kini ambilan fasa 2 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi tahun 2020 dibuka kepada lepasan pelajar SPM.

Bagi ambil pertama, program ini mestilah melalui permohonan UPUOnline yang sudah ditutup pada Jun yang lepas. Pasti ramai yang kecewa ingin menjadi guru tetapi tidak berjaya di dalam permohonan tersebut.

Tetapi nampaknya, peluang anda itu kini sepertinya dibuka kembali. Masih ada sinar harapan apabila Ambilan Fasa 2 kini dibuka kepada mereka yang berminat untuk menjadi cikgu kelak.

Permohonan Ambilan Fasa 2 PISMP Bagi Tahun 2020

ambilan fasa 2

Kepada mereka yang berminat, anda boleh mohon Ambilan Fasa 2 Porgram Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2020 bermula 6 Julai hingga 12 Julai 2020. Permohona khas ini hanya boleh dibuat secara dalam talian di pautan dibawah

Keperluang Bidang Ini

Permohonan ini bagi memenuhi keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKT)

Syarat Permohonan

Pastikan anda memenuhi syarat yang ditetapkan seperti berikut:

  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2020
  • Lulus SPM dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana 5 mata pelajaran
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran:
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Bahasa Inggeri
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan

Selamat berjaya kepada semua pemohon untuk kali ke-2 ini. Kejar cita-cita anda bagi menjadi seorang pendidik di masa akan datang.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here