advertisement

Kita dapat lihat sebelum ini, pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang selalunya mengumumkan tarikh atau takwim MUET bagi setiap tahun. MUET atau Malaysian University English Test merupakan satu ujian dimana perlu diduduki atau diambil tak kira pelajar STPM, Diploma, Matrikulasi atau Asasi bagi menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Anda boleh ketahui lebih lanjut berkaitan MUET di portal rasmi MPM. Jika anda perasan masih ada 1 lagi nama seakannya iaitu di panggil MUET On Demand. Jadi apa beza MUET dan juga MUET On Demand ni? Katanya tarikh pun berlainan, kene ambil keduanya sekali ke? Jom kita tengok sama ada persamaan atau perbezaan yang ada pada meraka ini

Isi kandungan

Perbezaan MUET Dan MUET On Demand

MUET

  • MUET ini diadakan 3 kali setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan November
  • Peperiksaan menggunakan kertas dan pensil
  • Yuran peperiksaan berjumlah RM100
  • Diadakan di pusat-pusat yang berdaftar seperti Universiti dan Sekolah
  • Keputusan diperoleh kira-kira 2 bulan selepas peperiksaan anda habis
  • Pendaftaran di pautan ini

MUET On Demand

  • MUET On Demand akan diadakan jika mendapat permintaan daripada pemohon
  • Peperiksaan dijalankan menggunakan aplikasi komputer
  • Yuran peperiksaan berjumlah RM250
  • Hanya diadakan peperiksaan di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Eco Sky WPKL
  • Keputusan diperoleh lebih awal iaitu 3 minggu selepas peperiksaan anda habisĀ 
  • Pendaftaran di pautan ini

Sebenarnya kedua-dua adalah sama level iaitu keperluan bagi memasuki pengajian peringkat Sarjana Muda. Cuma jika anda lewat atau terlupa daftar pada tarikh MUET yang diumumkan, anda boleh membuat permintaan bagi menduduki MUET On Demand supaya tidak terlepas untuk mendaftar pengajian Sarjana Mudah tersebut. Tetapi mestilah terima syarat-syarat yang ditetapkan oleh MPM tersebut. 

Semoga sedikit info dan perkongsian ini dapat membantu pelajar-pelajar Diploma, STPM, Matrikulasi dan Peringkat Asasi khususnya merancana hala tuju pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda pada September ini. All the best!

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here