advertisement

Perpustakaan Negara telah mengambil inisiatif sempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan memberikan akses percuma kepada semua rakyat Malaysia. Anda boleh baca buku, majalan dan surat khabar secara percuma.

Perpustakaan Negera menawarkan akses sehingga 13 juta bahan bacaan digital atau eBook percuma sehingga 14 April 2020. Jadi jangan lepaskan peluang untuk duduk di rumah dan dapatkan bahan bacaan yang bermanfaat. Duduk rumah dan baca buku.

perpustakaan negara

Jadi disinid admin akan menunjukkan cara untuk dapatkan akses percuma kepada semua buku, majalan dan surat khabar yang disediakan oleh Perpustakaan Negara.

Cara Daftar Dan Dapatkan Akses Percuma Daripada Perpustakaan Negara

Dalam tatacara ini, admin akan tunjukkan cara dapatkan bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya.

Baca Juga : Kerajaan Menangguhkan Pengambilan Pelajar Daripada Wuhan dan Hubei Kerana Corona Virus

Dan kesemuanya anda boleh baca terus menerusi smartphone anda sahaja

Langkah 1 : Daftar ahli di u-pustaka

  1. Layari laman web www.u-library.gov.my
  2. Kemudian klik butang Register
  3. Klik Register Now menggunakan pilihan MyKad/MyKid
  4. Masukkan butiran no kad pengenalan bersama-sama nama penuh
  5. Kemudian penuhkan butiran emel, no telefon yang penting dan beberapa butiran lain
  6. Akhir sekali cipta User ID bersama password dan jika sudah siap, klik Register

Sebelum akaun u-pustaka anda boleh digunakan, anda perlu verify di emel yang telah dihantar oleh Perpustakaan Negara. Jika sudah semuanya. Selesai!

Congratulation, your account had been activated!

Langkah 2 : Dapatkan Akses Percuma Buku Digital

Di u-pustaka terdapat lebih 13 juta akses buku digital yang anda boleh peroleh seperti buku, majalah, surat khabar, artikel, jurnal dan banyak lagi. Antara online database yang disediakan seperti :

  • Overdrive (dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka termasuk buku audio)
  • E-Law (mengkhusus dalam bidang perundangan)
  • BLIS (portal penyelidikan daripada agensi BERNAMA)
  • PressReader (e-majalan dan e-suratkhabar terkemuka dunia)
  • Zinio (e-majalan luar negara)
  • Ookbee Buffet (bahan bacaan tempatan seperti buku, majalah, novel dan surat khabar)
  • Kids A-Z (e-pembelajaran bagi kanak-kanak sekolah rendah) dan banyak lagi

Daftar ookbee Buffet

Sebenarnya anda boleh dapatkan semua akses ini dan ketahui caranya dengan tekan Panduan Akses. Ianya akan memaparkan cara aktifkan bahan pembacaan digital tersebut. Jadi disini admin hanya tunjukkan cara aktifkan ookbee buffet sahaja

  1. Kembalik ke pautan u-pustaka iaitu www.u-library.gov.my
  2. Log in menggunakan User ID dan password yang telah didaftar tadi
  3. Kemudian cari bahagian Pautan Pintas dan klik Pangkalan Data
  4. Anda scroll ke bawah dan cari Ookbee Buffet: Baca Tanpa had dan klik logo tersebut (atau Klik Sini sahaja)
  5. Sebuah pautan baru muncul dan klik Mohon Disini
  6. Masukkan emel yang sama yang anda daftar pada u-pustaka sebentar tadi dan klik Aktifkan
  7. Daftar akaun ookbee dengan masukan butiran seperti alamat emel sekali lagi dan password dan klik Register
  8. Jika sudah selesai, anda perlu tunggu pengesahan pendaftaran yang akan dihantar ke emel yang anda daftar tersebut.
  9. Jika sudah sampai, anda perlu Klik Sini bagi tujuan verifikasi dan SELESAI!
perpustakaan negara

Langkah 3 : Sign In Di Aplikasi Ookbee Buffet

Anda boleh muat turun aplikasi ookbee buffet di Android dan iOS melalui Google Playstore dan Apple Apps Store

  1. Install aplikasi ookbee Buffet: All-You-Can-Read
  2. Kemudian sign in dan masukkan emel dan password yang sama anda daftar di u-pustaka seperti di atas
  3. Selesai. Kini anda boleh dapatkan kesemua kandungan premium sama ada buku, majalah, surat khabar, novel dan sebagainya.

Caranya adalah, anda pilih mana-mana buku atau majalan atau novel yang anda minat, klik pada buku tersebut dan klik Read Now

perpustakaan negara
advertisement

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here