advertisement

Zakat Pulau Pinang hari ini mengumumkan permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2020 telah dibuka khusus kepada rakyat di Pulau Pinang. Anda kini boleh mula membuat permohonan.

Bantuan Awal Persekolahan 2020 ini dibuka bagi sesi tahun 2020 kepada keluarga yang berpendapatan rendah bagi meringankan beban keluarga untuk anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan bagi tahu tersebut.

bantuan awal persekolahan 2020

Hebahan melalui media sosial juga telah dibuat dibeberapa platfom seperti facebook dan beberapa medium lain dengan akaun Zakat Penang. Tujuannya supaya lebih ramai anak-anak yang perlukan kepada bantuan persekolahan ini dapat dibantu.

Kepada ibu bapa yang layak untuk menerima dengan syarat yang ditetapkan, mereka boleh terus memohon ke Pusat Zakat Pulau Pinang.

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2020

Pemohon yang layak anda sudah boleh membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan awal persekolahan 2020

Syarat Dan Kelayakan Bantuan

  1. Mestilah beragama Islam
  2. Pemohon adalah pemastautin atau penduduk Negeri Pulau Pinang
  3. Mempunyai sekuran-kurangnya 2 orang anak bersekolah.
  4. Sekolah rendah murid Tahun 1 hingga Tahun 6 sahaja (bagi sesi persekolahan 2020)
  5. Sekolah menengah pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 (bagi sesi persekolahan 2020)
  6. Pra sekolah dan tadika tidak dipertimbangkan
  7. Kelayakan bilangan anak bersekolah dan pendapatan kasar isi rumah adalah seperti berikut:
    • 2 orang anak – RM1500
    • 3 orang anak – RM2000
    • 4 orang anak dan ke atas – RM2500

Baca juga : Semakan Kad Siswa Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2019

Cara Permohonan

Untuk yang melepasi kelayakan anda boleh dapatkan borang permohonan bantuan awal persekolahan 2020 di kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang yang berdekatan bermula 17 September 2019 (Selasa) dan perlu dikembalikan pada atau sebelum 31 Oktober 2019 (Khamis)

Untuk maklumat lanjut anda boleh terus pergi ke kaunter Zakat Pulau Pinang tau layari laman web rasmi di https://www.zakatpenang.com/zpp/

bantuan awal persekolahan 2020

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here