Berita baik kepada anak-anak Pahang beragama Islam dimana pihak MUIP mengumumkan permohonan Bantuan Dermasiswa Zakat Pahang untuk tahun 2023 kini dibuka.
Jadi kepada yang layak dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh la siapkan segala borang yang diperlukan sebelum dihantar ke MUIP dengan semuanya telah dilengkapkan.
Isi kandungan
Syarat-Syarat Permohonan Bantuan Dermasiswa Pahang 2023
- Wargangera Malaysia dan beragama Islam
- Pemohon adalah pemastautin Negeri Pahang
- Pemohon sedang mengikuti pengajian peringkat Tahfiz, Pondok atau Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa sahaja
- Lulus peperiksaan tahun/semester terkini
Kadar Bantuan Dermasiswa Pahang 2023
Diploma/Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam)
RM1,200
Diploma/Ijazah Sarjana Muda (Selain Pengajian Islam)
RM800
Tahfiz/Pondok
RM2,400
Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) – (Ada Tajaan) Negeri Mesir
RM1,200 – RM3,000
Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) – (Tiada Tajaan) Negera Mesir
RM6,000 – RM9,000
Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) – (Ada Tajaan) Negera Jordan
RM1,200 – RM3,000
Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) – (Tiada Tajaan) Negera Jordan
RM7,000 – RM10,000
Lain-Lain Negara
RM1,200 – RM4,000
Cara Mohon Bantuan Dermasiswa Pahang 2023
Permohonan boleh dibuat bermula 15 Januari 2023 hingga 31 Mei 2023 secara online di zakat4pengajian.muip.gov.my
Jika ada sebarang persoalan boleh hubungi 09-422 1311 atau whatsapp di 011-3016 3882.
