advertisement

Kepada anak Pulau Pinang, anda kini sudah boleh mula memohon bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT, iBITA jika anda sudah mendapat tawaran ke program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa.

Bantuan iBITA ini merupakan inisiatif daripada kerajaan Pulau Pinang bagi membantu para pelajar yang akan menyambung pelajaran ke peringkat IPT bagi program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Sedikit sebanyak, bantuan awal pendidikan ini dapat menampung perbelanjaan bagi proses kemasukan ke IPT tidak lama lagi. Mungkin perlu membeli keperluan asas asrama, keperluang pembelajaran, kos perjalanan dan sebagainya. Dapat bantuan sikit, dapatlah tambung kos perbelanjaan semua kan.

BACA : Senarai Bantuan Pendidikan Sekolah Dan Universiti Untuk Tahun 2020

Jumlah bantuan (berbentuk cek) yang akan diterima pemohon adalah seperti dibawah :

  1. Universiti di Semenanjung = RM1,000.00
  2. Universiti Sabah dan Sarawak = RM1,200.00
  3. Politeknik Malaysia = RM300.00

Jika anda layak, jangan lupa mohon segara, iBITA. Ikuti keterangan lebih lanjut seperti dibawah

Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke IPT, iBITA Kini Dibuka

bantuan pendaftara pelajar

Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT, iBITA ini dibuka setiap tahun dan bagi tahun 2020 ini, anda boleh mula memohon bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2020 secara atas talian dengan klik di pautan bawah

Syarat-Syarat Permohonan

  • Pemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian (ONLINE) di laman web http://ibita.penang.gov.my/
  • Pendapatan isi rumah (ibu/bapa/penjaga) tidak melebihi RM8,000.00. (Gaji Pokok Sahaja).
  • Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mestilah merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang
  • Pelajar yang ditawarkan ke Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa pada tahun semasa sahaja.
  • Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
  • Senarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal iBITA:
    • Borang Permohonan dan Senarai Semak Dokumen yang dicetak melalui laman sesawang iBITA (http://ibita.penang.gov.my/)
    • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA/IPTS/Politeknik
    • Salinan Resit Pembayaran Yuran Pendaftaran
    • Salinan Kad Pengenalan Pelajar
    • Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga
    • Salinan Penyata Gaji terbaru/ Kad Pesara Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga
    • Penyata Pendapatan pasangan perlu disertakan bagi pemohon yang sudah berkahwin. (Tidak perlu dinyatakan dalam laman web, dalaman sahaja).
    • Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga yang tiada penyata gaji/pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
      **Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh YB KADUN/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Penghulu/ yang setaraf dengannya.
  • Proses rayuan permohonan hanya perlu dilakukan di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah sahaja mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam garis panduan.
  • Kegagalan menghantar dokumen sokongan selepas tarikh tutup penghantaran akan ditolak

Hanya 20 buah IPTA, 6 buah IPTS dan 36 buah Politeknik Malaysia sahaja yang layak memohon seperti berikut :

Senarai Nama 20 Buah IPTA Yang Diterima

  1. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM)
  2. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
  3. UNIVERSITI MALAYA (UM)
  4. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
  5. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
  6. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
  7. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
  8. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
  9. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
  10. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
  11. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
  12. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
  13. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
  14. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
  15. UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
  16. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UteM)
  17. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
  18. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
  19. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
  20. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Senarai Nama 6 Buah IPTS Yang Diterima

  1. UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)
  2. UNIVERSITI TERBUKA WAWASAN (WOU)
  3. UNIVERSITI AIMST (AIMST)
  4. KOLEJ UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (KTAR)
  5. KOLEJ UNIVERSITI KOMUNIKASI HAN CHIANG (KUKHC)
  6. MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY COLLEGE (MSU) PULAU PINANG

Senarai Nama 36 Buah Politeknik Yang Diterima

  1. POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR (PMKL)
  2. POLITEKNIK METRO KUANTAN (PMKU)
  3. POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU (PMJB)
  4. POLITEKNIK METRO BETONG (PMBS)
  5. POLITEKNIK METRO TASEK GELUGOR (PMTG)
  6. POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)
  7. POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)
  8. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS)
  9. POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)
  10. POLITEKNIK TUN SYED NASIR ISMAIL (PTSN)
  11. POLITEKNIK BESUT (PBT)
  12. POLITEKNIK BAGAN DATUK (PBD)
  13. POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD)
  14. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)
  15. POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS)
  16. POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)
  17. POLITEKNIK MELAKA (PMK)
  18. POLITEKNIK KUALA TERENGGANU (PKT)
  19. POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
  20. POLITEKNIK MERLIMAU (PMM)
  21. POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
  22. POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (PTSB)
  23. POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)
  24. POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)
  25. POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS)
  26. POLITEKNIK BALIK PULAU (PBU)
  27. POLITEKNIK JELI (PJK)
  28. POLITEKNIK NILAI (PNS)
  29. POLITEKNIK BANTING (PBS)
  30. POLITEKNIK MERSING (PMJ)
  31. POLITEKNIK HULU TERENGGANU (PHT)
  32. POLITEKNIK TAWAU (PTS)
  33. POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK)
  34. POLITEKNIK SANDAKAN (PSS)
  35. POLITEKNIK KUCHING SARAWAK(PKS)
  36. POLITEKNIK MUKAH SARAWAK (PMU)

Hubungi

Jika terdapat sebarang pertanyaan dan persoalan, anda boleh pergi ke portal rasmi iBITA di https://ibita.penang.gov.my/

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here