KPM telah memaklumkan bahawa tema Hari Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-49 pada tahun 2020 adalah ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’
Di Malaysia, Hari Guru disambut pada 16 Mei sebagai tanda memperingati dan menghargai penghorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa menjadi lebih baik.
BACA : 22 Filem Yang Bertemakan Guru Dan Pendidikan
Tema Hari Guru Tahun Ini
Tema tahun ini diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin pada 11 Mei yang lalu. Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KPM yakin bahawa tema ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’ ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut ilmu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.
Selain itu, KPM juga sempat menyediakan video pendek Tema Sambutan Hari Guru 2020. Saksikan video di bawah ini