Berita baik untuk pelajar UPM, kini anda boleh memohon Biasiswa CUCKOO 2020. Jika anda pelajar daripada Universiti Putra Malaysia (UMP) anda boleh memohon tawaran ini bermula sekarang hingga 9 Februari 2020.
Universiti Putra Malaysia ingin mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon Biasiswa CUCKOO sesi 2019/2020 bagi menampung kos pengajian di Universiti Putra Malaysia. Seramai 3 orang pelajar akan menerima biasiswa ini.

Isi kandungan
Permohonan Biasiswa CUCKOO 2020
Tawaran Biasiswa CUCKOO ini hanya dibuka kepada pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) sahaja. Anda boleh mula memohon sekarang hingga tarikh tutup permohonan pada 9 Februari 2020. Seramai 3 orang pelajar akan menerima biasiswa ini.
Baca Juga : Bantuan Pendidikan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) untuk keluarga B40 Daripada YAPEIM
Cara Memohon
Anda boleh dapatkan borang permohonan daripada :
Pusat Alumni UPM
Aras Bawah, Bangunan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi
Off Lebuh Silikon, 43400
Universiti Putra Malaysia, Serdang
atau anda boleh muat-turun borang tersebut dengan klik pautan di bawah
Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat di bawah :
Sekretariat
Biasiswa CUCKOO
d/a Pusat Alumni, Bangunan Timbalan Naib Canselor,
Penyelidikan dan Inovasi, Off Lebuh Silikon,
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor
Syarat Permohonan
- Calon adalah warganegara Malaysia
- Terbuka kepada pelajar Semester Kedua daripada program seperti di senarai :
- FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
- Bacelor Ekonomi
- Bacelor Perakaunan
- Bacelor Pentadbiran Perniagaan
- FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
- Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
- FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
- Bacelor Komunikasi
- FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
- Bacelor Sains Komputer
- FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
- Pelajar telah mencapai PNGK 3.0 dan ke atas pada Semester Pertama
- Hanya pelajar semester kedua, tahun pertama sahaja yang layak memoho
- Pendapatan isi rumah haruslah berjumlah RM3000 ke bawah dan Pelajar/Ibubapa diiktiraf sebagai golongan asnaf digalakkan memohon
Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pegawai Perhubungan ditalian dibawah:
- 03-9769 1120 (Cik Nur Sabrina Marzuki)
- 03-9769 1260 (Cik Siti Nur’Ain Feisal)
[…] Biasiswa CUCKOO 2020 Bagi Pelajar UPMTempoh : 9 Februari 2020http://pendidikan4all.net/biasiswa-cuckoo-2020-untuk-pelajar-upm/ […]
[…] Baca Juga : Biasiswa CUCKOO 2020 Untuk Pelajar UPM […]