advertisement

Berita baik kepada bakal guru yang cemerlang di Universiti Awam (UA) dimana permohonan bagi biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) untuk tahun 2021 akan dibuka bermula isnin ini (1 Mac 2021).

Ya, biasiswa ini khusus kepada mereka yang berada di Universiti Awam (UA) bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Ianya boleh dimohon melalui sistem ePenawaran yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2021

Permohonan biasiswa ISMP ini dibuka mulai 1 Mac 2021 (Isnin), 5 petang hingga 31 Mac 2021 (Rabu), 5 petang. Permohonan hanya melalui sistem online dengan klik pautan dibawah

Permohonan melalui sistem ePenawaran adalah rasmi dan sah. Justeru, borang permohonan dan salinan / dokumen tidak perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), KPM untuk sebarang tindakan lain. Dokumen asal perlu dibawa semasa temu duga sekiranya terpilih.

Syarat Permohonan

Permohonan biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) tahun 2021 ini terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayak dan yang berada di Universiti Awam sahaja.

BACA : Senarai Biasiswa, Pinjaman Dan Bantuan Pendidikan Untuk Tahun 2021

Bidang-Bidang Pendidikan Yang Layak Memohon

Antara bidang pendidikan yang layak memohon adalah :

Bahasa InggerisAdministrative Secretary
Bahasa MelayuRekabentuk dan Teknologi
Bahasa CinaKejuruteraan Awam
Bahasa IbanTeknologi Automotif
Bahasa Kadazan/DusunTeknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
SejarahIndustrial Machining Technology
GeografiTimber Processing and Finishing Technology
TahfizWelding Technology
DiniSeni Visual
Pendidikan IslamCulinary Arts
Pendidikan MoralFashion and Dressmaking
Pendidikan KhasCosmetology
Pendidikan Jasmani & KesihatanTourism
KaunselingMarketing
biasiswa ijazah sarjana muda pendidikan

Jika ada sebagai permasalahan, boleh hubungi pihak KPM bahagian Biasiswan dan Pembiayaan di talian 03-8321 7138/7157/7159/7154 atau emel di penawaran.bb@moe.gov.my

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here