advertisement

Bagi pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) khususnya biasiswa pendidikan amat bermakna bagi mereka. Terdapat banyak syarikat baik kerajaan dan swasta yang telah memberi tawaran berupa biasiswa pendidikan kepada yang layak.

Jika sebelum ini di ada Senarai Biasiswa Terkini Yang Ditawarkan Tahun 2019 juga diberi kepada pelajar IPTA khususnya bagi mengurangkan bebanan kewangan ketika di dalam pembelajaran.

Selain daripada syarikat kerajaan dan swasta yang diberi tahu tadi, pusat zakat juga ada menyediakan bantuan atau biasiswa pembelajaran bagi setiap negeri.

Kini pada Ogos 2019, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) juga telah menawarkan kepada pelajar yang layak bagi Biasiswa Pendidikan untuk sesi 2019/2020

LZNK mempelawa pelajar-pelajar yang telah menerima tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan untuk memohon Biasiswa Pendidikan ini.

Tempoh Permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah

Permohonan Biasiswa LZNK ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu Fasa Pertama: Ogos 2019 dan juga Fasa Kedua: Januari 2019. Ianya juga perlulah melalui proses temuduga dan ianya adalah wajib bagi setiap pelajar yang memohon

Fasa Pertama : Ogos 2019

Bagi permohonan fasa pertama iaitu sehingga 15 Ogos 2019, secara automaik anda akan ditemuduga pada bulan Ogos 2019.

Calon-calon yang berjaya disenarai pendek akan menerima Surat Tawaran Biasiswa LZNK sebelum tarikh mendaftar di Universiti.

Fasa Kedua : Januari 2020

Bagi fasa kedua pula, permohonan yang diterima oleh pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah bermula 16 Ogos 2019 sehingga 31 Disember 2019 akan ditemuduga pada Januari 2020.

Calon-calon yang berjaya ini juga akan menerima Surat Tawaran Biasiswa LZNK sebelum sesi pengajian bagi semester 2, tahun 1.

biasiswa pendidikan zakat negeri kedah

Kelayakan Permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah

Syarat Am

  1. Pelajar yang beragama Islam
  2. Anak Negeri Kedah atau telah bermastautin di Negeri Kedah sekurang kurangnya 2 tahun.
  3. Berumur bawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup
  4. Hanya pelajar baharu tahun pertama pengajian bagi sesi kemasukan 2019/2020 sahaja di semua Universiti Awam.
  5. Pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa sahaja)
  6. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa dari mana-mana pihak.
  7. Keutamaan diberikan kepada anak-anak ansaf.

Syarat Minima Kelayakan Akademik

  1. Semua bidang Pengajian yang ditawarkan universiti awam.
  2. Lepasan Diploma/Matrikulasi/STPM/Asasi/A-Level dan setaraf dengan pencapaian sekurang CGPA 3.0
  3. Pencapaian bagi lepasan STAM adalah sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan.

Cara Atau Proses Pemilihan Pelajar Biasiswa Pendidikan LZNK

Setiap pemohon yang telah menghantar permohonan anda akan dihubungi jika anda layak bagi menghadiri sesi temuduga. Kehadiran temuduga adalah wajib.

Selepas sesi temuduga selesai diadakan, sekiranya calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak Berjaya.

Cara Memohon

Bagi pelajar yang berminat, anda boleh membuat permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah secara online di Portal Biasiswa LZNK : biasiswa.zakatkedah.com.my

Permohonan di Portal Biasiswa LZNK

Anda perlu daftar ID Pengguna di portal Biasiswa tersebut terlebih dahulu.

  1. Setiap calon yang membuat pemohonan dibuat secara online dan jika diminta dokumen berkaitan perlu dilampirkan secara attach atau upload masuk ke dalam sistem.
  2. Setelah selesai mengisi profil permohonan dan butiran-butiran lain, sila pastikan anda klik pada HANTAR PERMOHONAN bagi melengkapkan permohonan anda.
  3. Akhirnya, pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) berhak untuk menolak sebarang Permohonan yang tidak lengkap dan tiada dokumen berkaitan yang diperlukan.

Jadi kepada anak Kedah khususnya yang akan menyambung pelajaran di Universiti Awam pada September 2019 ini, anda boleh cuba memohon Biasiswa Pendidikan LZNK.

Pelajar merupakan didalam kategori fi sabilillah di dalam 6 golongan yang berhak untuk menerima zakat.

Semoga bantuan yang diberi oleh pihak LZNK ini kelak dapat digunakan sepenuhnya dengan baik ketika di zaman universiti.

Jadi kepada pelajar semua yang berminat untuk memohon, jangan lupa berbuat demikian sebelum tarikh tutup. #ZakatAndaKamiAgih

Untuk sebarang persoalan yang tidak jelas, anda boleh hubungi :

Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan

04-7331740
Aras Bawah, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Alor Setar, Kedah

Portal Biasiswa : biasiswa.zakatkedah.com.my
Email : pendidikan@zakatkedah.com
Facebook : facebook.com/zakatkedah

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here