Perhatian kepada para pelajar khususnya rakyat negeri Terengganu Darul Iman dimana permohonan bagi Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu kini telah dibuka untuk tahun 2021.
BACA : Biasiswa, Pinjaman, Zakat Dan Bantuan Pelajaran Untuk Tahun 2021
Jadi kepada para pelajar dari Terengganu yang memenuhi syarat-syarat Kerakyatan dan Kelayakan Akademik yang ditetapkan, anda boleh memohon Biasiswa atau Pinjaman Pelajaran tahun 2021 dibawah 3 program yang ditawarkan iaitu :
- Biasiswa Peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) tahun 2021
- Biasiswa Program Perakauan Profesional ACCA tahun 2021
- Pinjaman Pelajaran Peringkat Ijazah Pertama dalam Bidang Al-Quran wal Qiraat tahun 2021.
Isi kandungan
Permohonan Biasiswan Dan Pinjaman Yayasan Terengganu Tahun 2021
Permohonan Biasiswa dan Pinjaman Yayasan Terengganu tahun 2021 ini boleh dibuat bermula hari ini sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 18 April 2021, jam 12 tengah. Pemohon boleh klik pautan dibawah
Anda perlu Login terlebih dahulu sebelum memohon. Jika tiada akaun, anda boleh daftar dengan klik pada butang ‘Daftar Akaun’ untuk pendaftaran buat kali pertama.

Syarat Umum Permohonan
Antara syarat umum yang perlu ada pada setiap pemohon bagi melayakkan permohonan ini adalah :
- Pemohon mestilah terdiri daripada anak-anak Negeri Terengganu Darul Iman berdasarkan kepada salah seorang ibu atau bapa pelajar berkenaan lahir di Negeri Terengganu Darul Iman.
- Ibu/bapa yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi telah menetap selama tidak kurang dari sepuluh (10) tahun juga boleh memohon dengan menyertakan surat akuan bermastautin dan bukti-bukti lain yang meyakinkan.
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Pemohon/ibu/bapa/penjaga mengundi di Terengganu
- Pengajian sepenuh masa dan tidak bekerja
- Keutamaan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40)
Penawaran biasiswa atau pinjaman Yayasan Terengganu ini kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kuota, merit , temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan syarat akademik, anda boleh pergi ke portal Yayasan Terengganu atau website https://www.yt.gov.my/biasiswa-yayasa-terengganu