Berita baik untuk murid tingkatan 4 ini kerana, anda boleh memohon untuk dapatkan bantuan biasiswa melalui Program Biasiswa Young Leaders 2020. Program ini hanya khusus kepada murid lepasan PT3 2019 yang sudah memasuki tingkatan 4 pada tahun 2020 ini.
Baca Juga : Senarai Bantuan Pendidikan Sekolah Dan Universiti Untuk Tahun 2020
Program Biasiswa Young Leader 2020 merupakan tajaan daripada Yayasan Telekom Malaysia (TM). Ini sedikit sebanyak dapat membantu murid tingkatan 4 yang baru sahaja memulakan pelajaran kepada peringkatan menengah atas (tingkatan 4 dan tingkatan 5). Untuk memohon, anda boleh dapatkan informasi selebihnya di bawah.

Isi kandungan
Permohonan Biasiswa Young Leaders 2020
Anda boleh mula memohon Biasiswa Young Leader 2020 bermula sekarang hingga tarikh tutup iaitu pada 29 Februari 2020. Bantuan yang bakal anda perolehi adalah elaun RM1500 setahun selama 2 tahun (tingkatan 4 dan tingkatan 5). Tiada penghantaran dokumen diperlukan untuk permohonan, hanya isian boring secara online menerusi pautan dibawah sahaja
Syarat Dan Kelayakan Bagi Mohon Biasiswa Young Leaders 2020
Antara syarat dan kelayakan adalah :
- Pelajar tingkatan 4 pada tahun 2020
- Mancapai minimum 5A dalam PT3 bagi tahun 2019
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan sukan
- Pendapatan isis rumah tidak melebihi RM5000 sebulan
- Tidak menerima sebarang tajaan lain dari mana-mana institusi
- Pemohon dan ibu bapa hendaklah warganegara Malaysia
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi pegawai berikut :
En. Ihsan Said : 03-22401594
En. Khairul Izam : 03-22401582
En. Abdul Salam Musa : 03-22401273 (teknikal)
Awesome post! Keep up the great work! 🙂
[…] Baca Juga : Biasiswa Young Leaders 2020 Untuk Murid Tingkatan 4 […]
How to know that pemohon dapat bissiswa nie??
melalui FAQ di website YTM, ianya mengambil masa 3 bulan selepas tamat tempoh permohonan which 29 feb yang lepas. Mungkin dalam bulan mei dia akan umumkan dan i will update here later.