advertisement

Susulan pengumuman PKP di enam buat negeri bermula Rabu ini. Adakah sekolah ditutup dan peperiksaan juga akan ditunda sekali lagi? Bagaimana peperiksaan SPM dan STPM yang bakal berlangsung kelak?

Seperti yang diumumakan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin pada November yang lepas, peperiksaan SPM dan STPM 2021 masing-masing akan bermula pada 22 Februari dan 3 Mac 2021. Jadi bagaimana negeri PKP yang yang bakal diadakan sekatan pergerakan yang ketat untuk 14 hari nanti?

Kebenaran Pelajar Dan Calon Peperiksaan?

Jadi menerusi pengumuman Perdana Menteri, walaupun terdapat sekatan pergerakan yang ketat khususnya di negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Johor, Sabah, Melaka; pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan.

Calon peperiksaan tersebut termasuk peperiksaan SPM bagi sesi 2021 dan 2021. Oleh itu, mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan memperincikan SOP ini tidak lama lagi.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here