advertisement

Calon ujian MUET tidak perlu dapatkan Permit Pergerakan Rentas Daerah daripada pihak Polis sebaliknya hanya perlu membawa slip pendaftaran menduduki peperiksaan apabila melalui sekatan jalan raya (SJR) ke pusat peperiksaan.

Makluman SOP ini dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik).

SOP pergerakan calon ke pusat peperiksaan semasa PKP/PKPB/PKPP ini adalah tertakluk kepada arahan terkini yang dikeluarkan oleh Kerajaan/Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa. Maka SOP sebelum ini (bertarikh 21 Januari 2021) adalah terbatal.

SOP Pergerakan Bagi Ujian MUET, MoD, peperiksaan STPM dan CEFR Readiness

Pemakluman ini tidak terhad kepada calon ujian MUET sahaja tetapi bagi calon peperiksaan STPM, MoD dan CEFR Readiness yang akan merentas daerah/negeri untuk ke pusat peperiksaan.

BACA : Jadual Penuh MUET Sepanjang Tahun 2021

Tidak perlu dapatkan permit, sebaliknya calon dikehendaki membawa bersama Slip Pendaftaran Menduduki Peperiksaan yang berkenaan sebagai bukti surat kebenaran sahaja.

sop ujian muet
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here