Kerajaan melalui KKMM mengumumkan sebuah inisiatif melalui syarikat-syarikat telco iaitu Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 untuk bagi pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini.

Pakej Data Khas ini telah dihebahkan oleh Menteri, YB Dato’ Saifuddin Abdullah dengan kerjasama MCMC dan juga disokong oleh syarikat-syarikat telco seperti Digi, U Mobile, TM, Maxis dan Celcom.

BACA : Tarikh Baru Peperiksaan SPM, SVM, STAM Dan STPM Diumumkan

Sehingga kini para pelajar khususnya calon SPM dan STPM menjalani pembelajaran secara online di rumah. Jadi mereka perlukan data internet yang cukup dan laju untuk belajar sebelum dibenarkan pulang semula ke sekolah pada Januari 2021 ini.

Calon SPM dan STPM tahun ini akan menduduki peperiksaan pada Februari dan Mac tahun ini. Jadi pastinya dengan inisiatif ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan kos yang perlu ditanggung sepanjang belajar secara online.

Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 Untuk Calon Peperiksaan

Dengan inisiatif ini, pakej yang ditawarkan untuk pelan internet adalah sebanyak 15GB kuota data dengan 30 hari tempoh sah dengan harga RM20 sahaja.

Jadi kepada semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM tahun 2021 layak untuk mendapatkan pakej khas ini.

Mula Langgan

Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 boleh dilanggan bermula 6 Januari sehingga 30 April 2021 melalui syarikat telco yang terlibat iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile. Manakala bagi TM pula, ianya dijangka tersedia mula 11 Januari 2021.

Cara Langgan Atau Membeli Pakej Data Khas Ini

1Celcom

Pakej istimewa SPM/STPM 2021 daripada Celcom XPAX ini hanya untuk mereka yang lahir antara 2001 hingga 2004.

Pengguna Baru
  1. Dapatkan Starter pack daripada Celcom Online, outlet Bluecube atau mana-mana peniaga sah
  2. Aktifkan Starter pack (Subcription)
  3. Akan menerima SMS berkaitan kempen ini dalam tempoh 4 hari
Pengguna Sediada
  1. Dapatkan informasi kempen daripada Celcom melalui SMS
  2. Log On di aplikasi Celcom Life
  3. Subscribe pas Internet pada bahagian Subcription
  4. Mesej berjaya melalui SMS akan dihantar

Untuk maklumat lanjut, layari www.celcom.com.my/personal/prepaid/plans/internet-plans

2Digi

Digi memperkenalkan Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 ntuk semua warganegara Malaysia berumur daripada 16 hingga 19 tahun (lahir tahun 2001-2004).

Aplikasi MyDigi
  1. Langgan melalui ‘Add-ons’ pada aplikasi MyDigi pada bahagian Internet
  2. Klik Confirm
UMB Codes
  1. Taip kod UMB *128#
  2. *128*2# untuk monthly internet
  3. *128*2*1# untuk pilih pakej data khas spm/stpm 2021
  4. Selesai

Untuk maklumat lanjut, layari www.digi.my/spm-stpm

3Maxis

Seperti biasa, untuk melanggan pakej data khas SPM/STPM 2021 sama seperti syarikat telco yang lain. Anda boleh langgan dengan RM20 sebulan untuk 15GB kuota internet melalui aplikasi Hotlink (PlayStore | AppStore | AppGallery)

Bagi mereka yang menggunakan plan Hotlink Prepaid Unlimited, pakej istimewa ini akan digunakan terlebih dahulu.

Untuk ketahui lebih lanjut, layari www.hotlink.com.my/en/support/internet/spm-stpm-2021-package

4U Mobile

Menerusi plan internet yang diperkenalkan melalui U Mobile. Calon SPM dan STPM boleh dapatkan pakej internet serendah RM20/sebulan untuk 15GB kuota data. Anda boleh langgan melalui 2 cara:

Aplikasi MyUMobile 
  1. Download aplikasi MyUmobile di Android | iOS | Huawei
  2. Buka aplikasi dan pilih “Add-Ons”
  3. Pilih “Pakej Data SPM/STPM” dan klik Buy Now
Melalui UMB
  1. Dail *118*3*12*2#
  2. Sahkan langganan anda

Untuk maklumat lanjut, layari u.my/spmstpm

5TM

Seperti yang diberitahu, pakej data khas spm/stpm 2021 ini boleh mula dilanggan bermula 11 Januari 2021. Sedikit lewat daripada penyedia perkhidmatan lain. Jadi setakat ini tiada lagi info khas yang dikongsikan oleh pihak TM Unifi.

Update : Anda kini boleh dapatkan pakej Khas SPM/STPM 2021 dengan harga RM20 sebulan untuk 15Gb data internet.

Untuk maklumat lanjut, layari www.unifi.com.my/personal/mobile/bebas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here