YTL Foundation hari ini mengumumkan kaedah atau cara memohon telefon percuma dengan data bagi golongan B40 bagi tujuan pembelajaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.
Sebelum ini, YTL Foundation telah menawarkan data internet percuma sebanyak 40GB bersama-sama konten pembelajaran iaitu daripada YES dan juga Frogasia. Anda boleh ketahui lebih lanjut dengan layari ytlfoundation.org/learn
Kesemua bantuan yang diberi oleh pihak YTL Foundation ini bertujuan bagi menyahut seruan Kerajaan bagi menggalakkan terutamanya golongan pendidikan dan pelajar untuk berada di rumah sekali gus belajar di rumah.
Sebelum ini pun, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah mengumumkan buat masa ini sekolah tidak akan dibuka dan kesemua pembelajaran boleh dibuat secara atas talian dan di rumah sahaja. Pihak KPM akan mengumumkan pembukaan sekolah 2 minggu lebih awal jika ianya dibenarkan kelak.
Cara Memohon Telefon Percuma Dengan Data Internet
Hari ini sekali lagi pihak YTL Foundation memberi inisiatif kepada golongan pelajar B40 untuk dapatkan telefon percuma bersama data internet bagi tujuan pembelajaran atas talian (online) di ytlfoundation.org/learnfromhome-b40. Permohonan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021
Tawaran ini khas kepada golongan B40 sahaja. Untuk memohon anda perlu sediakan beberapa butiran seperti dibawah:
- Nombor MyKad/MyKid murid
- Nombor MyKad ibubapa
- Status B40 ibubapa di portal BPN (https://bpn.hasil.gov.my) masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’

Kemudian anda perlu isi borang secara online di pautan dibawah ini. Anda boleh juga dapatkan maklumat murid keluarga B40 yang lain betul-betul memerlukan dengan cara yang sama
Sekiranya berjaya, ibubapa yang dicalonkan akan menerima e-mel dengan pautan untuk mendaftar. Mereka sekali lagi perlu sediakan :
- Salinan MyKad/MyKid murid
- Salinan MyKad ibubapa
Akhir sekali, jika berjaya barulah pihak YTL Foundation akan menghantar telefon percuma tersebut kepada ibubapa dan anak-anak boleh mula belajar di rumah.
Anda juga boleh semak kelulusan secara online di lcs.yes.my/
sumber : ytlfoundation.org/belajardarirumah/
Disclaimer : admin pendidikan4all tiada kaitan dengan YTL Foundation, segala informasi yang diberitahu adalah berdasarkan maklumat YTL Foundation sendiri sediakan di laman web mereka. Harap maklum
Utk memohon,di page pertama form..maklumat siapa yg perlu diisikan ye?kerana di page kedua,maklumat murid dan ibu bapa murid..mohon pencerahan..
maklumat pengesyor. Iaitu maklumat individu yang ingin syorkan mana-mana murid daripada golongan B40. Mungkin kita jiran, tapi tahu ada anak-anak yang susah, kita boleh syorkan. Jadi isi maklumat kita.
Tak paham lah..kalau anak sendiri nak bantuan telefon ni…nk isi juga ke yg pengesyor tu..jelaskan lbh terperinci admin..
mungkin boleh cuba ibubapa sendiri yang apply. sebab dalam FAQ dia bagi tahu, sesiapa sahaja yang boleh syorkan anak-anak tersebut. Tapi ada juga yang bagi tahu, cikgu sendiri yang akan syorkan anak muridnya yang layak. Mungkin boleh contact cikgu suruh syorkan anak tuan. harap membantu
Admin…ape sebab sy punya dpt simkad je..telefon x de pn
yang tu saya tak pasti. Mungkin ada mereka yang lebih memerlukan.
Sama jugak. Janji palsu pulak dgn anak. Rasa bersalah pulak.
Bagi tujuan untuk anak belajar dlm online dan memudahkan pembelajaran…
Saya pn.julitha sekiranya bpn saya dapat rm1000.00 tidak layak memohon kah..telephone percuma ini.
kalau ikut syarat, ianya untuk B40 yang menerima BPN Rm1600. Kalau rm1000 ni golongan m40 dalam bantuan prihatin. tak layak rasanya. terima kasih
Salam puan julitha..anak saya dah dapat fon YES dari YTL,sekali dgn simcard..alhamdulillah..tak kisah akak dapat berapa diit BPN,yang penting siapa yang dapat BPN,amat layak dan ia dipanggil B40.akak mohonlah..ayukur sngt..
kak yg mohon sendri ka atw pun cgu ank kak yg mohon…
Nak tanya. Yang ni dia bagi phone sekali dengan simcard ke?,
Setiap telefon pintar akan dilengkapi dengan data 120GB (10GB/sebulan selama 12 bulan. ya dia bagi simcard sekali. boleh baca sini FAQ
Saya nk Tanya klu kata dia bgi tpone sekali dgn simkad..kenapa gdexpress hantar simkad saja..xder tpone pun…..
Mungkin sim card tersebut adalah permohonan sebelum ini.
Saya pun dapt sim kad sahaja..tk ada fon
Sama… Check kat website kata layak dpt fon dan simcard tp yg smpi hanya simcard saja.. Musnah harapan anak. Kecewa.
nak tnya. yg first skali tu letak nama siapa?
bahagian pertama adalah bahagian pengesyor iaitu selain daripada ibubapa. Ada parents bagi tahu juga, cikgu yang akan syorkan anak muridnya yang layak. Mungkin boleh minta cikgu syorkan untuk anak tuan
Alhamdulilah dah lulus, , , baru dpt email tracking pos!!!
besok mungkin sampai!!!
dpt sim saja tu.. kn.
Bukan ke cikgu yg kena isi borang pertama tu?setahu Saya lah…sbb cikgu Ada mohon utk anak Saya sbb sejak PKP ni dia dgn kakak dia berebut guna handphone yang mak long dia bagi untuk buat homework…kesian Kat adik dia lh selalu miss keja sklh sbb kakak dia lg bnyk homework Dr adik dia…maklum lah kakak dia dapat pelajar cemerlang pt3 Hari tu…Kita x brp nk pnd ni kena didik anak supaya lbh pandai Dr Kita..miskin bkn penghalang sebuah kejayaan…
Admin ada baca pada awalnya memang dibuka kepada cikgu sahaja yang mengesyorkan. Tapi di dalam FAQ, dia bagi tahu sesiapa sahaja boleh. Tapi admin setuju, yang lebih tahu berkaitan muridnya adalah cikgu mereka sendiri. better suruh cikgu jue kan.
Admin doakan keluarga puan bersama anak-anak terus berjaya dalam pembelajaran, dunia dan akhirat dan tahniah juga untuk kakanya 🙂
Kalau bpn dalam status permohonan di terima x boleh mohon ke
yang ini admin tak pasti, sebab dalam FAQ yang dikeluarkan pun, tiada di beritahu. Mungkin puan boleh cuba contact melalui facebook YTL Foundation mereka atau join facebook group mereka untuk maklumat lanjut
Maf skdar nak btnya..link nie bukan scamer jga ka..taulah skrang nie tlalu bnyak penipuan..mohon pencerahan..
link yang mana ya? kalau dalam komen, ada 3 link dikongsikan. 1 link ytl foundation dan 2 lagi link daripada facebook ytl foundation.
Nak tanya nanti macam mana nak tahu telefon dah sampai sbb saya dah siap daftar
YTL akan hubungi melalui emel yang didaftarkan
Xbleh nk mohon, guru ckp kpm xde krjasama dgn ytl… Tpinggir plak rsanya…
Betul. ini bukan bawah KPM. Ianya daripada pihak swasta.
Saya mohon sendiri tampa melalui guru, , , hari ini baru dpt tracking pos, , , sim dan telefon sudah dihantar!!!
Pemohonan dh berapa hr di buat bila sy akan tahu pemohonan lulus ke tidak
Untuk maklumat, admin bukan dibawah YTL. Tapi buat masa sekarang, YTL belum mengumumumkan lagi bila permohonan diluluskan.
Sudah isi form tpi x de feedback pun betul ke bole dapt ni
mengikut FAQ daripada YTL Foundation, pihak YTL sendiri akan hubungi melalui emel yang didaftarkan.
Jika sye klau diluluskan pihak ytl akan minta membuat langkah seterusnye kan??iaitu meminta salinan mykad ibubapa dan mykad/mykid pencalonan.,salinan tersebut perlu dihantar melalui macam mne ye???……mcm mns kite nk tahu lulus atau pon tidak ye adakah mereka sudah mengumumkan siapa yg berjaya menerima pencalonan tersebut.????
segala jawapan akan dihantar melalui emel yang didaftarkan
Sy telah menghubungi 4 org guru di sekolah anak saya. namun semuanya tidak mahu bekerjasama dgn alasan mereka telah diberi arahan oleh pihak sek supaya jgn turut serta dan masuk campur. Ini kerana pengurusan sek menyatakan ytl foundation tidak berurusan dgn kementerian pelajaran.
Jadi bolehkah menggunakan guru pencalon dari sek lain.
Minta pencerahan secepatnye
pencalon boleh dari kalangan sesiapa pun dan tidak terhad kepada cikgu sahaja. Cuma perlu minta kebenaran sahaja. mengikut penerangan daripada website ytl foundation sendiri
Bukannya guru tidak mahu mmberi kerjasama Anna. Cikgu mmg tk blh terlibat.. tindakan akn diambil kpada guru yg terlibat didalam urusan ini..
Boleh kah saya Tau dalam berapa Hari kita akan Tau kita layak ke Tak untuk dapat hand phone percuma ini
ianya akan dimaklumkan terus menerusi emel pemohon
Saya dah mohon tapi sama ada anak saya dapat atau tidak tiada keputusan hari2 saya cek gmail takda pun
Segala jawapan akan diberitau melalui emel. Itu seperti yang diberitahu oleh pihak YTL Foundation
Macam mana nak tahu dapat ke tak? Sbb saya dh mohon lana dah, dari bulan lepas lgi. Tapi saya xdpt apa2. Mcm mana ye?
Seperti yang diberitahu oleh pihak YTL, jawapan hanya diberikan melalui emel yang didaftar. Untuk pemberitahu secara awam, admin tak pasti bila diberitahu
Selain Daripada guru, boleh tak orang lain seperti ketua kampung dan lain lain boleh menjadikan sebagai pencalon?
boleh je sesiapa pun
Npe isi tk lulus untuk bantuan talifon tu
Puan boleh terus hubungi pihak YTL Foundation untuk maklumat lanjut
Nak tanya dlm 1 keluarga boleh mohon 2 hp utk anak sekolah rendah dan sekolah menengah
puan boleh cuba untuk memohon. Kalau ada rezeki, mungkin boleh dapat.
sye nk tye .. skrg prmohonan da dtrime , tp selpas prmohonan d trime ibu n ayh mngalami penceraian .. jd si ibu tak dpat nk ambil gmbar si ayhnye sbb si ayhnye tak de .. boleh ke letak gmbar ic si ibu sbb bsh tu msih di bwah name ayah .. tq hanye ingin membantu pljar ..
Yang tu saya tak pastilah, mungkin cik boleh hubungi pihak YTL Foundation terus di +60320380888 atau ytlfoundation@ytl.com.my
Harap membantu
saya buat permohonan dengan gambar saya dan anak sahaja.alhamdulillah…sedang menunggu telefon dan sim sampai
Salam 1Malaysia, Maaf saya nak bertanya mcm mana kalau saya tersilap letak gmbr screenshot semasa saya isi permohonan ini.. Bagaimana nak tukr nya sebb permohonan saya d terima tapi sya rasa gmbr yg saya letak tu xsama yg syaratkan.. Boleh ke saye nak kemskini?? Bagaimana??
CUba puan ajukan permasalahan ini di talian +60320380888 atau melalui emel ytlfoundation@ytl.com.my
Terima kasih
Sy de trima mlalui sms..then mntk dftr dlm tempoh 7 hr..tp xde plak d britahu mlalui email..so ble prcye ke yg d hntr mlalui sms mngata kn Sy lulus prmohonan tersebut..
Seperti yang diberitahu hanya melalui emel. Mungkin puan boleh hubungi pihak YTL Foundation terlebih dahulu berkaitan perkara ini di +60320380888 atau ytlfoundation@ytl.com.my
Sy nk tya..mcm mana pulak dgan masalah sy..masa sy isi pemohonan sy tersalah bg alamat email…..lpas tu sy dapt msg mlaliu sms Pemohonan sy lulus utk daftar..bila daftar sy lupa letak gambar selfi dgn ic dan hntar…xdapat maklum balas…. Bila sy baca balik syarat yg dia nak…lpas tu sy isi skali lg…..adakah pemohonan sy dbatal kan..
Reply
Ini masalah kesalahan dan teknikal sendiri berkaitan pendaftara. Cuba Puan ajukan masalah ini terus ke YTL Foundation di talian +60320380888 atau ytlfoundation@ytl.com.my
Boleh bagi saya nombr YTL FOUNDATION???
Cuba Tuan hubungi di talian +60320380888 atau ytlfoundation@ytl.com.my
Saya ada mohon tel pintar…macamana nak buat semakan samada permohonan saya layak atau tidak?
Sekiranya berjaya, pihak YTL Foundation akan menghubungi pemohon melalui emel yang telah didaftarkan.
update : sebarang permohonan boleh disemak sekarang di website… saya pun dah lulus permohonan.. Alhamdulillah.. minggu ni dpt kot tel..
Alhamdulillah. Tahniah
Nk tanya bantuan telefon pintar percuma ini adalah pinjaman ke? Atau diberikan terus untuk kanak-kanak
Seperti yang diberitahu, anda akan dapat terus telefon tersebut
Salam, sy nak Tanya, sy dah Mohon tel pintar ni untuk anak, tp knp tidak lulus ye, sedangkan kami adalah dari golongan B40
Tel dan sim kad sampai sudah..baru tadi..terima kasih YTL
Hai selamat malam untuk pengetahuan admin permohonan saya telah pun diluluskan dan pihak YTL telah pun menghantar untuk pengesahan emel dan saya telah pun mengesahkannya dan menghantar kembali emel tersebut tapi sehingga masih belom menerima telefon pintar serta simkad percuma tersebut
Terima kasih.. Saya sudah terima hp dan sim kad….. Bagus sangat..
Selepas Berapa Hari kamu dpt telefon ini
Boleh memohon lagi ke?
permohonan dilanjutkan sehingga Jun 2021
Diwafimi, selepas Berapa Hari kamu dpt telefon ni
Selepas Berapa Hari kamu dpt telefon ini
Dah 4 Hari bila saya dapat telefon percuma ini