advertisement

Menuntut ilmu merupakan satu kewajiban kepada kita, apatah lagi jika ilmu yang dituntut itu mendapat keberkatan. Sudah pasti ilmu yang diperoleh memberi manfaat bukan kepada diri sendiri sahaja malah kepada orang lain juga.

Tapi apakah yang dimaksudkan dengan ilmu yang berkat? Ia sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan keberkatan itu, kita akan beroleh ketenangan dan kebahagian walaupun terdapat beban di bahu kita.

Jadi bagaimana untuk mendapat ilmu yang berkat? Apakah yang perlu kita buat atau amalkan supaya ilmu yang diperoleh mendapat keberkatan dariNya?

Cara menuntut ilmu supaya mendapat keberkatan dariNya

#1 – Sebelum belajar, niatkan kerana Allah SWT

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi ke kelas atau kuliah, sentiasa ingatkan diri bahawa kita menuntut ilmu kerana Allah SWT. Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal 8 pagi dan tamat jam 5 petang.

BACA : Perkongsian Bagaimana Ibubapa Ini Membersihkan Dan Menghias Kelas Anaknya Menjadi Cantik

Tetapi, berfikirlah bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, malaikat akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kita. Jadi, kita tidak akan berasa tertekan jika kelas berakhir agak lewat sekali pun.

#2 – Disiplin diri

menuntut ilmu

Amalkan membaca surah-surat al-Quran walaupun satu muka surat setiap kali mahu mengulangkaji pelajaran. Dengan ini, kita tidak akan meninggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita mengejar duniawi.

#3 – Berfikiran positif

Ada kalanya kita rasa tertekan apabila berhadapan dengan topik-topik pembelajaran yang sukar difahami. Kesannya kita mudah berputus asa dan terus taknak tengok dah topik tersebut. Dan lebih bahaya jika mind setting mengatakan topik tersebut sangat susah dan tidak menarik.

Sebaik-sebaiknya, apabila ada sesuatu yang menghalang minat atau fokus kita terhadap topik tersebut, segeralah mengambil wuduk dan solat sunat 2 rakaat. Dengan ini dapat menenangkan diri dan memberi fokus yang lebih mendalam insya allah

#4 – Utamakan seruan Allah

Apabila sedang khusyuk belajar, tatkala azan sedang berkumandang, berhentilah sebentar dan pergilah menunaikan kewajiban solat. Adalah bagi lelaki untuk berjemaah di surau atau masjid. Tak mengambil masa yang lama pun. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar.

Imam Ghazali ada menyatakan bahawa: “Orang yang menyahut seruan azan dengan serta-merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjemaah, di akhirat kelak dia akan dijemput oleh Allah dengan penuh lemah lembut dan menjadi tetamuNya”

#5 – Lazimkan diri membaca doa dan mengambil wuduk sebelum belajar

Doa adalah senjata mustajab untuk memohon sesuatu dari Allah. Jangan malu atau malas untuk memohon doa agar diberi kekuatan dalam menuntut ilmu.

Melalui berwuduk juga kita akan sentiasa beringat bahawa belajar merupakan satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan ia juga memudahkan kita untuk terus menunaikan solat apabila masuk waktunya.

Berwuduk juga akan menjadikan ilmu yang kita dapat akan lebih diberkati.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here