advertisement

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara mohon bantuan yang diumumkan oleh pihak KPT melalui Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad pada 30 Oktober yang lepas.

BACA : Pakej Pelan data, Peranti Dan Bantuan Tunai RM50 Kepada Pelajar IPT

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan beberapa bantuan untuk pelajar IPT yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Antara bantuan yang disediakan adalah seperti berikut :

  1. Bantuan Kewangan Prihatin One-Off RM50 kepada pelajar baharu Universiti Awam
  2. Bantuan Pelan Data (kad sim) atau sumbangan tunai (B40)
  3. Bantuan memiliki peranti (laptop) (B40)
  4. Bantuan pakej pelan datan dan peranti istimewa kepada semua pelajar

Jadi hari ini, pihak KPT telah mengeluarkan soalan lazim berkaitan bantuan yang diumumkan ini. Bagaimana cara mohon kesemua inisiatif yang diperkenalkan ini khusus kepada pelajar IPT di seluruh Malaysia yang terkesan disebabkan pandemik ini.

Soalan Lazim Cara Mohon Bantuan Dan Inisiatif Daripada KPT

cara mohon

Bantuan Kewangan One-Off RM50

Bantuan wang tunai RM50 ini hanya layak kepada pelajar baru Universiti Awam yang menerima tawaran kemasukan bagi sesi September 2020/2021 Program Ijazah Sarjana Muda. Atau pelajar boleh semak status kelayakan melalui bahagian Hal Ehwal Pelajar, HEP di UA masing-masing.

Jika anda layak, anda perlu kemaskini dokumen dan maklumat seperti berikut. Hubungi HEP anda:

  • Salinan kad pengenalan
  • Nombor akaun bank dan nama bank
  • Salinan penyata/buku bank dan
  • Nombor telefon bimbit/emel

Jika semua sudah layak dan lengkap, pelajar akan mula menerima bayaran pada pertengahan November 2020 hingga 31 Disember 2020 melalui akaun bank pelajar sendiri.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pegawai Penyelerasan di Bahagian Kemasukan atau HEP di UA masing-masing

Bantuan Pakej Pelan Data

Bantuan ini adalah khusus bagi golongan B40. Jadi pihak pihak HEP UA masing-masing akan menghubungi pelajar tersebut (tak perlu mohon) berdasarkan kelayakan. Mereka yang layak akan menerima dalam bentuk kad sim. Tetapi ada beberapa UA akan memberikan bantuan dalam bentuk wang tunai (terus ke akaun bank).

Bantuan Peranti (Laptop)

Bantuan ini juga dikhususkan kepada golongan B40. Jadi pemilihan pelajar B40 secara bersasar akan dibuat oleh pihak HEP universiti masing-masing (tak perlu mohon).

Antara jenis bantuan bagi mereka yang layak akan menerima adalah laptop percuma, pemberian wang tunai, pinjaman laptop sepanjang pengajian dan juga bantuan pinjaman kewangan istimewa bagi pelajar memperolehi laptop. Pelajar-pelajar ini akan mula menerima secara berperingkat bermula November 2020. (Anda akan dihubungi oleh pihak UA masing-masing)

Pakej Pelan Data Dan Peranti Istimewa

Bantuan akhir sekali ini adalah layak untuk semua pelajar IPT. Semua pelajar IPT termasuk UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti berpeluang untuk menikmati pakej pelan data dan peranti pada harga yang rendah seperti yang ditawarkan oleh Celcom, DiGi, TM (Unifi Mobile), Maxis, Acer, Samsung (dengan syarat) dan Apple Online Store.

Cara Mohon Pakej Pelan Data

CELCOM

Pelajar boleh dapatkan pakej istimewa ini dengan buat pendaftaran prepaid di Blue Cube CELCOM yang berdekatan. Pelajar perlu bawa kad pengenalan dan kad pelajar atau surat tawaran kemasukan IPT sahaja. Sebarang pertanyaan boleh hubungi CELCOM Careline di 1111 atau 019-6011111.

cara mohon bantuan ipt unifi
DIGI

Untuk pospaid, boleh mohon secara online di https://digibiz.lpages.co/mohebb-kb atau https://digibiz.lpages.co/mohebb-maficomm/. Seperti biasa, bawa kad pengenalan dan kad pelajar atau surat tawaran diperlukan.

Manakala untuk prepaid, pendaftaran perlu dibuat dimana-mana cawangan DIGI Store atau secara online di https://bit.ly/2Jki5Jn. Kad pengenalan dan kad pelajar diperlukan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi DIGI di 016-2998888

cara mohon bantuan ipt unifi
MAXIS (Hotlink)

Hanya tawaran postpaid sahaja disediakan iaitu bagi umur 18 hingga 25 tahun. Boleh pergi mana-mana Maxis Centre dan bawa kad pengenalan dan kad pelajar. Sebarang pertanyaan boleh hubungi MAXIS di 1800-82-1123

cara mohon bantuan ipt unifi
TM (Unifi Mobile)

Postpaid – Pendaftaran boleh dibuat secara online bermula 16 November di https://unifi.com.my/studentpack atau pergi mana-mana TM Point.

Prepaid – Anda boleh mendaftar di TM Point yang berdekatan atau melalui aplikasi mobile@unifi.

Cara Mohon Tawaran Istimewa Pakej Laptop

ACER

Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian https://store.acer.com/en-my/promotion/students. Pelajar perlu masukkan kod diskaun mengikut model komputer riba yang dibekalkan oleh pihak Acer.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 016-3603635 atau 03-8026 6333.

SAMSUNG

Hanya pihak IPT yang mendaftar sahaja layak untuk menerima kadar diskaun Education Online Store iaitu melalui pautan https://shop.samsung.com/my/samsung-education-store. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-5191 1515 atau emel kepada my_shop@samsung.com

cara mohon bantuan samsung
APPLE ONLINE STORE

Pendaftara boleh dibuat secara dalam talian iaitu di https://www.apple.com/my/education/higher-education/. Untuk sebarang persoalan boleh hubungi pihak Apple Online Store di 1800-80-6419

cara mohon bantuan apple

Harap perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan jawapan kepada pertanyaan cara mohon bantuan yang diutarkan sebelum ini. Untuk ketahui lebih lanjut, boleh pergi ke facebook Kementerian Pengajian Tinggi.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here