advertisement

Kerajaan telah mengumumkan permohonan bagi menerima bantuan Perantisiswa Keluarga Malaysia berupa tablet kepada mahasiswa boleh dimohon bermula 15 April 2022 pada jam 8.00 pagi.

BACA : Cara Mohon Bantuan One-Off RM50,Pakej Pelan Data & Kad Sim dan Peranti (Laptop) Untuk Pelajar IPT

Bantuan ini bakal memberi manfaat kepada kira-kira 350,000 mahasiswa yang tergolong dalam keluarga B40 yang bertujuan membantu pembelajaran secara online dan hibrid untuk kelangsungan pendidikan ketika fasa peralihan endemik ini.

Perantisiswa Keluarga Malaysia menerusi Belanjawan 2022 adalah inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Syarat Permohonan Perantisiswa Keluarga Malaysia

Pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan PerantiSiswa seperti dibawah layak untuk buat permohonan iaitu

  • Warganegara Malaysia
  • Keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah
  • Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda
  • Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa
  • Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan sebelum ini

Terma Perantisiswa Keluarga Malaysia

Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet. Jadi anda perlu dapatkan sendiri sambungan internet selepas ini.

Selain itu, anda perlu serahkan semula tablet ini sekiranya :

  • Menamatkan pengajian
  • Berhenti pengajian
  • Dibuang pengajian
  • Menyalahgunakan tablet yang diberi sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang
  • Melanggar apa-apa syarat yang ditentukan

Sekiranya berlaku kerosakan, kehilangan atau kecurian, penerima tersebut perlu melaporkan melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak. Jadi mahasiswa yang menerima tablet tersebut adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatannya.

Bagi butiran terperinci berkaitan terma & syarat permohonan, anda boleh dapatkan rujuk di pautan ini.

Cara Mohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia

perantisiswa

Sekiranya anda layak mengikut syarat yang ditetapkan, anda boleh mula mohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia mulai 15 April 2022 (hari Jumaat) pada pukul 8.00 pagi.

  1. Layari laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my dan klik Daftar Pengguna
  2. Kemudian anda perlu lengkapkan maklumat yang dikehendaki untuk tujuan pendaftaran. Jika sudah, klik Daftar
  3. Sekiranya pendaftaran berjaya, anda akan menerima notifikasi di emel untuk tujuan pengesahan. Klik Aktifkan Akaun
  4. Login semula dengan menggunakan alamat emel dan password yang telah ditetapkan sebelum ini
  5. Skrin Borang Permohonan Perantisiswa akan dipaparkan. Semak dan lengkapkan borang tersebut pada ruang yang wajib diisi
  6. Pilih Perakuan Pelajar dan klik terma dan syarat. Kemudian klik Hantar Permohonan
  7. Skrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Klik Cetak/Simpan untuk simpanan

Untuk keterangan lanjut berkaitan cara permohonan, anda boleh dapatkan manual disini

Bilakah Keputusan Diumumkan Dana Akan Diberikan PerantiSiswa Ini?

Pemakluman status permohonan akan dibuat melalui emel kepada pemohon yang berjaya. PerantiSiswa dijangka mula diagihkan kepada mahasiswa seawal bulan Jun 2022.

Proses Rayuan

Sekiranya ada mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 yang terkesan dengan banjir, kebakaran atau apa-apa sebab lain yang munasabah, mereka boleh memohon dalam tempoh permohonan rayuan yang akan ditetapkan kelak oleh Pentadbir Program.

Jenis Peranti Yang Dibekalkan

Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:

  • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
  • Android OS 10 dan ke atas
  • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
  • Minimum RAM 4GB
  • Minimum storan 64GB
  • Slot SD Micro sehingga 256GB
  • Kamera hadapan minimum 2MP
  • Kamera belakang minimum 5MP
  • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
  • Bluetooth 4.1 dan ke atas
  • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
  • Bateri minimum 4500 mAh
  • Pengecas USB disertakan
  • Papan kekunci bluetooth disertakan
  • Pen stylus disertakan.

Untuk info lanjut berkaitan PerantiSiswa Keluarga Malaysia, anda boleh pergi ke laman web rasmi di perantisiswa.kkmm.gov.my

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here