advertisement

Hari Guru adalah hari yang paling dihargai dan dinanti-nantikan oleh semua pelajar dan guru di Malaysia. Hari ini adalah hari untuk menghargai dan memberikan penghargaan kepada guru yang telah membimbing, mengajar, dan memberi inspirasi kepada kita sepanjang masa.

Momen ini adalah waktu yang tepat untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru kepada mereka yang telah memberikan ilmu, kebijaksanaan dan memberikan pedoman dalam hidup kita.

Ucapan Selamat Hari Guru tidak hanya menunjukkan penghargaan kita, tetapi juga memberikan semangat dan motivasi kepada guru-guru kita untuk terus melanjutkan perjuangan mereka dalam mencetak generasi muda yang lebih baik.

Pada tahun ini, kita akan meraihkan Hari Guru pada 16 Mei 2023, iaitu pada hari Selasa dengan membawa tema ‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani.

Oleh itu, pada Hari Guru yang mulia ini, marilah kita sampaikan ucapan selamat dan terima kasih yang tulus dari hati kepada guru-guru kita. Teruslah memberikan penghargaan dan penghormatan kepada mereka sepanjang masa.

Semoga mereka terus diberikan kekuatan dan semangat dalam membimbing generasi muda ke arah yang lebih cemerlang dan berjaya.

Senarai Contoh Ucapan Selamat Hari Guru 2023

Kita boleh sampaikan ucapan dalam pelbagai bentuk sama ada menerusi SMS, kad ucapan, dalam bentuk gambar, video, puisi, pantun atau boleh juga diberikan bersama dengan hadiah-hadiah yang bermakna sebagai tanda penghargaan.

Jadi kami kongsikan beberapa ucapan Selamat Hari Guru yang anda boleh gunakan sebagai panduan

Ucapan Selamat Hari Guru 1

Jasa dan bakti Cikgu akan dikenang selalu. Minta halalkan segala ilmu yang telah diberikan. Semoga Allah sahaja mampu membalas segala keringat dan bakti Cikgu. Selamat Hari Guru!

Ucapan Selamat Hari Guru 2

Engkau bagaikan lilin yang selalu menerangi setiap kegelapan, semoga setiap peluh lelahmu melahirkan generasi tangguh dan berjiwa negarawan. Selamat Hari Guru 2023

Ucapan Selamat Hari Guru 3

Terima kasih cikgu kerana memberi saya ilmu pengetahuan dan mendidik kami dengan baik dan yang cikgu bagi kepada saya. Minta maaf atas yang telah saya buat kesalahan kepada cikgu.

Ucapan Selamat Hari Guru 4

Wahai guru, terima kasih kerana memberiku peluang untuk mencapai cita-citaku. Menukar angan-angan kepada usaha. Mengubah impian kepada azam. Menabur ilmu kepada kami yang serba tidak tahu. Setiap pengorbananmu hanya Tuhan yang dapat membalasnya.

Ucapan Selamat Hari Guru 5

“Kaulah pelita hidu bagi kami semua menuju jalan ke arah benar. Penuh ikhlas dan tulis membimbing dan mengajar untuk memastikan kami berjaya” Terima Kasih Cikgu

Ucapan Selamat Hari Guru 6

Selamat Hari Guru 2023. Terima kasih atas kesabaran, kebaikan dan dedikasi anda yang tiada henti. Terima Kasih Cikgu!

Ucapan Selamat Hari Guru 7

Guru,

Dalam ajarannya ada harapan,

Dalam tegurannya ada doa,

Dalam marahnya ada sayang,

Dalam diamnya ada kebijaksanaan,

Dalam tangannya ada sahsiah terbina.

SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU!

Ucapan Selamat Hari Guru 8

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang bergelar “Cikgu, Guru, Teacher, Ustaz, Ustazah, Profesor dan sebagainya…”. Terima kasih kerana mengajar kami tentang adab dan ilmu sehingga kami menjadi orang yang berguna.

Ucapan Selamat Hari Guru 9

All the efforts and hard work you have put into bringing out the best in us can never be repaid in mere words. We can only be grateful to have a teacher like you!

Ucapan Selamat Hari Guru 10

I was lucky to have a teacher as wonderful as you. I wish you a Teacher’s Day filled with moments of joy!

Contoh Pantun Selamat Hari Guru 2023

Pantun Hari Guru 1

Untuk sahabat, lama baru,
Warna biru, jadi hasrat,
Diucap Selamat Hari Guru,
Tanpa guru, hidup melarat.

Pantun Hari Guru 2

Jika berguru, kepalang ajar,
Bagai bunga, kembang tak jadi,
Kepada cikgu yang mengajar,
Kami semua terhutang budi.

Pantun Hari Guru 3

Kain lembut, berwarna biru,
Bertulis rumi, dipakai tamu,
Selamat menyambut Hari Guru,
Berguru kami, demi ilmu.

Pantun Hari Guru 4

Ikan sembilang ikan cencaru,
Dicicah kicap lazat rasanya,
Hadiah terbilang seorang guru,
Jaya dikecap oleh tunasnya.

Pantun Hari Guru 5

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here