advertisement

Dapatkan Buku Teks Digital Di Aplikasi KPM eTextbook Dari Kementerian Pendidikan Malaysia | Sebelum ini pihak kerajaan telah mengeluarkan hasrat bahawa pembelajaran digital akan direalisasikan. Jadi hari ini, usaha awal pembelajaran digital ini telahpun terjadi di mana pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan aplikasi buku teks digital kepada murid sekolah.

etextbook

Download eTextbook

Menurut penerangan di dalam video terbitan KPM, aplikasi KPM eTextbook menyediakan buku teks digital ini dalam bentuk EPUB dan bukannya PDF. Kelebihan EPUB ini adalah, para murid dapat membuat nota, highlight bahagian-bahagian penting dan juga bookmark. Ianya seolah-olah anda menggunakan buku teks sebenar.

Untuk dapatkan buku teks digital, anda boleh dapatkan dipautan dibawah dan ikut arahan untuk pendaftaran buat kali pertama.

Bagi menggunakan eTextbook, anda boleh download aplikasi KPM eTextbook Reader ini terus ke smartphone anda sama di platform Android atau platfom iOS dan juga menggunakan komputer dengan download software disini. Kini anda boleh baca dengan semua peranti.

Selain itu, anda juga boleh muat-turun beberapa lagi buku teks digital sekolah rendah/menangah disini atau perkongsian daripada pautan PANDAI dibawah untuk sekolah rendah dan sekolah menengah

Buat masa ini, daripada penilitian saya, hanya terdapat beberapa judul buku sahaja terutamanya bagi tahun 1, tahun 6, tingkatan 1 dan tingkatan 4. Dan yang pastinya, bilangan judul akan di tambah dari semasa ke semasa.

Baca Juga : Jom Baca Buku, Majalah, Novel Secara Percuma Daripada Perpustakaan Negara

Jadi dengan adanya aplikasi ini, para murid dapatlah simpan buku teks di sekolah sahaja dan boleh menggunakan eTextbook ketika berada di rumah atau luar sekolah. Masalah bag berat dengan buku teks yang sering di hadapi oleh murid-murid sedikit sebanyak boleh dikurangkan dengan adanya KPM eTextbook. Tapi ingat, gunakan teknologi yang disediakan dengan bijak tau

advertisement

35 COMMENTS

  1. Assalam… semoga semua buku teks digital di bawah KPM dapat disediakan memandangkan musim PKP sekarang ni dengan pelbagai karenah pelajar yang tidak lengkap buku teksnya di rumah, mungkin sedang berada di kampung atau di asrama. Terima kasih. #stayathome #hentikanCovid19

    • kami dah kemaskini untuk sebuah lagi pautan perkongsian buku teks digital. Anda boleh klik pada bahagian buku teks digital percuma. Harap membantu.

  2. Mohon upload semua buku teks sekolah rendah di sini kerana dalam situasi PKP sekarang ia amat diperlukan. Terima kasih.

    #muriddiutamakan

    • Itulah, admin pun perasan. masih banyak lagi buku digital yang tidak dikongsi oleh KPM. Admin pun tak pasti bila akan dikemaskini

  3. Hi, kan bagus kalau dah uploadkan teksbook kat sini awal-awal. sekarang dah lebih setahun masih belum ada bahan lagi. Harap dapat menambah-baik.

  4. Salam Sejahtera :
    Saya Cikgu Prakash From Tenby School Penang ( Swasta -Kurikulum Malaysia)
    Saya mengajar bahagian kurikulum Malaysia .( KSSR )
    Bolehkah pihak berkongsi Buku teks Digital dengan saya.
    Kerjasama pihak tuan amat saya hargai.

    • Salam sejahtera cikgu. Maaf tuan, saya tiada akses untuk kongsikan buku teks digital lain. Ini semua daripada pihak KPM, saya hanya kongsikan sahaja kepada orang ramai. Mungkin tuan boleh hubungi pihak KKM sendiri. Minta maaf sangat.

  5. salam admin, kelas peralihan pun dah guna silibus baru KSKP.mohon wujudkan juga ruang untuk buku2 kelas peralihan
    terima kasih

    • Maaf admin tiada kaitan dengan KPM. Kami hanya berkongsikan sahaja apa-apa maklumat berkaitan pendidikan Malaysia. Mungkin selepas ini KPM akan keluarkan banyak lagi silibus secara digital hendaknya

    • itu merupakan software yang menjalankan etextbook tersebut. Jadi tuan harus download dan install terlebih dahulu sebelum menggunakan buku teks digital ni. Admin sudah semak, link tersebut masih boleh digunakan. Terima kasih

  6. hi, salam sejahtera. Saya dah download apps ini. Saya tidak jumpa buku-buku untuk darjah satu.
    Yang saya nampak hanya dari tingkatan 1 sampai 5.

    macam mana saya boleh download bukut teks untuk darjah 1?

    • Kesemua kandungan ini adalah dikeluarkan sendiri oleh pihak KPM. Mungkin dari semasa ke semasa, pihak KPM akan kemaskini untuk semua buku teks sekolah rendah pula. Terima kasih

  7. Assalamualaikum & salam sejahtera. Saya dah download apps di atas, tp xde pun buku teks digital untuk sekolah rendah.

    • kami dah kemaskini untuk sebuah lagi pautan perkongsian buku teks digital. Anda boleh klik pada bahagian buku teks digital percuma. Harap membantu.

    • kami dah kemaskini untuk sebuah lagi pautan perkongsian buku teks digital. Anda boleh klik pada bahagian buku teks digital percuma. Harap membantu.

    • mungkin ada masalah sambungan capaian internet. Mungkin boleh tuan cuba sekali lagi ataupun download laink alternatif lain yang disediakan diatas. terima kasih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here