Sunday, October 17, 2021
advertisement
Home Blog Page 2

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor (TKWBNS) tahun 2021 dibuka sehingga 31 Ogos

0
Yayasan Selangor

Untuk makluman, permohonan bagi Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor (TKWBNS) tahun 2021 telah pun dibuka.

BACA : Biasiswa, Pinjaman, Zakat Dan Bantuan Pelajaran Untuk Tahun 2021

Oleh itu, khususnya bagi mereka yang telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa yang juga merupakan anak kelahiran Selangor atau sudah lama bermastautin di Selangor, boleh cuba mohon.

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor (TKWBNS) tahun 2021

Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor (TKWBNS) tahun 2021

Bagi yang layak, permohonan adalah secara online sahaja sehingga tarikh akhir pada 31 Ogos 2021. Sila layari laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor atau klik pautan dibawah untuk mula memohon

Sila semak keputusan permohonan anda selepas 2 minggu dari tarikh permohonan ditutup.

Syarat Am

1. Pemohon dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia; DAN

2. Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atau

3. Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh (10) tahun di Selangor; (KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR)

4. Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan.

5. Sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh Kerajaan secara SEPENUH MASA.

6. Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.

7. Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar)

8. Pendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa) hendaklah tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan (gaji pokok). 

9. Sila sertakan SALINAN SIJIL LAHIR PEMOHON, SALINAN MY KAD PEMOHON, BAPA DAN IBU, SALINAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH (RENDAH DAN MENENGAH), SALINAN KEPUTUSAN SPM/ STPM/ STAM/ MATRIKULASI/ ASASI/ DIPLOMA (mana yang berkaitan).

10. SALINAN SLIP GAJI TERKINI (ibu dan bapa/penjaga), PESARA sila kepilkan SALINAN PENYATA PENCEN BULANAN atau jika BEKERJA SENDIRI/TIDAK BEKERJA/SURI RUMAH sila dapatkan PENGESAHAN PENDAPATAN (Disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok SAHAJA)

11. Bagi pemohon dan ibubapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengemukakan PENGESAHAN MASTAUTIN yang disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok SAHAJA)

12. Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan)

13. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN DOKUMEN yang diperlukan akan DITOLAK. Dokumen yang dicetak tidak perlu dihantar.

14. Pemohon hendaklah membuat semakan secara talian / online dalam tempoh DUA MINGGU selepas TARIKH TUTUP PERMOHONAN.

Syarat Akademik

Sijil

  • Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran SPM (bidang dan teknikal).
  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana pelajaran di peringkat SPM (IPTA).

Diploma

  • Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
  • Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

Ijazah Sarjana Muda

  • Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

Ijazah Perubatan

  • Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan / Pergigian di Universiti Awam yang disenaraikan.

Kadar pembayaran

Peringkat PengajianIPTA/IPTS
(Kadar Setahun)
UiTM, Politeknik & Kolej Komuniti
(Kadar Setahun)
SijilRM3,000
DiplomaRM4,900RM3,500
Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai dan Veterinar)RM6,500RM4,500
Perubatan dan PergigianRM7,000RM7,000

Pengurangan Bayaran Balik

1. Pembiayaan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA / PNGK akhir pelajar.

2. Selain daripada CGPA/PNGK, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • tamat pengajian dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran;
  • tidak melanggar mana-mana syarat seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian; dan
  • mengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia TKWBNS.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari portal di portal Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor (TKWBNS) di https://tkwbns.selangor.gov.my/

Cara menuntut ilmu supaya lebih berkat

0
menuntut ilmu

Menuntut ilmu merupakan satu kewajiban kepada kita, apatah lagi jika ilmu yang dituntut itu mendapat keberkatan. Sudah pasti ilmu yang diperoleh memberi manfaat bukan kepada diri sendiri sahaja malah kepada orang lain juga.

Tapi apakah yang dimaksudkan dengan ilmu yang berkat? Ia sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan keberkatan itu, kita akan beroleh ketenangan dan kebahagian walaupun terdapat beban di bahu kita.

Jadi bagaimana untuk mendapat ilmu yang berkat? Apakah yang perlu kita buat atau amalkan supaya ilmu yang diperoleh mendapat keberkatan dariNya?

Cara menuntut ilmu supaya mendapat keberkatan dariNya

#1 – Sebelum belajar, niatkan kerana Allah SWT

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi ke kelas atau kuliah, sentiasa ingatkan diri bahawa kita menuntut ilmu kerana Allah SWT. Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal 8 pagi dan tamat jam 5 petang.

BACA : Perkongsian Bagaimana Ibubapa Ini Membersihkan Dan Menghias Kelas Anaknya Menjadi Cantik

Tetapi, berfikirlah bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, malaikat akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kita. Jadi, kita tidak akan berasa tertekan jika kelas berakhir agak lewat sekali pun.

#2 – Disiplin diri

menuntut ilmu

Amalkan membaca surah-surat al-Quran walaupun satu muka surat setiap kali mahu mengulangkaji pelajaran. Dengan ini, kita tidak akan meninggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita mengejar duniawi.

#3 – Berfikiran positif

Ada kalanya kita rasa tertekan apabila berhadapan dengan topik-topik pembelajaran yang sukar difahami. Kesannya kita mudah berputus asa dan terus taknak tengok dah topik tersebut. Dan lebih bahaya jika mind setting mengatakan topik tersebut sangat susah dan tidak menarik.

Sebaik-sebaiknya, apabila ada sesuatu yang menghalang minat atau fokus kita terhadap topik tersebut, segeralah mengambil wuduk dan solat sunat 2 rakaat. Dengan ini dapat menenangkan diri dan memberi fokus yang lebih mendalam insya allah

#4 – Utamakan seruan Allah

Apabila sedang khusyuk belajar, tatkala azan sedang berkumandang, berhentilah sebentar dan pergilah menunaikan kewajiban solat. Adalah bagi lelaki untuk berjemaah di surau atau masjid. Tak mengambil masa yang lama pun. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar.

Imam Ghazali ada menyatakan bahawa: “Orang yang menyahut seruan azan dengan serta-merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjemaah, di akhirat kelak dia akan dijemput oleh Allah dengan penuh lemah lembut dan menjadi tetamuNya”

#5 – Lazimkan diri membaca doa dan mengambil wuduk sebelum belajar

Doa adalah senjata mustajab untuk memohon sesuatu dari Allah. Jangan malu atau malas untuk memohon doa agar diberi kekuatan dalam menuntut ilmu.

Melalui berwuduk juga kita akan sentiasa beringat bahawa belajar merupakan satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan ia juga memudahkan kita untuk terus menunaikan solat apabila masuk waktunya.

Berwuduk juga akan menjadikan ilmu yang kita dapat akan lebih diberkati.

Dr. Noraini letak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi

0
menteri pengajian tinggi letak jawatan

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan ini diumumkan melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh beliau yang juga sebagai Ahli Parlimen Parit Sulong.

“Saya ingin menzahirkan ucapay terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan” – kata beliau

Selaku Ketua Wanita UMNO, berdasarkan keputusan Majlis Kerta Tertinggi UMNO pada 3 Ogos 2021, beliau akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

Beliau menambah lagi, walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan, tetapi akan terus berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik Covid-19 yang teruk menjejaskan kehidupan manusia.

BACA : Dr. Maszlee Malik Umum Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan Malaysia

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan Kementerian yang banyak membantu saya melaksanakan tugas” – Ujar beliau lagi

Ini menjadikan beliau menteri ke-2 yang meletakkan jawatan sebagai Ahli Jemaah Jemaah Menteri selepas peletakan jawatan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada 3 Ogos yang lalu.

Penangguhan bayaran balik Pinjaman YPJ untuk 3 bulan

0
yayasan pelajar johor

Hari ini pihak Yayasan Pelajar Johor (YPJ) mengumumkan penangguhan bayaran balik Pinjaman 3.0 Yayasan Pelajar Johor secara bersasar untuk 3 bulan.

Kita sedia maklum, negara telah berada dalam keadaan yang tidak menentu sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada awal tahun 2020.

Kemudian pula bagi mengekang penularan wabak ini dari terus tersebar, Kerajaan telah memperkenalkan perintah berkurung melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA : e-Baucer Makanan KFC Untuk Mahasiswa Johor. Permohonan Kini Dibuka

Sejak dari itulah, mula rakyat Malaysia mula terkesan akibat PKP. Ada yang tidak mampu untuk servive dalam perniagaan, ada yang dibuang kerja, dipotong gaji yang akhirnya menjejaskan pendapatan.

Dari itu lah, pihak Yayasan Pelajaran Johor prihatin dan membuat keputusan untuk memberikan penangguhan bayaran balik Pinjaman 3.0 secara bersasar (bersyarat) kepada peminjam YPJ yang terkesan akibat Pandemik Covid-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Cara memohon penangguhan bayaran balik Pinjaman 3.0 Yayasan Pelajar Johor

Pihak YPJ memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman secara bersasar selama 3 bulan. Kriteria yang layak diberikan adalah :

  • Peminjam yang terjejas pendapat
  • Peminjam yang diberhentikan kerja atau kehilangan pendapatan

Peminjam yang layak atau memenuhi kriteria boleh memohon mulai 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2021 secara online dengan klik pautan dibawah

penangguhan bayaran balik pinjaman

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi Bahagian Bayaran Balik Pinjaman YPJ di talian 011-11479753 / 011-11489753 / 018-8749753.

Sebarang maklumbalas permohonan akan dimaklumkan dengan penghantaran SMS oleh pihak YPJ.

5 Laptop Terbaik Harga Bawah RM1500 Untuk Tahun 2021 Sesuai Untuk Pelajar

0
laptop terbaik bawah rm1500

Jika anda sedang mencari sebuah laptop terbaik dengan bajet terhad. Mungkin anda boleh tengok sini senarai laptop dengan harga bawah RM1500 untuk tahun 2021.

Dengan bajet yang terhad ditambah dengan norma baharu dimana golongan pekerja Work From Home dan barisan pelajar serta murid juga belajar dari rumah, anda mungkin tidak dapat sebuah laptop yang power.

BACA : 5 Laptop Terbaik Tahun 2021 Bawah RM2000 Sesuai Untuk Pelajar

Akan tetapi dengan harga bawah RM1500 anda masih boleh dapatkan laptop baru dengan spesifikasi yang terbaik untuk kerja-kerja ringan, proses PdPR serta menggunakan software yang tidak berat.

Laptop terbaik dengan harga sedemikian, jangan lah anda harapkan boleh jalankan software berat atau bermain game berat. Untuk hiburan, anda masih lagi boleh menonton cerita dengan kualiti skrin serta audio yang baik.

5 Laptop Terbaik Bawah Harga RM1500 Untuk Tahun 2021

Dengan tanda harga sedemikian, anda boleh dapatkan laptop dengan prosesor paling tinggi adalah i3 dan kebanyakkan adalah Intel Celeron.

Akan tetapi yang peling penting laptop terbut menggunakan SSD yang membuatkan sesebuah laptop dapat berjalan dengan lancar tanpa sekatan atau lag.

#1 – Asus Vivobook 14

  • Asus Vivobook 14"
  • Asus Vivobook 14"

Hanya model ini yang menawarkan prosesor terbaru dan terbaik iaitu i3 dalam senarai ini. Ianya menjadikan antara yang terbaik dalam senarai. Sesuai untuk pelajar ODL atau murid dan guru bagi PdPR.

ProsesorIntel i3-1114G4
Skrin14-inci Full HD
GrafikIntel HD
RAM4GB
Storage256GB
SistemWindows 10 Home
HargaRM1361

#2 – DERE V14S

  • DERE V14
  • laptop terbaik

Laptop DERE ini sepertinya sesuai untuk golongan wanita. Ini kerana ianya menawarkan pilihan warna pink. Antara laptop dalam senarai yang mempunyai bezel yang nipis sekali gus menampakkan lebih profesional.

Kapasiti bateri juga agak besar iaitu sebanyak 5000mAh yang katanya boleh bertahan sehingga 3-4 jam.

BACA : 5 Laptop Terbaik Bawah RM2000 Untuk Student Universiti Bagi Tahun 2020

Laptop DERE merupakan keluaran negara China tapi anda boleh dapatkan secara online di laman Shopee rasmi.

ProsesorIntel Celeron N50595
Skrin14-inci Full HD
GrafikIntel HD
RAM8GB
Storage128GB SSD
Berat1.2kg
HargaRM1439

#3 – Teclast F6

  • Teclast F6
  • Teclast F6

Teclast juga antara salah satu produk keluaran China yang menawarkan sebuah laptop terbaik dengan harga mampu milik.

Teknologi yang digunakan juga adalah yang terbaru seperti sambungan USB 3.0 beserta mini-HDMI. Manakala ianya menggunakan Bluetooth 5.0 juga.

ProsesorIntel Celeron Apollo Lake
Skrin13.3-inci Full HD
GrafikIntel HD
RAM8GB
Storage128GB SSD
Bateri38000mWh
Berat1.28kg
HargaRM1350

#4 – Lenovo IdeaPad 1

Lenovo IdeaPad 1

Sebuah lagi laptop yang sesuai digunakan untuk e-learning seperti adakan Google-Meet atau Zoom Meeting dan sebagainya. Mereka yang mahukan saiz skrin yang lebih kecil, boleh beli IdePad 1 ini

ProsesorIntel Celeron N4020
Skrin11.6-inci HD
GrafikIntel HD
RAM4GB
Storage256GB SSD
SistemWindows 10
HargaRM1368

#5 – JOI Book 200 Pro

  • JOI Book 200 Pro
  • laptop terbaik

JOI Book merupakan jenama daripada Malaysia yang antara model yang anda boleh dapatkan harga sekitar RM1500 adalah JOI Book 200 Pro ini.

Dengan pembelian di gloostore anda akan menerima tambahan storage sebanyak 256 SSD secara percuma.

ProsesorIntel Pentium
Skrin13.5-inci Full HD
GrafikIntel HD
RAM4GB
Storage64GB eMMC + 256GB SSD
Bateri5000mAh
HargaRM1599

e-Baucer Makanan KFC Untuk Mahasiswa Johor. Permohonan Kini Dibuka

0
e-baucer makanan johor

Yayasan Pelajaran Johor hari ini mengumumkan permohonan bagi e-Baucer makanan KFC bernilai RM20 kini dibuka sehingga 31 Julai 2021.

Insentif sumbangan ini merupakan antara bentuk bantuan kerajaan Negeri Johor melalui Pakej Ransangan Ekonomi PRE Ihsan Johor 3.0 yang diumumkan sebelum ini.

BACA : Cara Mohon Bantuan One-Off RM50,Pakej Pelan Data & Kad Sim dan Peranti (Laptop) Untuk Pelajar IPT

Permohonan e-Baucer Makanan KFC Kini Dibuka

Bantuan ini merupakan khas bagi golongan mahasiswa kelahiran Johor atau keluarga yang bermastautin di negeri Johor. Keutamaan diberikan kepada mereka daripada keluarga dibawah kategori B40.

e-baucer makanan kfc

Jika anda layak, anda boleh mula buat permohonan sehingga 31 Julai 2021 secara atas talian (online) melalui pautan dibawah.

Jadi untuk mahasiswa Johor yang layak, mohon segera kerana permohonan adalah terhad.

Sesi Persekolahan Secara PdPR Akan Diteruskan Sehingga 31 Ogos 2021 – KPM

0
sesi pdpr

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan dimana sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos 2021.

BACA : PdPR Akan Berlangsung Selama 25 Hari – Dr. Radzi

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19 serta perbincangan bersama KPM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sesi persekolahan PdPR telah berlangsung pada 14 Jun yang lalu iaitu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri untuk tempoh 25 hari. Kemudian diikuti dengan Cuti Pertengahan Penggal 17 Julai hingga 26 Julai 2021.

Sesi PdPR Sehingga 31 Ogos Terpakai Untuk Semua Sekolah

Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan intitusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM

Sekolah Akan Dibuka Bermula 1 September 2021

KPM juga mengumumkan dimana sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelaran (PdP) bersemuka mulai 1 September 2021.

penutupan semua

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira kadar vaksinasi dalam kalangan guru dan kakitangan sokongan di sekolah. Sehingga 16 Julai 2021, seramai 253,366 orang guru dan pentadbir (61.30%) serta 10,876 orang kakitangan sokongan (46.33%) telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin.

KP akan terus memantau keadaan semasa dan jika berlaku sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal. Segala perincian mengenai pembukaan sekolah akan dimaklumkan selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka.

Semakan Keputusan UPU 2021 Lepasan SPM Boleh Disemak Bermula 16 Julai 2021

0
upuonline

Bagi lepasan SPM 2020 yang telah memohon kemasukan ke Universiti Awam, anda semua boleh buat semakan keputusan UPU 2021 bermula 16 Julai 2021.

Pengumuman ini dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) sudah boleh mula di semak.

BACA : UPUOnline Dibuka Semula, Kemaskini Bermula 15 Jun

Selain itu juga, semakan bagi melanjutkan pengajian ke Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Senibina UiTM bagi sesi Akademik 2021/2022 juga boleh mula buat semakan

Semakan Keputusan UPU 2021

keputusan upu

Semakan keputusan boleh disemak secara dalam talian (online) mulai jam 12 tengahari 16 Julai 2021 melalui link berikut:

Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 17 Julai hingga 26 Julai 2021 di laman web IPTA dan ILKA yang disenaraikan.

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 17 Julai 2021 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari.

Permohonan Rayuan Boleh Dibuat Dalam Tempoh 11 Hari

permohonan rayuan upuonline

Hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program Sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik.

Permohonan rayuan mestilah dibuat dalam tempoh 11 hari mulai 16 Julai 2021 hingga 26 julai 2021 secara online melalui link dibawah:

Manakala bagi rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi no. telefon di 03-8870 6765/6769/6121/6751/6774 atau emel kepada upu@mohe.gov.my

Kedai Komputer, Kedai Buku & Alat Tulis Dibenarkan Beroperasi Bermula 16 Julai Ini

0
kedai buku kini dibuka

Kerajaan hari ini, melalui Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri mengumumkan dimana kedai komputer & telekomunikasi, kedai buku dan kedai alat tulis dibenarkan beroperasi berkuatkuasa 16 Julai 2021 sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengumuman ini dibuat menerusi kenyataan media harian yang dikeluarkan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) & Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas sidang khas MKN berlangsung.

Kita sedia maklum, sejak pandemik COVID-19 melanda negara, cara pembelajaran harian dan institusi kini mempraktikkan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

Selain itu, kebenaran beroperasi ini juga dibuat selepas mengambil kira maklumbalas pelajar, ibubapa serta tenaga pengajar dan untuk memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan PdPR tanpa gangguan.

Kebenaran Pergerakan Dari Kawasan PKPD Untuk Mengambil Peperiksaan

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran PDRM bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan professional.

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json