advertisement
Home Blog Page 34

31 Pelajar Terima Surat Tawaran Pinjaman MARA Daripada Perdana Menteri

1
pinjaman mara

Pada Maca 2019 yang lepas, pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan kepada pelajar yang layak bagi memohon pinjaman MARA bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terbaik dunia ( WORLD’S TOP UNIVERSITIES, WTU).

Selepas saringan dibuat, kini seramai 31 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti terbaik dunia (WTU) menerima surat tawaran pinjaman pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Penerimaan surat tawaran pinjaman MARA ini lebih bermakna kepada pelajar yang layak. Ini kerana, mereka akan menerima surat tersebut sendiri daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.

Mereka akan melanjutkan pelajaran ke universiti seperti University of Oxford, Imperial College London, University College London dan London School of Economics and Political Science di United Kingdom, University of Michigan di Amerika Syarikat, Technical Ludwig-Maximilians Universitat Munchen di Jerman dan Nanyang Technological University di Singapura. 

Menurut pihak MARA, program WTU itu merupakan pinjaman pelajaran MARA kepada pelajar cemerlang yang ditawarkan mengikuti pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti terbaik dunia.

Mereka mestilah tidak pernah memiliki sijil di Peringkat Sarjana Muda dan mestilah berumur di bawah 25 tahun dari tarikh permohonan dikemukakan.

Program pinjaman pelajaran MARA telah diwujudkan sejak 1966 dan telah menaja seramai 523,940 orang pelajar, katanya. MARA memaklumkan, bagi tahun ini kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion di bawah program itu dan setakat Mei, sejumlah 37,909 pelajar telah mendapat manfaat mengikuti pengajian di institusi dalam dan luar negara. 

[Sudah Baca?] Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Daripada JPA

Program WTU adalah kesinambungan dan penambahbaikan daripada program sedia ada dan pada tahun ini, MARA memperluaskan pilihan universiti kepada negara bukan berbahasa Inggeris seperti Jepun, China, Korea, Rusia dan Switzerland, katanya.

Pemilihan universiti-universiti berkenaan dirujuk kepada kedudukan universiti terbaik yang dikeluarkan oleh organisasi pengiktirafan peringkat antarabangsa setiap tahun, kata MARA.

Antara Pelajar Yang Menerima Tawaran Pinjaman MARA

Salah seorang penerima tawaran tersebut ialah saudara Amir Khaled Farid. Adik Amir begitu teruja menerima surat tawaran itu daripada Dr Mahathir sendiri yang merupakan antara idolanya dalam bidang politik selain bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Beliau yang akan melanjutkan pelajaran dalam kursus Falsafah Politik dan Ekonomi di London School of Economics and Political Science itu berhasrat untuk menjadi ahli politik yang mampu mengubah landskap politik negara supaya lebih matang dan lebih fokus kepada isu berbanding sentimen emosi.

“Ini merupakan satu motivasi dan saya akan pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian untuk membantu membangunkan negara,” katanya kepada pemberita selepas menerima surat tawaran itu.

senarai menerima pinjaman mara

Diharap kepada adik-adik yang menerima Pinjaman MARA ini supaya belajar bersungguh-sungguh di luar negara. Jagalah nama baik Malaysia dan bukti Malaysia juga mampu melahirkan pelajar yang berkualiti sekali gus dapat mengharumkan nama negara.

Pengemaskinian Maklumat Bagi Graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

0
graduan program ijazah sarjana muda perguruan

Pengemaskinian maklumat bagi graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) keluaran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang sedang ditemu duga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Sukacita dimaklumkan bahawa GRADUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) KELUARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di URL egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan di bawah.

graduan program ijazah sarjana muda perguruan

Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas sahaja. Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi e-Graduan.

Baca juga : Ambilan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Bahasa Jepun Bagi Jun 2019

Pengemaskinian Maklumat Bagi Graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Setiap calon diwajibkan untuk memuatnaik sijil pengajian bagi tujuan verifikasi bermula 8 Julai – 26 Ogos 2019.

Anda boleh dapatkan manual pengguna jika terdapat sebarang permasaalahan ketika membuat pengemaskinian maklumat bagi graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Harga Baru Produk Petroleum Bermula 6 Julai – 12 Julai 2019

0
petroleum

Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga baru bagi produk petroleum.

Bermula pada 6 Julai sehingga 12 Julai 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:

RON 97 : RM2.53 (NAIK 4 SEN)
RON 95 : RM2.08 (KEKAL)
DIESEL :RM2.18 (KEKAL)

sumber: mykpdnhep

Permohonan Penajaan Program Dermasiswa JPA B40

2
permohonan dermasiswa jpa

Program Dermasiswa JPA ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Sijil Profesional di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah Dermasiswa.

Objektif pelaksanaan program Dermasiswa JPA ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan rendah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya bidang TVET dan sijil profesional yang mempunyai prospek tinggi kepada industri.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2018 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40. Kepada calon yang ingin memohon, dipersilakan baca sehingga habis pada halaman ini.

Bagi tahun 2019, penajaan adalah melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam, Politeknik, Institut Kemahiran Awam, UniKL Malaysia Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), UniKL Malaysia Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET), Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) dan universiti bertaraf Government Linked Universities (GLU) iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Multimedia (MMU).

Syarat Permohonan Dermasiswa JPA

Syarat-Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik;
  3. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2018 buat kali pertama;
  4. Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
  5. Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam
  6. tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
  7. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama; dan
  8. Pendapatan isirumah ibu bapa / penjaga adalah RM4,359.00 sebulan dan ke bawah.

Baca juga : Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Daripada JPA

Syarat Khusus

Bagi Universiti Awam / Politeknik / UniKL MIMET / UniKL MIAT / KUPTM / UNITEN / MMU

  1. Menduduki SPM pada tahun 2018 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil; dan
  2. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

Bagi Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)

  1. Menduduki SPM pada tahun 2018 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil; dan
  2. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

Bidang Pengajian Yang Tidak Ditaja

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah Pendidikan, Kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA, LINUX dan CLP.

Cara Memohon Dermasiswa JPA

Permohonan Dermasiswa JPA dibuka secara atas talian di laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my selama empat belas (14) hari mulai 1 Julai 2019 (Isnin) hingga 14 Julai 2019 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 7 Julai 2019 (Ahad) jam 4.30 petang. Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di laman sesawang eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa JPA B40 Tahun 2019 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 (3 talian) mulai 1 hingga 7 Julai 2019 (hari bekerja) jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my pada 4 September 2019 (Rabu) jam 5.00 petang. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.

Semoga berjaya kepada calon yang memohon dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban kita di alam pembelajaran.

permohonan dermasiswa jpa

Penawaran Biasiswa Kerajaan Arab Saudi Untuk Pelajar Malaysia

1
biasiswa kerajaan arab saudi

Kerajaan Arab Saudi, melalui bahagian kebudayaan pejabat Kedutaan Arab Saudi di Malaysia dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa, mereka menyediakan beberapa biasiswa kerajaan Arab Saudi untuk pelajar-pelajar Malaysia.

Sebanyak 300 tempat di universiti-universiti awam disediakan untuk semua peringkat pengajian dalam pelbagai bidang kecuali bidang perubatan. Dengan ini, mereka membuka pelawaan kepada semua pelajar yang ingin memohon supaya menghadirkan diri ke bangunan “Cultural Mission” di Kedutaan Arab Saudi.

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Kerjaan Arab Saudi

  1. Lulus dengan kepujian;
  2. Berumur antara 17 – 25 tahun bagi Ijazah Sarjana Muda institusi pengajian bahasa Arab atau yang setaraf
    dengannya, 30 tahun bagi Masters, dan 35 tahun bagi kedoktoran.
  3. Tidak pernah menerima biasiswa dari mana-mana institusi pengajian di Arab Saudi.
  4. Pelajar wanita hendaklah diiringi oleh seorang penjaga (Mahram) mengikut undang-undang, tetapi dia semestinya dibawah tajaan atau pemegang permit biasa.
  5. Surat sokongan untuk pelajar pengajian tinggi.

Baca juga : Senarai Biasiswa Terkini Yang Ditawarkan Tahun 2019

Kemudahan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi

Biasiswa untuk pelajar bukan Arab merangkumi:

  • Pengajian percuma.
  • Ganjaran bulanan diberi kepada pelajar dari negaranya sendiri dan menerima biasiswa.
  • Pelajar biasiswa Kerajaan Arab Saudi percuma dari luar Arab Saudi akan menerima:
    • Perubatan untuk pelajar dan ahli keluarga yang mengiringi (sekiranya ada pengiring).
    • 2 bulan ganjaran dalam bentuk elaun peribadi sewaktu tiba.
    • 3 bulan elaun graduan untuk kos penghantaran buku-buku melalui jalan laut.
    • Kemudahan setaraf dengan graduan-graduan terdahulu didalam institusi pengajian.
    • Pelajar biasiswa di institusi pengajaran bahasa Arab untuk bukan Arab adalah dilayan sama seperti pelajar ijazah sarjana muda.
    • Institusi pengajian menyediakan makanan dengan potongan harga.
    • Kemudahan penginapan, pengajian, sosial, dan penjagaan budaya.
    • Menyediakan tiket dibawah terma pembiayaan institusi pengajian.

Cara Memohon Biasiswa Kerajaan Arab Saudi

Sila hadirkan diri ke bangunan “Cultural Mission” di Kedutaan Arab Saudi di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan sila isi borang yang di lampirkan dan juga sertakan
dokumen-dokumen berikut:

  1. Transkrip (Rekod Akademik) dan ijazah terakhir yang diperolehi, hendaklah disahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Hal-Ehwal Luar Negara.
  2. Sijil Pengesahan Kesihatan
  3. Surat pengesahan berkelakuan baik
  4. Sesalinan pasport.
  5. 2 keping gambar

Untuk maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi dan juga senarai universiti yang ditawarkan, rujuk pautan KPM sendiri di pautan di bawah

biasiswa kerajaan arab saudi

Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Daripada JPA

1
program penajaan jpa

Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari mempelawa kepada pelajar tajaan JPA cemerlang lepasan Ijazah Pertama / Sarjana tajaan JPA untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran dalam pelbagai bidang di universiti yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Jika anda merupakan pelajar tajaan JPA sebelum ini diperingkat Ijazah Sarjana Muda atapun peringkat Sarjana dan masih belum berkhidmat dengan kerajaan, Program Pelajar Cemerlang (PPC) ini adalah untuk anda bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan peringkat Kedoktoran.

Tarikh Permohonan Penajaan PPC

Bagi pemohon yang berminat untuk mengikuti Program Pelajar Cemerlang (PPC), anda boleh mula membuat permohonan bermula 1 Julai 2019 sehingga 7 Julai 2019 di pautan dibawah

http://esilav2.jpa.gov.my

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia berumur tidak lebih 26 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 30 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D) pada tahun permohonan
  • Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Ijazah Pertama / Sarjana bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi
  • Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama atau Sarjana pada tahun 2018 hingga tarikh tutup permohonan penajaan ini di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D);
  • Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat / tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa.

Terdapat beberapa lagi syarat umum dan juga syarat khusus yang anda perlu tahu secara terperinci yang disediakan oleh pihak JPA. Jadi anda boleh dapatkan butiran tersebut di pautan di bawah

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my pada 4 September 2019 (Rabu) jam 5.00 petang. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam lawan sesawang eSILA.

permohonan penajaan jpa

Kemaskini Permohonan UPUOnline Bagi Peringkat Pengajian Ijazah Sarjana Muda Fasa 2 Sesi Akademik 2019/2020.

3
keputusan rayuan upuonline

Permohonan UPUOnline bagi semua peringkat pengajian iaitu lepasan SPM, Diploma, STPM dan setaraf telah pun dibuka pada bulan Mac 2019 yang lepas. Kini bagi fasa 2 pula dibuka bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda bagi sesi akademik 2019/2020.

Jadi kepada lepasan Matrikulasi KPM, Pusat Asasi UiTM dan juga bagi lepasan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) bagi sesi akademik 2019/2020, anda boleh membuat kemaskini permohonan UPUOnline bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda bagi fasa 2

Tarikh Permohonan UPUOnline Fasa 2

Bagi pemohon yang layak anda boleh mula membuat kemaskini permohonan UPUOnline bermula 28 Jun – 2 Julai 2019 pada jam 12 tengah hari.

Permohonan boleh di buat diportal UPUOnline di http://upu.moe.gov.my/web/

Sila Log Masuk dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan semasa Permohonan Utama (Fasa 1).

upuonline sarjana muda

Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline Lepasan SPM

0
keputusan rayuan upuonline

Pada 5 Mei sehingga 10 Mei 2019 yang lepas, bahagian BPKP, JPT telah membuka permohonan bagi membuat rayuan UPUOnline sesi akademik 2019/2020 dan kini keputusan rayuan tersebut diumumkan.

Sebanyak kurang lebih 24000 pemohon lepasan SPM telah mengemukakan permohonan rayuan UPUOnline ke UA. Permohonan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat selepas tempoh pendaftaran pelajar baharu mengikut program pengajian di Universiti Awam.

Tarikh Keputusan Rayuan UPUOnline

Keputusan rayuan UPUOnline untuk kemasukan ke Program Pengajian Asasi dan Diploma ke UA bagi lepasan SPM akan diumumkan pada 26 Jun (Rabu) mulai jam 12 tengah hari sehingga 2 Julai 2019 jam 11.59 malam melalui saluran hebahan di UPUPocket 2.0 dan URL berikut:

Selain itu juga, status keputusan rayuan UPUOnline juga boleh didapati melalui SMS ke 15888 dengan menaip

UPU RESULT [NO. KP]

Pemohon juga boleh membuat semakan di talian Hotline UPU: 03-8870 8200

Semakan boleh dibuat pada 26 JUN 2019 bermula jam 12:00 Tengah Hari hingga 11:59 Malam, 5 JULAI 2019.

Selepas keluarnya keputusan rayuan UPUOnline ini, tiada lagi rayuan boleh dibuat. Tawaran tempat adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran adalah tidak dibenarkan.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP JPT) membuka kaunter khidmat runding cara permohonan kemasukan UA, Politeknik, Kolej Komuniti, ILKA di bangunan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
Ruang Legar KPM, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 W.P Putrajaya

mulai 26 Jun 2019 jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang sehingga 2 Julai 2019 untuk memudahkan pemohon membuat semakan keputusan permohonan rayuan dan mendapatkan khidmat runding cara.

Talian hotline juga disediakan iaitu 03-8870 8200 untuk bantuan

keputusan rayuan upuonline

Sekolah Ditutup Susulan Insiden Gangguan Kesihatan Pelajar Sekolah Di Pasir Gudang

0
pelajar sekolah di pasir gudang

Susulan daripada insiden gangguan kesihatan pelajar sekolah di Pasir Gudang, Jabatan Pendidikan Negeri Johor akur dengan keputusan jawatankuasa teknikal untuk menutup sekolah-sekolah dan tadika di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menurut sumber Berita Harian, pada khamis yang lalu, 14 pelajar dan 2 dewasa dari Sekolah Agama Taman Mawar (SATM), manakala 13 lagi murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang (4), mengalami sesak nafas, loya dan muntah, dipercayai akibat pencemaran udara.

Kejadian itu menyusul hanya kira-kira tiga bulan selepas kawasan sepanjang 1.5 kilometer di Sungai Kim Kim tercemar akibat pembuangan sisa toksik yang menjejaskan hampir 6,000 penduduk.

Sekolah Yang Akan Ditutup Di Pasir Gudang

Terdapat beberapa sekolah yang akan ditutup di kawan Pasir Gudang susulan kejadian insiden ini selama 2 hari bermula 23 hingga 24 Jun 2019 iaitu:

  • SK Pasir Gudang 4
  • SMK Pasir Gudang 2
  • Tadika Pintar Bestari Mawar
  • Sekolah Agama Taman Mawar
  • Tadika Pasti

Update terbaru (23 Jun 2019, 3.30 petang)

Lanjutan penutupan sekolah sehingga 27 Jun 2019 (Khamis) dengan beberapa sekolah lagi terlibat seperti:

SK Bukit Dahlia, SK Taman Cahaya Masai, SK Felda Cahaya Baru, SK Kong Kong Laut, SK Taman Nusa Damai, SK Kopok, SK Kota Masai 3, SK Taman Cendana, SMK Taman Nusa Damai, SMK Pasir Gudang, SMK Kota Masai, SJK (T) Pasir Gudang, SK Taman Scientex, dan SMK Taman Scientex. Juga termasuk sekolah yang disebut diatas.

Pentupan sekolah ini melibatkan semua murid, guru dan kakitangan semua sekolah dan tadikan yang dinyatakan.

Pejabat Pendidikan Daerah dan pengurusan sekolah telah mengambil tindakan untuk memaklumkan murid, ibu bapa dan guru berhubung keputusan menutup sementara sekolah dan tadika tersebut.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah akan memantau dengan dekat keadaan demi kebajikan semua pihak

sumber: bharian online, facebook KPM

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json