advertisement
Home Blog Page 39

Temuduga Terbuka Dan Uji Bakat ASWARA Masih Dibuka

0
temuduga aswara

Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.

Pada 27 April 2019 baru-baru ini, telah berlangsung Hari Terbuka ASWARA dengan pelbagai aktiviti yang disediakan termasuk juga sesi temuduga bagi lepasan SPM/STPM untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni budaya. 

Jadi berita baik untuk anda yang terlepas pada Hari Terbuka tersebut dimana, pihak ASWARA sekali lagi akan mengadakan sesi temuduga dan uji bakat bagi lepasan SPM dan juga STPM. 

“Rektor Aswara Prof Madya Sahar Sa’di Hashim dalam kenyataannya hari ini berkata temu duga dan uji bakat itu diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai yang berminat tetapi tidak dapat menghadiri Hari Terbuka Aswara 2019 pada Sabtu lepas.”

Tarikh Temuduga Dan Uji Bakat

Pengajian Asasi Sesi Kreatif

  1. 6 Mei – 8 Mei 2019 di ASWARA, Kuala Lumpur
  2. 12 Mei 2019 di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kedah dan Terengganu
  3. 13 Mei 2019 di JKKN Melaka dan Sarawak
  4. 15 Mei 2019 di JKKN Sabah

Pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda

  1. 30 Jun 2019 di JKKN Kedah dan Terengganu
  2. 1 Julai 2019 di JKKN Melaka dan Sarawak
  3. 3 Julai 2019 di JKKN Sabah
  4. 8 Julai – 11 Julai di ASWARA, Kuala Lumpur

Pendaftaran

Pelajar yang berminat memasuki Aswara disarankan membawa:  

  1. Sijil asal dan salinan yang berkaitan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau 
  2. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau 
  3. Yang setaraf bagi menjalani sesi temu duga dan uji bakat

Manakala bagi permohonan dan pendaftaran bagi Pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda boleh dibuat di www.aswara.edu.my sebelum tarikh tutup permohonan pada 15 Mei 2019.

Untuk ketahui lebih lanjut, rujuk infografik Tips Permohonan Belajar di ASWARA melalui Online
 
kemasukan ke aswara
 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Kemasukan dan Rekod di:03-2778 5960/5961

3 Inisiatif Terbaharu Kolej Komuniti Malaysia

0
inisiatif kolej komuniti

Kolej Komuniti telah menjadi jenama yang sinonim dengan pendidikan dan latihan kemahiran kepada komuniti di samping menjadi penggerak utama kepada inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Melalui perkongsian sendiri daripada Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee di laman Facebook rasmi beliau bawah KPM telah memperkenalkan Tiga Inisiatif Baharu Buat Kolej Komuniti. Bagi memastikan pembangunan Kolej Komuniti terus diperkukuhkan

3 Inisiatif Baharu Kolej Komuniti

Inisiatif Terbaharu Kolej Komuniti Malaysia
Inisiatif pertama

Inisiatif pertama ialah Program ACES. Inisiatif ini terbuka kepada komuniti dan pelajar lepasan menengah melalui empat bentuk laluan baharu iaitu Apprenticeship, Professional Certification, Entrepreneurship dan Sijil Kolej Komuniti. Melalui inisiatif ini KPM menjalinkan kerjasama dengan syarikat Segi Seri Sdn Bhd.

Inisiatif Terbaharu Kolej Komuniti Malaysia
Inisiatif kedua

Inisiatif kedua ialah Maker Market yang merupakan satu ruang pembelajaran abad ke-21 berkonsepkan ruang kerja kolaboratif dalam kolej komuniti bagi membolehkan pengguna mempelajari sesuatu melalui reka cipta dan kerjasama dengan komuniti serta industri. Maker Market akan menjadi pusat penganjuran pertandingan bercirikan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) dan terbuka untuk dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat. Untuk inisiatif ini, KPM menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan ME.REKA.

Inisiatif Terbaharu Kolej Komuniti Malaysia
Inisiatif ketiga

Inisiatif yang ketiga pula dinamakan sebagai Pondok Perdana dan ia bertujuan memperkasa dan menambah nilai kemahiran kepada pelajar pondok melalui pelbagai program yang lebih berstruktur. Melalui inisiatif ini, KPM yakin mampu meningkatkan kemahiran TVET kepada pelajar pondok dan mereka akan diberikan peluang untuk mengikuti pengajian di peringkat sijil atau diploma di Kolej Komuniti Jeli atau Politeknik Jeli. Bagi inisiatif ini, KPM menjalankan kerjasama dengan Pertubuhan Pondok Perdana.

Diharap 3 inisiatif yang diperkenalkan ini iaitu Program ACES, Maker Market dan Pondok Perdana akan memberi kesan positif kepada pelajar Kolej Komuniti terutamanya. Sekali gus, Kolej Komuniti dapat diperkukuhkan lagi di masa akan datang

Kemasukan Pelajar Ke Program Matrikulasi Ditambah

0
kemasukan ke matrikulasi

Sebelum ini terdapat isu jumlah ambilan pelajar bagi kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi yang dibangkitkan oleh pihak Kementeria Pendidikan Malaysia (KPM). Isu ini dibangkitkan bagi memastikan pelajar-pelajar terus mendapat peluang terbaik bagi melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Susulan daripada itu, Jemaah Menteri bersetuju untuk menambah bilangan kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi KPM kepada 40,000 tempat berbanding 25,000 sebelum ini.

Kerajaan melihat wujud keperluang utama untuk menambah bilangan pelajar dalam bidang sains dan kapasiti yang ada pada Program Matrikulasi wajar dimaksimumkan untuk tujuan ini. Keputusan ini juga dilihat sebagai kaedah terbaik dalam memastikan Program Matrikulasi KPM dapat memberikan peluang pendidikan kepada semua kaum.

Selain itu, Jemaah Menteri juga memutuskan kuota 90% untuk pelajar Bumiputera dan 10% untuk pelajar bukan Bumiputera turut dikekalkan, selaras dengan visi asal Program Matrikulasi bagi menggalakan pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang sains 

Tahniah kepada pihak KPM yang telah membuat keputusan yang terbaik bagi semua pihak. Dengan ini lebih ramai pelajar cemerlang yang boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan meningkatkan peratus jumlah ambilan pada Program Matrikulasi ini.

kemasukan di matrikulasi
infografik yang dikeluarkan oleh KPM

Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 27 April – 3 Mei 2019

0
harga petrol baru

Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga petrol yang baru.

Bermula pada 27 April sehingga 3 Mei 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:

RON 97 : RM2.81 (NAIK 1 SEN)
RON 95 : RM2.08 (KEKAL)
DIESEL :RM2.18 (KEKAL)

sumber: mykpdnhep

Pembelian PIN MEC Bagi Pendaftaran MUET Sesi 3 Tahun 2019

0
beli pin muet

Malaysian University English Test (MUET) merupakan antara prasyarat bagi pelajar yang ingin mahu sambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jika anda daripada Matrikulasi, anda perlu MUET, jika anda daripada STPM, anda perlu MUET hatta daripada Diploma sekali pun.

Jadi setiap tahun pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menyediakan 3 sesi bagi mengikut ujian ini iaitu Sesi 1 (Mac), Sesi 2 (Jun) dan Sesi 3(September). Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan Kalender MUET 2019 ini, anda boleh rujuk pautan sebelum ini disini

Untuk sesi 1 dan 2, pendaftaranya telah pun tutup jadi, anda hanya berpeluang bagi sesi 3 yang akan diadakan pada September ini. Tarikh pendaftaran akan dibuka bermula 23 Mei 2019 sehingga 10 Julai 2019.

Jadi mulai saat ini, anda sudah boleh dapatkan atau beli PIN MEC (Tujuan Pendaftaran MUET Sesi 3 2019) di mana-mana cawangan BSN bagi memulakan proses pendaftaran. Anda perlu tahu bahawa PIN MEC yang telah dibeli hanya sah digunakan untuk pendaftaran MUET sesi semasa (September) sahaja dan TIDAK BOLEH digunakan untuk pendaftaran MUET sesi yang berikutnya dan sebarang pemulangan bayaran yang telah dibeli tidak akan layan.

Sejuru membeli anda boleh mendaftar secara dalam talian di http://online.mpm.edu.my selepas tarikh pendaftaran dibuka kelak.

Sebarang kemusykilan, sila kemukakan kepada:

Ketua EksekutifMajlis Peperiksaan MalaysiaPersiaran 1,
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
03-6128 1600

Festival Guru Malaysia: Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019

0
festival guru 2019

Kita sedia maklum, Hari Guru di Malaysia di sambut pada 16 Mei setiap tahun. Sebelum ini juga pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah memperkenalkan Logo dan Tema Hari Guru bagi tahun 2019

Jadi pihak KPM akan mengadakan Festival Guru Malaysia sempena Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019. Disini akan disediakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang akan menarik minat kepada seluruh lapisan masyarakat. Terdapat pelbagai aktiviti dan jangan lupa datang.

Jom Datang Beramai-Ramai Memeriahkan Pameran Festival Guru Malaysia Masuk Percuma

Butiran Lanjut

Tarikh : 12 – 16 Mei 2019
Masa : 9 pagi – 6 petang
Lokasi : Setia Spice Convention Center, Pulang Pinang

Aktiviti-Aktivit Yang Disediakan

12 Mei 2019

  • Pertandingan melukis dan mewarna dan kad ucapan Hari Guru
  • Persembahan Bintang Kecil

13 Mei 2019

  • Pelancaran Festival Guru Malaysia oleh YB Menteri Pendidikan
  • Anugerah Guru Inovatif
  • Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s

14 Mei 2019

  • Showcase Jabatan Pendidikan Pulau Pinang
  • Forum Hari Guru
  • Ziarah Cakna

15 Mei 2019

  • Persembahan sastera dan budaya oleh guru
  • Diskusi Pendidikan: Naratif baru amalan pendidikan
  • Anugerah Guru Adiwira
  • Bacaan yassin, iftar dan Solat Tarawih

16 Mei 2019

Persembahan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan oleh YAB Perdana Menteri

festival guru malaysia 2019
infografik sempena festival guru malaysia 2019

Jika ada sebarang pertanyaan:
Sekreteriat Festival Guru Malaysia 2019
Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB)
03-4105 8679/7866019-401 4173
fesguru@ygmb.com.my

Senarai Biasiswa Terkini Yang Ditawarkan Tahun 2019

2
senarai biasiswa 2019

Biasiswa sudah pastinya menjadi pemudah cara bagi pelajar atau mana-mana penuntut yang ingin melanjutkan pelajaran. Mungkin ada sebahagian tempat yang perlukan pembayaran atau yuran yang tinggi bagi mengikuti kursus tersebut. Sedikit sebanyak biasiswa inilah yang dapat membantu meringankan beban tersebut.

Jadi hari ini admin kongsikan beberapa Tawaran Biasiswa yang sedang dibuka dan boleh dimohon sekarang. juga dilampirkan pautan untuk membuat permohonan bagi setiap tawaran yang disediakan. Berikut ialah 23 biasiswa di dalam negara yang sedang dibuka permohonannya (klik pautan untuk memohon).

Senarai Biasiswa 2019

1) Sabah State Govt. Scholarship
(Tarikh Tutup: 25.04.2019)
 
2) MREPC Scholarship Award
(Tarikh Tutup: 25.04.2019)
 
3) Genting Malaysia Scholarship
(Tarikh Tutup: 25.04.2019)
 
4) Gamuda Scholarship
(Tarikh Tutup: 28.04.2019)
 
5) Tunku Abd Rahman Scholarship (BTAR)
(Tarikh Tutup: 30.04.2019)
 
6) Fair & Lovely Scholarship 
(Tarikh Tutup: 30.04.2019)
 
7) Yayasan Wah Seong Scholarship Award
(Tarikh Tutup: 17.05.2019)
 
8) Hong Leong Foundation Scholarship 
(Tarikh Tutup: 31.05.2019)
 
9) Seng Heng Edu. Assistant Programme 
(Tarikh Tutup: 31.05.2019)
 
10) Great Scholarship British Council 
(Tarikh Tutup: 31.05.2019)
 
11) Jeffrey Cheah Foundation-Monash Foundation 
(Tarikh Tutup: 07.06.2019)
 
12) Penang Future Foundation Scholarship 
(Tarikh Tutup: 20.06.2019)
 
13) Cagamas Scholarship Award 
(Tarikh Tutup: 28.06.2019)
 
14) JPA Scholarship (Program Penajaan 9A+) 
(Tarikh Tutup: 30.06.2019)
 
15) OCBC Scholarship 
(Tarikh Tutup: 30.06.2019)
 
16) Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng Scholarship
(Tarikh Tutup: 31.07.19)
 
17) AIMST Scholarship 
(Tarikh Tutup: 31.12.2019)
 
18) IUKL Scholarship
(Tarikh Tutup: 31.12.2019)
 
19) Top Glove Scholarship 
(Tarikh Tutup: 31.12.2019)
 
20) Karangkraf Scholarship 
(Tarikh Tutup: 31.12.2019)
 
21) Amcorp Study Grant 
(Tarikh Tutup: 31.12.2019)
 
22) Sunway Medical Centre Nursing Scholarship
(Tarikh Tutup: 31.12.2019)
 
23) Yayasan Universiti Malaysia Scholarship
(Tarikh Tutup: 31.12.2019)
 

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang biasiswa yang sedang dibuka permohonannya https://www.moe.gov.my/…/391-biasi…/5016-biasiswa-pembiayaan

Akhir sekali, saya berharap agar semua pihak mendapatkan bantuan yang sewajarnya melalui biasiswa-biasiswa yang telah dibuka permohonannya. Kami di KPM juga sedang berusaha keras lagi untuk melibatkan lebih banyak pihak dan industri yang boleh menawarkan lebih banyak biasiswa kepada anak-anak kita

Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik

Semakan Keputusan MUET On Demand Bagi Sesi 6 April 2019

0
keputusan muet on demand

MUET on Demand (MOD) yang diadakan selepas mendapat permintaan daripada pemohon yang jadualnya berbeza dengan MUET sedia ada yang diadakan 3 tahun sekali. Jadi MOD kali ini telah diadakan pada 6 April 2019 yang lepas.

MOD sedikit berbeza daripada MUET biasa dan salah satu perbezaanya adalah, anda akan peroleh keputusan lebih cepat iaitu 2 atau 3 minggu selepas MUET diadakan. Jadi selepas sesi 6 April yang lepas, pada 23 April 2019 ini anda sudah mula boleh menyemaka keputusan MUET anda bermula jam 10 pagi.

Bagi semua calon MOD, anda boleh membuat semakan di

http://webmpm1.mpm.edu.my/modr/

Jom Pulangkan Buku Tanpa Sebarang Denda Di Perpustakaan Negara Malaysia

2
minggu perpustakaan negara

Bahagian Pinjaman di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menyediakan perkhidmatan pinjaman buku kepada pengguna berdaftar. Pengguna yang berdaftar boleh meminjam enam (6) buah buku untuk tempoh empat (4) minggu. Tempoh bahan yang dipinjam boleh diperbaharui selama empat (4) minggu lagi dari tarikh pembaharuan dibuat. Pembaharuan bahan dibenarkan sekali sahaja. Pengguna akan dikenakan caj denda lewat pemulangan bahan sebanyak 10 sen sehari bagi setiap buku. Perkhidmatan Pinjaman meliputi Unit Pinjaman Dewasa, Pinjaman Kanak-Kanak dan Pinjaman Berkelompok.

Jadi pada minggu hadapan pihak PNM akan mengadakan Minggu Bebas Denda Perpustakaan Negara Malaysia bersempena Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia 2019.

Jadi jika anda lewat pulang buku, tetapi tak nak didenda. Pada minggu tersebut, anda boleh pulangkan buku anda tanpa sebarang denda. Ianya sebagai tanda penghargaan PNM keatas sokongan semua pengguna dan peminjam. 

*Pengecualian denda ini hanya  tertakluk kepada denda lewat pemulangan buku sahaja dan tidak termasuk denda kehilangan buku

Program ini akan bermula pada 23 April sehingga 28 April 2019 di beberapa tempat seperti :

  • Kaunter pinjaman dewasa, kanak-kanak dan pinjaman berkelompok PNM
  • Perpustakaan Awam Bukit Damansara
  • Perpustakaan Komuniti AU2 Setiawangsa
  • Perpustakaan Komuniti Mahkota Cheras
  • Perpustakaan Komuniti UTC Keramat Mall
pulang buku di perpustakaan negara
informasi minggu bebas denda di perpustakaan negara malaysia

Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh 
imbas QR Code pada poster atau
pergi ke laman web rasmi PNM : pnm.gov.my

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json