advertisement
Home Blog Page 41

Tawaran Pengajian Beserta Biasiswa Daripada Vietnam Di Vietnam Maritime University

0
tawaran biasiswa vietnam

Pihak Kementerian melalui portal rasmi MOE memberitahu bahawa telah menerima tawaran biasiswa daripada International School of Eduction (ISE), Vietnam Maritime University (VMU) melalui pihak Kedutaan Besar Malaysia di Vietnam yang menawarkan tajaan biasiswa peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi sesi 2019/2020 kepada pelajar Malaysia.

Tarikh Permohonan Pengajian Dan Biasiswa 

Seperti di dalam lampiran yang disediakan di bawah, anda boleh mula memohon bermula sekarang sehingga tarikh tutup iaitu 30 July 2019 dengan memuat turun lampiran penting yang disediakan oleh pihak VMU kepada KPM:

Butiran Lanjut Berkaitan Biasiswa

Penawaran biasiswa ini khas kepada pelajar diperingkat Ijazah Sarjana Muda bagi tempoh empat (4) tahun dengan syarat mengekalkan keputusan GPA 2.5 bagi tempoh tersebut. Butiran biasiswa seperti berikut:

  • 100% tajaan biasiswa (yuran pengajian dan kolej kediaman) bagi 2 pelajar;
  • 50% tajaan biasiswa (yuran pengajian) bagi 2 pelajar; dan
  • 30% tajaan biasiswa (yuran pengajian) adalah tidak terhad.

Kepada pelajar yang ingin memohon menyertai pengajian atau program beserta biasiswa ini, anda haruslah mempunyai sijil kelayakan dan juga memenuhi keperluan minimum daripada English Fluency – IELTS 4.0 atau setaraf dengannya.

Tetapi kepada yang tidak capai syarat minimum, ISE akan menyediakan kelas English kepada pelajar untuk pelajari English dengan baik yang bayaran kelasnya ditanggung sendiri oleh pelajar sebanyak $500 bagi 10 minggu

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

  • Global Studies and Maritime Affairs (GMA);
  • International Business and Logistics (IBL); dan
  • Business Management and Marketing (BMM).

Sehubungan itu, bagi yang berminat untuk memohon, anda hendaklah mengemukakan borang permohonan secara softcopy melalui emel kepada trang.ise@vimaru.edu.vn atau hardcopy ke alamat:

ISE, VMU: International Relations Division of International School of Education, 
Nha A5, Truong Dai Hoc Hang Hai Viet Nam, 
484 Lach Tray, Le Chan, 
Hai Phong, Viet Nam. 

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai biasiswa tersebut boleh diajukan kepada pegawai daripada Bahagian Antarabangsa, VMU seperti butiran berikut:

Nama: Ms. Trang
Emel: trang.ise@vimaru.edu.vn
Telefon: +84-2253261999 / +84-934661104
Laman web: http://eng.vimaru.edu.vn/

Semakan Panggilan Temuduga Permohonan UPUOnline Bagi Calon Lepasan SPM Sesi Akademik 2019/2020

0
temuduga upuonline

Selepas tarikh tutup permohonan UPUOnline 2 April 2019 yang lepas, kini masanya lepasan SPM, STPM/Setaraf menunggu jawapan bagi mengetahui kursus mana yang diperoleh hasil daripada pendaftaran yang dibuat sebelum ini.

Sebahagian daripada kursus yang ditawarkan, sebenarnya bukan sahaja dipilih melalui merit keputusan SPM semata-mata tetapi ada sebahagiannya kene melalui sesi temu duga bagi mengikuti kursus tersebut. Institut seperti UiTM, UPNM, UPSI dan perlbagai lagi yang mempunyai sesi temu duga bagi mengikuti kursus yang disediakan.

Oleh itu, kini pihak Kementerian telah mengeluarkan tarikh semakan di mana, pemohon UPUOnline lepasan SPM boleh buat semakan bagi panggilan temu duga bagi sesi akademik 2019/2020

Tarikh Semakan Panggilan Temuduga

Pemohon boleh membuat semakan jika anda terlibat dengan panggilan temu duga mulai jam 12.00 tengah hari iaitu pada 12 April 2019 di beberapa pautan di bawah:

ILJTMhttp://www.jtm.gov.my/semakantemudga
UiTMhttp://www.online.uitm.edu.my/
UUMhttp://www.uum.edu.my/kemasukan
UPNMhttp://www.upnm.edu.my/kemasukan/temuduga
UPSIhttp://www.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/
Politeknik http://ambilan.mypolycc.edu.my
temuduga permohonan upuonline
poster lebih info

Kepada pemohon yang berjaya dan akan mengikuti sesi temu duga ini, semoga berjaya diucapkan. Buat yang terbaik ketika sesi tersebut supaya kursus yang dimohon dapat dipelajari kelak. All The Best!

Sebarang Pertanyaan:
Portal : http://upu.moe.gov.my/web
Hotline : 03-8870 8200

Tarikh Penting Tingkatan 6 Semester 1 Sesi 2019/2020

0
tarikh penting tingkatan 6 2019

Jika sebelum ini di entry Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan Enam Sesi 2019/2020 telah memberitahu bahawa tarikh hebahan akan diumumkan pada 16 April 2019. Selain daripada tarikh tawaran itu juga terdapat tarikh-tarikh penting lain bagi yang layak atau mahu memasuki Tingkatan Enam di Sekolah tajaan penuh Kerajaan.

Tarikh-Tarikh Penting Tingkatan 6 Sesi 2019/2020

Jadi jom kita tengok hebahan tarikh yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM):

16 April 2019 Tarikh Hebahan Tawaran Kemasukan Tingkatan Enam Semester 1
16 April 2019 Tarikh Permohonan Rayuan Dibuka
2 Mei 2019 Tarikh Pendaftaran Kemasukan Pelajaran Tingkatan Enam Semester 1
13 Mei 2019 Tarikh Pendaftaran Peperiksaan STPM Semester 1 Dibuka
24 Mei 2019 Tarikh Rayuan Ditutup
10 Jun 2019 Tarikh Hebahan Keputusan Rayuan
17 Jun 2019 Tarikh Pendaftaran Kemasukan Pelajar Rayuan
22 Julan 2019 Tarikh Pendaftaran Peperiksaan STPM Semester 1 Ditutup

Untuk mengetahui keputusan tawaran Tingkatan 6, anda boleh mula semak pada 16 April 2019 di pautan
https://sst6.moe.gov.my/

Apa Beza MUET Dan MUET ON DEMAND?

0
muet on demand

Kita dapat lihat sebelum ini, pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang selalunya mengumumkan tarikh atau takwim MUET bagi setiap tahun. MUET atau Malaysian University English Test merupakan satu ujian dimana perlu diduduki atau diambil tak kira pelajar STPM, Diploma, Matrikulasi atau Asasi bagi menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Anda boleh ketahui lebih lanjut berkaitan MUET di portal rasmi MPM. Jika anda perasan masih ada 1 lagi nama seakannya iaitu di panggil MUET On Demand. Jadi apa beza MUET dan juga MUET On Demand ni? Katanya tarikh pun berlainan, kene ambil keduanya sekali ke? Jom kita tengok sama ada persamaan atau perbezaan yang ada pada meraka ini

Perbezaan MUET Dan MUET On Demand

MUET

  • MUET ini diadakan 3 kali setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan November
  • Peperiksaan menggunakan kertas dan pensil
  • Yuran peperiksaan berjumlah RM100
  • Diadakan di pusat-pusat yang berdaftar seperti Universiti dan Sekolah
  • Keputusan diperoleh kira-kira 2 bulan selepas peperiksaan anda habis
  • Pendaftaran di pautan ini

MUET On Demand

  • MUET On Demand akan diadakan jika mendapat permintaan daripada pemohon
  • Peperiksaan dijalankan menggunakan aplikasi komputer
  • Yuran peperiksaan berjumlah RM250
  • Hanya diadakan peperiksaan di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Eco Sky WPKL
  • Keputusan diperoleh lebih awal iaitu 3 minggu selepas peperiksaan anda habis 
  • Pendaftaran di pautan ini

Sebenarnya kedua-dua adalah sama level iaitu keperluan bagi memasuki pengajian peringkat Sarjana Muda. Cuma jika anda lewat atau terlupa daftar pada tarikh MUET yang diumumkan, anda boleh membuat permintaan bagi menduduki MUET On Demand supaya tidak terlepas untuk mendaftar pengajian Sarjana Mudah tersebut. Tetapi mestilah terima syarat-syarat yang ditetapkan oleh MPM tersebut. 

Semoga sedikit info dan perkongsian ini dapat membantu pelajar-pelajar Diploma, STPM, Matrikulasi dan Peringkat Asasi khususnya merancana hala tuju pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda pada September ini. All the best!

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2019/2020

0
semakan tawaran tingkatan 6

Tahukah anda, Tingkatan 6 ini akan ditawarkan secara automatik kepada lepasan SPM yang layak dan mencukupi dan melepasi syarat minima di sekolah bantuan penuh kerajaan. Jadi kini anda boleh buat semakan keputusan ke Tingkatan 6.

Keputusan SPM telah pun diumumkan pada bulan Mac yang lalu. Selain itu juga, permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam juga telah tutup pada awal April yang lepas. Jadi bagi lepasan SPM juga, pada April ini akan mengetahui keputusan bagi Tawan Tingkatan 6 atau Form 6 bagi semester 1 sesi 2019/2020.

BACA : Semakan Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan Enam Semester 1 Bagi Tahun 2020

Tarikh Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Tingkatan 6

Jadi kepada yang layak dan ingin memasuki Tingkatan Enam, anda boleh mula semak tawaran bermula pada 16 April 2019 hingga 17 Mei 2019

Cara Buat Semakan

Anda boleh buat semakan melalui 2 cara iaitu melalui dalam talian dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Caranya:

  1. Anda boleh lawati laman web rasmi KPM di www.sst6.moe.gov.my
  2. Melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan cara:  
    MOE<jarak>T6<jarak>ANGKAGILIRANSPM & SMS ke 15888 atau   MOE<jarak>T6<jarak>No.KADPENGENALAN & SMS ke 15888

Syarat Kemasukan

  1. Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.  
  2. Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14.
  3. Semua tawaran kemasukan dibuat secara atas talian dan  calon-calon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian di Tingkatan 6 adalah selama 1 setengah tahun:

Penggal/Semester 1 : Mei hingga November, 26 minggu, termasuk :  
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja) Peperiksaan Penggal 1 (P1)

Penggal/Semester 2: Januari hingga Mei, 20 minggu termasuk :
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja) Peperiksaan Penggal 2 (P2)

Penggal/Semester 3: Mei hingga November, 26 minggu termasuk :
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja) Peperiksaan Penggal 3 (P3), peperiksaan Ulang 1 (U1) dan peperiksaan Ulang 2 (U2)

Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 6 April – 12 April 2019

0
harga baru petrol

Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga petrol yang baru.

Bermula pada 6 April sehingga 12 April 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:

RON 97 : RM2.63 (KEKAL)
RON 95 : RM2.08 (KEKAL)
DIESEL :RM2.18 (KEKAL)

  sumber: mykpdnhep

Senarai Pemenang Anugerah Guru Adiwira PAK21

0
pemenang anugerah guru adiwira

PAK21 atau Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan salah satu proses pembelajaran yang dikhaskan dan berpusatkan kepada murid. Pada 2014 ianya diperkenalkan dengan menerapkan beberapa elemen penting seperti komunikias, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Ini merupakan standard asas dalam PAK21.

Jadi pada 4 April 2019 telah berlangsung acara Malam Anugerah Adiwira PAK21 bagi menghargai setiap jasa guru yang menerapkan proses pembelajaran PAK21 ini disekolah mereka. Acara tersebut telah di adakan di The Chamber Ballrom, Dashbox, Cyberjaya. Pada malam itu juga, disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live di Facebook Rasmi PADU yang menerima hit sehingga 24 ribu viewers. Tahniah!

Acara tersebut telah dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sekali gus menjadi penyampai hadiah kepada kesemua yang menerima anugerah. Kempen penamanaa calon bagi penerima anugerah ini telah bermula pada 20 Disember 2018 sehingga 31 Januari 2019 dan telah menerima  lebih 1000 penyertaan daripada seluruh guru yang berdaftar di bawah KPM sebelum 10 finalis dipilih bagi anugerah malam tersebut

Jom kita lihat siapakan 3 pemenang yang menerima Anugerah Guru Adiwira PAK21

Tempat Pertama

Cikgu Muhammad Nazmi Rosli telah dinobatkan pemenang pertama yang merupakan Guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Long Sukang, Lawas, Sarawak. Pemenang sekali gus membawa pulang wang tunai RM2000 dan seunit telefon pintar dan trofi.

Senarai Pemenang Anugerah Guru Adiwira PAK21
Cikgu Muhammad Nazmi Rosli

Tempat Kedua

Dimenangi oleh Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib yang merupakan Guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun, Kedah sekali gus membawa pulang wang tunai RM1500 dan seunit telefon pintar dan trofi

Senarai Pemenang Anugerah Guru Adiwira PAK21
Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib

Tempat Ketiga

Tempat ketiga dimenangi oleh Cikgu Emira Nabila Ramli yang mengajar Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang, Johor dan membawa pulang RM1000 dan sebuah telefon pintar beserta trofi

Senarai Pemenang Anugerah Guru Adiwira PAK21
Cikgu Emira Nabila Ramli

Tahniah kepada semua calon anugerah dan juga 3 pemenang Anugerah Guru Adiwira PAK21. Moga ini menjadi perangsang semangat kepada semua guru-guru dan golongan pendidik menerapkan proses PAK21 di sekolah masing-masing yang pastinya memberi kebaikkan kepada pelajar khususnya. Teruskan mendidik wahai Para Cikgu!

sumber: PADU (Unit Perlaksanaan dan Prestasi Pendidikan)

Semakan Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2019/2020

0
semakan permohonan matrikulasi

Jika anda lepasan SPM, sudah tentu anda sudah tahu banyak cara dan tempat untuk anda melanjutkan pelajaran. Salah satunya adalah melalui ke Program Matrikulasi. Jika sebelum ini, pihak KPM telah membuka permohonan ke program Matrikulasi iaitu bermula Februari yang lepas. Jadi hari ni selepas permohonan ditutup, pihak KPM telah mengumumkan tarikh keputusan yang akan diumumkan

Kepada pemohon ke Program Matrikulasi Sesi 2019/2020 anda boleh semakan keputusan mulai 12 April 2019 melalui dalam talian iaitu di:

https://matrikulasi.moe.gov.my/

Pemohon boleh membuat semakan untuk mengetahui status permohonan ke Program Matrikulasi KPM dengan menggunakan :

  • Nombor Kad Pengenalan atau
  • Nombor Lembaga Peperiksaan

Jika anda memohon Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) atau Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) anda juga boleh membuat semakan pada hari tersebut. Semoga pilihan yang dibuat oleh anda, menjadi yang terbaik sebagai panduan pembelajaran anda dimasa hadapan. Tahniah semuanya!

Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

1
tips mengajar murid kelas belakang

Tips Mengajar Murid Kelas Belakang | Golongan Pendidik atau Guru merupakan tunjang utama bagi melahirkan anak-anak atau pelajar yang berguna dan berjaya di masa hadapan. Kita sekarang sering dengar keluhan golongan pendidik ini kerana bebanan lain yang dipikul mereka selain dengan tanggungjawab mengajar. Seharusnya guru ini memberi sepenuh masa dan fokus terhadap sesi pembelajaran. Tetapi Kementerian Pendidikan Malaysia sekarang sedang bertungkus lumus bagi mengurangkan bebanan guru selain fokus mengajar.

Selain itu juga, guru tidak boleh tidak akan melalui pelbagai pengalaman mengajar. Sekarang di sekolah, sistemnya telah mengasingkan kelas mengikut tahap kejayaan seseorang pelajar. Pelajar pandai, duduk kelas depan, pelajar kurang sikit duduk kelas belakang. Inilah antara sistem pendidikan yang kini diusahakan untuk dihapuskan oleh pihak KPM. Semoga ada jalan terbaik.

Tetapi buat masa sekarang, Guru juga perlu memainkan peranan dengan kepelbagaian cara mengajar. ‘Ajar kelas pandai, ini caranya, ajar kelas belakang, ini caranya’. Bagi guru baru, mungkin pengalaman masih kurang, jadi disini sedikit perkongsian atau Tips Bagaimana Mengajar Murid Kelas Belakang. 

Tips ini telah dikongsi di laman Twitter milik seorang pendidik iaitu Cikgu Solihin Rozali

Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Percaya Kebolehan Budak

Walaupun mereka dalam golongan terakhir, percaya akan kebolehan mereka. Kadang-kadang bukan otak tak cerdas, cuma masalah ‘attitude’ jadi ke belakanglah tempatnya. Latihan dalam kelas juga perlu bersesuaian dengan kemampuan mereka. Biarlah latihan itu simple. Lebih baik dapat sesuatu daripada tak dapat langsung.

Buat Hubungkait Dengan Pelajaran Semalam

Walaupun dan masuk tajuk baru, wajib recall pelajaran semalam untuk memory retention. Sebelum memulakan P&P, tanya murid-murid apa yang mereka belajar semalam. Ambil masa untuk brainstorm. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk ingat kembali. Bagilah gula-gula ke sticker ke apa-apa sahaja untuk menggalakan murid brainstorm.

Beri Homework Yang Mampu Dibuat Tanpa Bantuan Orang Lain

Perlu diingat tak semua pelajar kita boleh mendapatkan bantuan di rumah. Jadi, beri latihan yang mereka mampu buat. Walaupun latihan itu kelihatan senang, ia mampu memberi kepuasan kepada murid-murid jika mereka dapat menyelesaikan sendiri. Percayalah jika mereka seronok, mereka akan ternanti-nanti kita tanda buku mereka atau bincang jawapan untuk tugasan tersebut.

Hadiah Atau Rewads 

Selalu buat kuiz mudah dengan mereka. Tujuan kuiz ini ialah untuk menukar tanggapan bahawa belajar itu susah. Beri hadiah untuk setiap kejayaan. Set target yang mereka kene capai. Contohnya kalau betul 16 dan ke atas, bagi mereka hadiah atau wang ringgit lebih mudah. Jadi, mereka akan usaha.

Variasi Latihan

Mereka tidak akan bosan jika latihan yang diberikan ada variasi. Pelbagai bentuk; ada isi tempat kosong, multiple choices atau aktiviti padankan dan sebagainya. Bila mereka selalu buat latihan, buku cepat habis sebab selalu menyalin. Mereka sangat teruja bila buku habis. Mereka akan rasa yakin dan akan rasa subjek itu senang sebab mereka mampu menulis dengan sangat banyak. Untuk pelajar yang malask, ini juga akan memotivasikan mereka.

Tak Perlu Mengejar Silibus

Memang penting untuk menghabiskan silibus setiap tahun. Tapi perlu diingat kalau kita terlalu mengejar tetapi pelajar tercicir dan tidak faham, maka tiada gunanya. Jadi, berilah sesuatu yang mereka boleh guna untuk jangka masa panjang. Peperiksaan bukanlah mengukur segalanya. Sebaliknya ilmu yang dapat mereka praktikalkan dalam kehidupan adalah lebih penting.

Tanda Latihan Dan Beri Feedback

Murid perlukan feedback tentang tahap kemajuan mereka. Tandalah setiap latihan yang diberikandan beri ulasan. Untuk mudah disediakan cop yang boleh tick sahaja tahap kecemerlangan mereka untuk menjimatkan masa anda.

Jadikan Mereka Kawan

Wujudkan suasana yang positif di dalam kelas. Selalu bergurau dengan mereka, tanya khabar keluarga mereka. Sebab mereka perlukan perhatian. Mereka buat perangai pun kerana mahukan perhatian. Tak salah luangkan sikit masa untuk bercerita perkara yang berlaku di luar kelas. Namun, semua ada batasnya. Kita orang yang lebih dewasa akan tahu hadnya.

Jangan Ungkit Kesalahan Mereka Di Depan Rakan Mereka Yang Lain

Elakkan mengeluarkan ayat seperti ”elok la malas. Ayah malas. Mak malask, awak pun malas.” Atau ”minggu lepas pukul kawan, cuti duit, hari ni nak jadi hantu apa pulak?” Please elakkan. Bagi hak mereka untuk belajar. Apa-apa masalah sekali pun, elakkan public humilation. Jumpa secara peribadi. Lebih baik.

sumber: thread twitter solihin rozali

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json