advertisement
Home Blog Page 42

Permohonan Ke Tingkatan 6 Sekolah Agama Berasrama Penuh (SBP) KISAS & SMAP LABU Tahun 2019

0
permohonan ke tingkatan 6

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui portal rasmi mereka mengeluarkan pemberitahuan dan pengumuman berkaitan Permohonan Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan 6 bagi calon STPM Tahun 2019 (KISAS Dan SMAP LABU) dibuka bermula pada 1 April 2019 sehingga 30 April 2019.

Cara Permohonan

Anda terlebih dahulu perlulah muat turun borang permohonan ke tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu di pautan di bawah yang disediakan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah sampai sebelum atau pada 30 April 2019 ke alamat berikut :

Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam,
Aras Bawah Dan 2, Lot 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.
(U.P: Sektor Kemajuan Sekolah Agama)

Sila Sertakan 1 Salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan bersama borang permohonan:  

  1. Keputusan SPM
  2. Kad Pengenalan
  3. Surat Beranak
  4. Sijil-Sijil Kokurikulum

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus Perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu sekurang-kurangnya 6C.
  4. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Arab Tinggi sekurang-kurangnya 6C.
  5. Lulus kedua-dua matapelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang-kurangnya 6C:
    1. Pendidikan Syariah Islamiah
    2. Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
  6. Memperolehi Agregat tidak melebihi 14 Mata untuk tiga matapelajaran terbaik.
  7. Umur tidak kurang daripada 17 Tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
  8. Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam KISAS dan SMAP LABU akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui E-Mel.

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pegawai seperti di bawah:  

Pn. Yusnidah @ Yusnidiah binti Mahat    
yusnidah.mahat@moe.gov.my
03-83217336  

En. Fazrul Azman bin Khairuddin
azman.khairuddin@moe.gov.my
03-83217339

Senarai Penuh Penerima Anugerah Tokoh Siswa 2018

0
penerima anugerah tokoh siswa 2018

Anugerah Tokoh Siswa merupakan pengiktirafan kementerian kepada mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang di negara ini. Sejak dianjurkan pada tahun 2013, anugerah ini telah menjadikan graduan institusi pendidikan tinggi (IPT) mempunyai kemahiran akademik, sahsiah diri yang cemerlang selari dengan kehendak dan keperluan semasa.

Sebanyak 15 anugerah telah dipertandingkan mengikut kategori iaitu kepimpinan, kesukarelawan, keusahawanan, kebudayaan, sukan dan lain-lain serta satu anugerah utama iaitu Anugerah Menteri Pendidikan yang akan direbut bagi menerima gelaran Tokoh Siswa Kebangsaan.

Penganjuran Anugerah Tokoh Siswa 2018 Kali ke-6 telah berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 30 Mac 2018 yang lepas yang boleh ditonton di laman sosial Facebook USIM  sebelum ini. Jadi sudah ada keputusan keseluruhan secara rasmi. Jom kita tengok senarai Penuh Penerima Anugerah Tokoh Siswa 2018

Senarai Penuh Penerima Anugerah Tokoh Siswa 2018
senarai anugerah dipertandingkan

Senarai Penuh Penerima Anugerah Tokoh Siswa 2018

Anugerah Pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar
Afifah Binti Abdul Shukor (UIAM)
 
Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman
Mohd Aswan Mohd Amin (UNISZA)
 
Anugerah Pemimpin Fakulti/Persatuan/Kelab
Amir Firdaus Eddy Rosyadie (UM)
 
Anugerah Pemimpin Badan Beruniform
Nur Najjah Abd Manas (USM)
 
Anugerah Pemimpin Program Keusahawanan
Muhammad Ziyad Mohd Yazid (UNISZA)
 
Anugerah Pemimpin Program Kebudayaan
Jerry Yacob (USM)
 
Anugerah Pemimpin Program Sains, Teknologi Dan Inovasi
Muhammad Nurfiqri Mohd Hajar (UNIMAP)
 
Anugerah Pemimpin Program Sukan
Muhammad Syafik Rahmat (UTM)
 
Anugerah Pemimpin Program Pengucapan Awam
Nur Adibah Ahmad Zamri (UPSI)
 
Anugerah Pemimpin Program Wacana Intelek
Abdul Kadir Shah Sahibudeen (UM)
 
Anugerah Pemimpin Pelajar Antarabangsa
Aditya Hutama Iswardi (UPM)
 
Anugerah Pemimpin Sukarelawan (Kesejahteraan Komuniti)
Mohd Haffis Teh (UKM)
 
Anugerah Pemimpin Sukarelawan (Alam Sekitar)
Tan Chun Tat (UKM)
 
Anugerah Pemimpin Sukarelawan (Terbuka)
Muhammad Irsyad Zaini (UM)
 
Anugerah Pasukan Sukarelawan Terbaik
Umission Club (Ketua Pasukan Siti Khadijah Khosim) (UIAM
 
Anugerah Menteri Pendidikan: Tokoh Siswa Kebangsaan 2018
Muhammad Syafik Rahmat (UTM)
Senarai Penuh Penerima Anugerah Tokoh Siswa 2018
pemenang anugerah tokoh siswa kebangsaan

Ambilan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Bahasa Jepun Bagi Jun 2019

0
pascasiswazah pendidikan jepun

myUMUM dibangunkan bagi membolehkan permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Interim Guru dilaksanakan secara atas talian. Semua permohonan adalah tertakluk kepada dasar kepentingan di Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadi tanggungjawab individu pemohon untuk mempastikan sebarang maklumat yang dikemas kini adalah tepat, sahih, terkini dan diteliti sebelum permohonan dibuat.

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah menengah (Mod Sepenuh Masa)

Permohonan

Permohonan bagi mengikuti Program PDPP 2019 ini boleh dibuat bermula 1 April – 11 April 2019 secara dalam talian di :

>>pismp.moe.gov.my/myUMUM<<

Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia
  2. Sihat fizikal dan mental
  3. Aktif ko-kurikulum
  4. Umur tidak lebih 35 tahun pada 30 Jun 2019

Syarat Akademik

  1. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA)
  2. Memperoleh CGPA 3.0 dan ke atas/ Keputusan yang setara dengannya atau memiliki pengalaman bekerja sekurangkurangnya lima tahun dalam bidang berkaitan; PENGAMBILAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) BAHASA JEPUN AMBILAN JUN 2019
  3. Memiliki kecekapan minima Bahasa Jepun (N2) dalam Japanese Language Proficiency Test (JLPT)
  4. Memiliki kepujian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan

Syarat Tambahan

  1. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Universiti dari Negara Jepun/ tempatan yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA)
  2. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda daripada institusi tempatan dan luar negara perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:
    1. http://www2.mqa.gov.my/mqr
    2. http://www2.mqa.gov.my/esisraf

Maklumat Tambahan

  1. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilil mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
  2. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.
  3. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  4. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan
permohonan:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250, USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA 

(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar
dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6720 / 6730 /  6768 / 6627 / 6758 / 6693 / 6733 /  6731 /
6769 / 6761 / 6689 / 6760

Program Penajaan MARA Ke Universiti Terbaik Dunia

1
program penajaan mara

MARA menawarkan penajaan dalam bentuk pinjaman pelajaran (dengan pengurangan bayaran balik tertakluk kepada keputusan akhir pengajian) bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terbaik dunia seperti melalui Program Penajaan MARA Ke Universiti Terbaik Dunia 2019 atau MARA Sponsorhip Programme To World’s Top Universities (WTU) 2019 . Program ini bertujuan melahirkan bakal pemimpin negara dan meningkatkan bilangan tenaga kerja yang lebih kompetitif dan boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

Permohonan

  1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my mulai 28 Mac sehingga 06 April 2019.
  2. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Syarat Kelayakan Permohonan Program Penajaan MARA

Syarat Umum

  1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon adalah tidak melebihi 25 tahun dari tarikh permohonan dikemukakan.
  3. Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda.
  4. Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  5. Pemohon, Ibu, Bapa dan Penjaga TIDAK DI SENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  6. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik dan disiplin.

Syarat Khusus

  1.  Terbuka kepada pelajar yang telah mendapat tawaran dan sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terbaik dunia seperti disenaraikan [di bawah] dalam bidang atau kursus yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Badan Profesional Malaysia. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian perlu melampirkan surat tawaran dan pengesahan belajar dari pihak universiti beserta tempoh mula hingga tamat pengajian.
  2. Pendapatan Keluarga (Ibu dan ayah / penjaga) tidak melebihi RM60,000 sebulan atau tidak melebihi RM600,000 pendapatan bercukai tahunan.
  3. Mengikuti proses pemilihan yang ditetapkan oleh pihak MARA.

Tempoh Pinjaman

Tempoh pinjaman bagi pelajar baharu adalah berdasarkan tempoh pengajian sebenar manakala bagi pelajar sedia ada tempoh pengajian tidak kurang daripada 1 tahun.

Senarai Universiti

pinjaman mara 2019
senarai universiti yang layak terima pinjaman MARA

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti butiran di bawah:


World’s Top Universities Programme (WTU)
Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA 21 Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
Telefon : 03-2613 2070 / 32062 /32023
Emel : wtu@mara.gov.my

Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 30 Mac – 5 April 2019

1
harga baru petrol

Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga petrol yang baru.

Bermula pada 30 Mac sehingga 5 April 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:

RON 97 : RM2.63 (NAIK 2 SEN)
RON 95 : RM2.08 (KEKAL)
DIESEL :RM2.18 (KEKAL)

sumber: mykpdnhep

 



 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Pendaftaran Peperiksaan Ulangan STPM Semester 1 2019

2
pendaftaran peperiksaan ulangan stpm

Pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan tarikh pendaftaran bagi calon peperiksaan STPM 2019 yang ingin mendaftar bagi Peperiksaan Ulangan STPM Semester 1 2019. Jadi kepada calon STPM anda boleh rujuk maklumat lanjut di bawah

Tarikh Pendaftaran

Pendaftaran Peperiksaan Ulangan STPM Semester 1 sesi 2019 mula dibuka pada 1 April 2019 sehingga tarik tutup iaitu 14 Jun 2019

Cara Permohonan

Permohonon ini boleh dibuat di dalam talian di
>>online.mpm.edu.my<<

Cara Pembelian PIN

Pembelian PIN boleh dibuat secara:

Semakan Kad Siswa Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2019

2
semakan kad siswa

Semakan Kad Siswa BPPT 2019 boleh mula disemak bagi mengetahui status adakah anda layak untuk terima atau tidak selepas diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia sebelum ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) pada tahun 2019. Bantuan tersebut akan disalurkan menggunakan mekanisme sedia ada iaitu melalui Kad Diskaun Siswa daripada Bank Rakyat. Bantuan ini dijangka memanfaatkan 1.2 juta pelajar dan akan melibatkan peruntukan sebanyak RM120 Juta. Yang pastinya, pemberian BPPT 2019 adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar.

Cara Membuat Semakan Kad Siswa Yang Telah Dimohon Dan Bagi Permohonan

  1. Bantuan akan disalurkan kepada yang layak mulai 28 Mac 2019 secara berperingkat. Setiap pelajar yang layak akan menerima BPPT berjumlah RM100.
  2. Pelajar boleh membuat semakan status kelayakan dan mengisi borang permohonan secara atas talian di portal Bank Rakyat atau di pautan http://www.bankrakyat.com.my/bppt mengikut tarikh seperti berikut:
semakan kad siswa

*Sekiranya pelajar memenuhi kriteria kelayakan menerima BPPT 2019 tetapi semakan menunjukkan status “TIADA REKOD”

Pelajar diminta menghubungi dan memaklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar di institusi masing-masing untuk mengemaskini data di MyMohes (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti) / e-IPTS (IPT swasta) / penyelaras agensi bermula 28 Mac 2019 sehingga selewatlewatnya pada 28 April 2019.

3. Pelajar yang telah membuat permohonan boleh mengambil Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat di mana-mana cawangan Bank Rakyat selepas semakan status bertukar kepada “BPPT TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN SIMPANAN-i BANK RAKYAT ANDA”

Kriteria Kelayakan

Pelajar yang layak menerima BPPT 2019 ini mestilah memenuhi kriteria seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember 2018 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:
    1. Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional , Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
    2. IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; atau
    3. Mendapat pertimbangan daripada YB Menteri Pendidikan berdasarkan kriteria / syarat kelayakan seperti di atas

Faedah Penggunaan BPPT 2019 Melalui Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat

Pelajar boleh menikmati pelbagai diskaun sekiranya menggunakan kad tersebut di premis rakan dagang yang berkaitan. Senarai rakan dagang KPDNHEP boleh disemak melalui pautan http://kadsiswa.infopengguna.com

Permohonan Biasiswa Kerajaan Sabah Kini Dibuka

1
permohonan biasiswa sabah

Keputusan SPM telah pun diumumkan jadi bagi calon lepasan SPM, STPM, STAM, Matrikulasi serta Asasi yang melepasi syarat minimum, anda boleh mula membuat permohonan biasiswa atau mana-mana bantuan pelajaran yang ditawarkan.

Bagi anak Sabah, kini Kerajaan Sabah telah membuka permohonan bagi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) bagi tahu 2019.

Tarikh Permohonan Biasiswa

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2019 telah dibuka mulai 26 Mac 2019 sehingga 25 April 2019

Cara Membuat Permohonan Biasiswa

Semua pemohon BKNS haruslah mempunyai email peribadi masing-masing yang masih aktif dan boleh dilakukan permohonan secara atas talian melalui di
>>www.biasiswa.sabah.gov.my<<

Syarat Permohonan BKNS 2019

Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan.

Bidang Dan Peringkat Pengajian Yang Ditawarkan Biasiswa

Peringkat Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)

Aktuari Sains              
Juru Ukur
Sains Tulen
Kejuruteraan                       Kesihatan dan Perusahaan Ternak
Pengurusan Hartanah  

Pertanian
Seni Bina (Architecture)
Teknologi Maklumat
Ukur Bahan
Perakaunan  

Peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)

Aktuari Sains
Akuakultur
Ekonomi
Farmasi
Kejuruteraan
Kesihatan dan Perusahaan Ternak
Keusahawanan
Komunikasi
Juru Ukur
Muzik
Pelancongan dan Hospitaliti
Pendidikan
Pengajian Islam
Pengangkutan dan Logistik
Pengurusan Ladang
Pengurusan Hartanah
Pentadbiran Perniagaan

Perakaunan
Pergigian
Perhutanan
Perikanan
Pertanian
Perubatan Veterinar
Psikologi
Sains Alam Sekitar
Sains Biologi Marin
Sains Bioteknologi
Sains dan Teknologi Makanan
Sains Komputer
Seni Bina (Architecture)
Teknologi Maklumat
Ukur Bahan
Undang-Undang  

Kelayakan Pemohon Biasiswa

Had Umur

  1. Bagi kursus (1) pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
  2. Bagi kursus (2) pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.

Kelayakan Akademik

Kursus Diploma

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurangkurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.

Kursus Sarjana Muda

  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA
  • Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurangkurangnya Jayyid.
  • Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
  • Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
  • Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.

Perubatan, Pergigian dan Farmasi

Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran Biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam Negeri sahaja.

Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/ CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

Senarai Bantuan Dan Biasiswa Untuk Pelajar IPT

1
bantuan belajar dan biasiswa

Berikut akan disenaraikan bantuan pelajarangan dan juga senarai biasiswa yang boleh dimohon oleh pelajar IPT.

Sekarang mungkin kebanyakkan Universiti Awam sudah masuk semester ke-2 bagi tahun pertama atau kedua atau ketiga atau keempat sekali pun. Manakala bagi Universiti Swasta mungkin ada yang baru memulakan semester atau sudah di akhir semester. Dalam golongan yang lain pula, lepasan SPM serta STPM sedang sibuk mencari kursus dan universiti yang sesuai untuk diri mereka.

Selain daripada Universiti dan kursus pengajian, anda golongan pelajar juga boleh mencari bantuan atau biasiswa yang boleh menampung atau meringankan beban kos pengajian dan sara hidup ketika di universiti. Jadi sini, saya kongsikan beberapa laman web yang mungkin anda boleh mohon Bantuan dan Biasiswa untuk Pelajar IPT atau Lepasan SPM dan STPM

Senarai Bantuan Dan Biasiswa Pelajar IPT

MARA | http://www.mara.gov.my/
JPA | http://esilav2.jpa.gov.my/ 
Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) | http://www.ypm.org.my  
Tun Rahah Scholarship Fund | http://www.yayasancemerlang.org.my/  
UEM |  http://www.uem.com.my/scholarship.aspx  
Sime Darby | http://www.simedarby.com/  
SCM | http://www.sc.com.my/  
TNB |  https://ytn.tnb.com.my/  
TM | http://ytm.tm.com.my/  
PNB | http://www.pnb.com.my/  
Shell |  http://www.shell.com.my/  
Yayasan Pelajaran Mara |  http://jadypm.edu.my/  
JAKIM | http://www.islam.gov.my/  
Biasiswa Tunku Abdul Rahman | www.yayasantar.org.my  
Felda Johore Bulker Sdn Bhd | www.feldaholdings.com  
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah | www.sabah.gov.my/jpan  
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak | www.psc.sarawak.gov.my  
Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah | www.biasiswa.sabah.gov.my  
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan | www.maiamp.gov.my  
Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak | www.perak.gov.my  
Majlis Agama Islam Negeri Johor | www.maij.gov.my  
Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor | www.selangor.gov.my  
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN) | tapem.melaka.gov.my  
Gamuda Berhad | www.gamuda.com.my  
Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan | www.jkmwpkl.gov.my  
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja | www.kwsp.gov.my  
Lembaga Zakat Selangor | www.e-zakat.com.my  
Bank Rakyat Malaysia Berhad | www.yayasanbankrakyat.com.my  
Pusat Zakat Sabah | www.zakat.sabah.gov.my  
Tabung Baitulmal Sarawak | www.tbs.org.my  
Yayasan Negeri Sembilan | www.yns.gov.my  
Skim Biasiswa National Science | www.masduke.net/download/nsf.doc  
Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia | www.mosti.gov.my  
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) | www.perkeso.gov.my  
Sarawak Shell Berhad | www.shell.com.my  
Sapura Industrial Berhad | www.sapuraindustrial.com.my  
Terengganu Advanced Technical Institute | www.tatiuc.edu.my  
Yayasan Pahang | www.yp.org.my  
Yayasan Sabah | www.ysnet.org.my  
Yayasan Selangor | www.yayasanselangor.org.my  
Yayasan Tenaga Nasional Berhad | yayasan.tnb.com.my  
Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) | www.yakin.kelantan.gov.my  
Yayasan Terengganu | www.yt.gov.my  
Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) | www.johordt.gov.my/ypj  
Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman | yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf  
Yayasan Pelajaran MARA | http://www.ypm.org.my/index

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json