advertisement
Home Blog Page 45

Permohonan Biasiswa Sarjana Muda Daripada PIDM

0
biasiswa sarjana muda pidm

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) badan berkanun yang menyediakan perlindungan terhadap kehilangan deposit bank serta manfaat takaful dan insurans sekiranya berlaku kegagalan ahli institusi, dan diberi mandat untuk menggalakkan keyakinan awam dalam kestabilan sistem kewangan di Malaysia.

Sekali lagi, pada 2019 ini dengan pihak PIDM akan menawarkan Program Biasiswa Sarjana Muda kepada pelajar yang layak.

Tarikh Permohonan Biasiswa Sarjana Mudah PIDM

Permohonan dalam talian bagi program biasiswa ini akan dibuka pada 10 Mac 2019 (Ahad) serta anda haruslah hantar bersama-sama dengan semua dokumen sokongan yang berkaitan sebelum 15 April 2019.

Permohonan bagi Program Biasiswa Sarjana Muda boleh di buat di laman web PIDM >>Perbadangan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)<<

Tawaran Yang Disediakan Di Bawah Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM

  1. Sehingga RM10,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah;
  2. Sehingga RM2,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun;
  3. Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan;
  4. Penerima biasiswa tidak akan terikat untuk berkhidmat dengan PIDM dan tidak dikehendaki membayar balik wang pembiayaan anugerah biasiswa yang diberikan;
  5. Program Induksi. Program induksi akan dikendalikan untuk semua penerima Anugerah Biasiswa PIDM bagi memastikan mereka memahami mandat, visi, misi dan nilai-nilai PIDM.
  6. Program Mentor dan Bimbingan. Seorang mentor daripada ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif PIDM akan dilantik bagi setiap penerima biasiswa. Mentor itu akan menyediakan bimbingan dan memantau kemajuan secara konsisten dan berterusan sepanjang program itu. Ini adalah bagi memastikan penerima biasiswa mendapat sokongan yang diperlukan dan dapat memanfaatkan pengalaman pasukan pengurusan kami.
  7. Program Latihan Praktikal. Sebagai satu ciri strategik program itu, penuntut akan ditawarkan peluang program latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM untuk mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir).

Secara ringkasnya, program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM20,000 setahun bagi setiap individu. Semasa tempoh latihan praktikal dengan PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000 bagi tempoh enam bulan

Syarat-Syarat Kelayakan

Biasiswa ini ditawarkan setiap tahun kepada maksimum 20 pemohon yang berjaya, untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di institusi tempatan.

Notis tawaran bagi biasiswa ini terbuka kepada semua penuntut warganegara Malaysia yang memerlukan pembiayaan mulai 2015. Para penuntut yang telah memulakan pengajian sarjana muda juga layak untuk memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

  1. Anda seorang warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 Januari 2019) dan merupakan penuntut sepenuh masa;
  2. Anda hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) /STPM atau setara A-Level (minimum 2A). Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Level, pemohon harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi, atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (“PNGK”) sebanyak 3.50 ke atas;
  3. Anda seorang penuntut sepenuh masa dan telah diterima masuk bagi mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN), dalam kolej atau universiti di Malaysia yang diluluskan oleh PIDM;
  4. Tidak dapat meneruskan pengajian kursus tanpa bantuan atau anugerah kewangan;
  5. Tidak menerima biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan lain daripada mana-mana institusi atau mana-mana organisasi atau yayasan lain;
  6. Tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin terhadap pemohon;
  7. Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya mereka memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian yang khusus serta senarai kolej dan universiti yang diluluskan oleh PIDM.

Terma dan syarat program biasiswa boleh diubah oleh PIDM mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa tanpa notis. Sebarang penganugerahan biasiswa adalah mengikut budi bicara PIDM. Rayuan tidak akan diterima.

[Sudah Baca?] Permohonan Biasiswa Kerajaan Sabah Kini Dibuka

Prasyarat

Senarai prasyarat merangkumi:

  1. Keperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa;
  2. Tawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM;
  3. Penerima biasiswa dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir.

Syarat-Syarat Penerimaan Biasiswa PIDM Berterusan

PIDM boleh menamatkan biasiswa atau sebahagian daripada biasiswa itu, pada bila-bila masa sekiranya penerima biasiswa:

  1. Tidak berupaya untuk meneruskan pengajiannya, atas apa-apa sebab;
  2. Gagal mencapai Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.00 mata untuk mana-mana semester;
  3. Gagal mengekalkan kelakuan yang selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh kolej atau universiti dan diletakkan di bawah percubaan atas kesalahannya; atau
  4. Melanggar mana-mana terma dan syarat perjanjian biasiswa PIDM.

Bidang Pengajian Yang Layak Sertai Program ini

  1. Perakaunan
  2. Perbankan
  3. Pentadbiran Perniagaan
  4. Kewangan
  5. Perniagaan Antarabangsa
  6. Perbankan Islam
  7. Perbankan dan Pengurusan Kewangan
  8. Sains Komputer /Teknologi Maklumat
  9. Ekonomi
  10. Ekonomi Kewangan Antarabangsa
  11. Statistik
  12. Sains Aktuari
  13. Undang-undang / Undang-undang Syariah
  14. Pengurusan Sumber Manusia / Pembangunan Sumber Manusia
  15. Matematik (Aktuari)
  16. Pengurusan Risiko dan Insurans
  17. Insurans
  18. Komunikasi

Senarai Kolej Dan Universiti Yang Diluluskan

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Malaya (UM) Universiti Malaysia Pahang (UMP) Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Utara Malaysia (UUM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Multimedia University (MMU) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Universiti Industri Selangor (UNISEL) Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC) UNITAR International University (UNITAR)

Untuk Maklumat Lanjut anda boleh hubungi melalui:
Tel Pn Beastrice Low : 03-21737474
Alamat e-mel : ss@pidm.gov.my
Laman web rasmi : www.pidm.gov.my

Permohonan Kemasukan ILKBS Sesi Julai 2019 Telah Dibuka

0
kemasukan iklbs

Serentak dengan pengumuman tarikh keputusan SPM 2018 semalam, pihak KBS juga membuat pengumuman dan hebahan media berkaitan Permohonan Kemasukan ke Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) bagi sesi Julai 2019

Secara ringkas, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) menawarkan latihan amali serta praktikal bagi menyediakan golongan belia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk terus menyertai kerjaya terpilih setelah tamat pengajian.

Jadi selain lepasan SPM, selain daripada permohonan Universiti Awam melalui UPUOnline, permohonan Politeknik & Kolej Komuniti, permohonan Matrikulasi, ILKBS ini juga menyediakan peluang pembelajaran dan yang paling menariknya adalah lebih kepada penyediaan ke arah pekerjaan sebenar dengan melebihkan latihan kemahiran. Anda boleh memilih laluan kerjaya anda dalam 13 bidang pengkhususan di laman web kemahiran.kbs.gov.my

Tarikh Permohonan Kemasukan ILKBS

Tarikh permohonan telahpun dibuka bermula daripada 25 Februari 2019 sehingga 2 April 2019. Dengan semakan keputusan yang boleh dibuat oleh pemohon pada 10 Mei 2019.   

Untuk permohonan anda boleh layari laman web 
>>ekampus.kbs.gov.my<<

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia
  2. Boleh membaca dan menulis
  3. Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  4. Belum berkahwin @ bujang
  5. Sihat tubuh badan
  6. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  7. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  8. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
  9. Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
  10. Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon

Keputusan SPM 2018 Secara Rasmi Telah Diumumkan

0

Sebentar tadi, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan media di laman facebook rasminya berkaitan dengan Tarikh Pengumuman Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) untuk tahun 2018

keputusan spm 2018 14 mac 2019
Keputusan peperiksaan SPM 2018 akan diumumkan pada 14 Mac 2019 (Khamis)
Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari yang sama (khamis). Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2018 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi (14 Mac 2019) dan akan ditamatkan pada 6 petang (20 Mac 2019). Selain itu, keputusan juga boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan (LP) di alamat sppat.moe.gov.my/semakan
Bagi calon SPM 2018 yang ingin mengambil SPM Ulangan 2019 atau SPM sebagai calon persendirian tahun 2019, pendaftaran dibuka bermula pada 14 Mac 2019 – 31 Mac 2019. Pendaftaran boleh dibuat dalam talian dengan melayari laman web LP di alamat sppat.moe.gov.my

Pendidikan Untuk Semua

Permohonan Bantuan Dermasiswa 2019 Kini Dibuka kepada Pelajar Anak-Anak Pahang

0

Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menyediakan bantuan zakat pelajaran bagi pelajar-pelajar khususnya kepada anak-anak Pahang. Bantuan ini dinamakan Dermasiswa Pelajaran IPT / Pondok
Bantuan ini diberikan kepada semua pelajar-pelajar kelahiran negeri Pahang yang sedang mengikuti pengajian diperingkat Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta serta Pondok

bantuan dermasiswa muip 2019
Setiap tahun MUIP menyediakan bantuan kepada pelajar-pelajar Pahang yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta sama ada dalam dan luar negara yang dikenali sebagai Bantuan Dermasiswa  dengan kadar yang telah ditetapkan mengikut tempat pengajian masing-masing. Ianya juga tertakluk pada keputusan Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Dermasiswa. Bagi pengajian di dalam malaysia bantuan diberikan kepada semua kategori, manakala bagi pengajian yang berada di luar negara pula diberi keutamaan kepada pengajian islam dan perubatan sahaja.

Permohonan Dermasiswa telah pun dibuka sehingga 31 Mei 2019

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Beragama ISLAM
  2. Rakyat Negeri PAHANG atau Pemastautin Negeri PAHANG.
  3. Berumur tidak kurang daripada 13 tahun
  4. Sedang mengikuti pengajian di peringkat PONDOK atau DIPLOMA atau SARJANA MUDA(SEPENUH MASA)
  5. Telah LULUS keputusan peperiksaan tahun / semester TERKINI.
  6. TIDAK LAYAK bagi pemohon yang menerima ELAUN BULANAN spt IPG, KKM
*Syarat-syarat tambahan bagi pelajar PONDOK
  1. Umur pemohon mulai 13 TAHUN hingga 25 TAHUN sahaja.
  2. Pondok yang berdaftar dengan JABATAN/MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI sahaja.
  3. Jumlah Dermasiswa MUIP yang telah diterima setakat 3 KALI sahaja.
Jadi kepada yang layak dan berminat anda boleh memohon di >>www.zakat4pengajian.muip.gov.my<<
Untuk maklumat lanjut:
Facebook rasmi : MUIPINFO
Emel : zakat4pengajian@muip.gov.my
No Tel. : 09 – 422 1311

Pilihanraya Kampus Universiti Malaya 2019 Dikendalikan Sepenuhnya Oleh Pelajar

1

Heboh di media sosial sama ada di Facebook ataupun Twitter berkaitan pengumuman oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee di mana memberi tahu bahawa selepas ini Pilihanraya Kampus Universiti Malaya akan dikendali sepenuhnya oleh pelajar bermula 2019.
Pilihanraya Kampus Universiti Malaya 2019 Dikendalikan Sepenuhnya Oleh Pelajar
Susulan itu, pihak Kementeria Pendidikan Malaysia juga mengeluarkan pernyataan berkaitan perkara ini di facebook rasmi. Berita ini sudah pastinya memberikan berita gembira khususnya kepada golongan pelajar. Jika sebelum ini, bagi seluruh Universiti, dimana Pilihan Raya Kampus telah dikendalikan oleh pihak Universiti. Jadi segala perturan dan perancangan di buat oleh pihak yang bukan bertanding.
Perkara ini sudah tentu memberi impak positif kepada pelajar di mana mereka akan memperoleh pengalaman mentadbir dengan mengadakan Pilihan Raya Kampus. Ingat, di kampus kita bukan semata-mata atau sepenuh masa fokus untuk belajar. Aktiviti kokurikulum seperti ini juga memberi manfaat kelak. Tetapi ingat! pelajaran harus diutamakan, aktiviti-aktiviti jangan diketepikan.
Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya telahpun bermula pada 25 Februari dengan hari penamaan calon dan diikuti selama 7 hari kempen mengundi. Jadi 4 Mac 2019 merupakan hari pengundian yang telah dibuat. Pilihanraya Kampus Universiti Malaya telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Kampus yang terdiri daripada 19 anggota. Mengikut statistik, di Universiti Malaya terdapat 14,840 pelajar yang layak mengundi kelak.
Selamat memikul tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar bagi calon yang menang pada pengundian 4 Mac baru-baru ini. Amanah yang diberi haruslah digalas dengan baik. All the best MPP UM!

MPM Meperkenalkan Mata Pelajaran Baharu STPM 2020

0


Secara ringkas, di bawah akta berkanun, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan peperiksaan-peperiksaan tertentu, termasuklah peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Di samping mengendalikan peperiksaan, MPM turut bertanggungjawab untuk menyediakan sukatan pelajaran peperiksaan bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan pada peringkat STPM.

MPM Meperkenalkan Mata Pelajaran Baharu STPM 2020

Mengikut penyertaan di portal rasmi MPM, terdapat 23 Mata Pelajaran yang ditawarkan bagi peringkat STPM seperti Bahasa Melayu, Pengajian Am,  Syariah, Usuluddin dan yang terbaru adalah Tahfiz Al-Quran (932)





Ringkasan Penerangan

Sukatan Pelajaran Peperiksaan Tahfiz Al-Quran STPM ini digubal untuk membuka ruang kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Tahfiz Al-Quran pada peringkat STPM.
Sukatan pelajaran peperiksaan ini pertama kali diperkenalkan bagi peperiksaan STPM dan mula digunakan pada tahun 2019 (Mungkin pada ambilan baru kelak). Sukatan Pelajaran Peperiksaan Tahfiz Al-Quran STPM ini adalah kesinambungan di antara sukatan pelajaran peringkat SPM dan peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Melalui sistem pentaksiran yang baharu ini, pengajian tingkatan enam dibahagikan kepada tiga semester dan calon akan menduduki peperiksaan pada akhir setiap semester. Tujuan utama MPM memperkenalkan sistem pentaksiran baharu ini adalah untuk menambah baik orientasi pengajaran dan pembelajaran di Pusat Tingkatan Enam agar selari dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan di universiti.
Sukatan pelajaran peperiksaan ini memberikan pendedahan kepada calon tentang ilmu Tahfiz Al-Quran. Sukatan ini mengandungi komponen kerja kursus yang wajib dilaksanakan oleh calon. Aspek kerja kursus penting kerana melaluinya, calon bukan sahaja belajar untuk menguasai ilmu tertentu, malah calon juga akan dapat menerapkan kemahiran insaniah dalam diri mereka melalui pengalaman yang diperoleh semasa melaksanakan kerja kursus tersebut. 

Untuk lebih perincian berkaitan dengan Mata Pelajaran Tahfiz Al-Quran (932), untuk contoh soalan, format, perincian kanduangan dan sebagainya :

Prospek Kerjaya

Di samping ilmu Al-Quran yang diperoleh, mata pelajaran Tahfiz Al-Quran (932) juga memberi ruang kerjaya yang luas antaranya adalah : 
  1. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
  2. Guru Al-Quran
  3. Penolong Pegawai Tadbir
  4. Penghulu/Ketua Kampung
  5. Pegawai Penyelaras Masjid Daerah
  6. Guru Ta’mir
  7. Penolong Pegawai Agama
  8. Kaunseling Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Kandungan Mata Pelajaran

Semester Tajuk Jam Pengajaran
1
Hifz Al-Quran
Maharat al-Qiraat
87
2
Hifz Al-Quran
Maharat al-RasmDhabt Al-Quran, dan al-Fawasil
87
3
Hifz Al-Quran
Maharat Ulum Al-Quran
87
Pendidikan Untuk Semua

Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 2 Mac – 8 Mac 2019

0


Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga petrol yang baru.
harga petrol baru

Bermula pada 2 Mac sehingga 8 Mac 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:

RON 97 : RM2.43 (NAIK 5 SEN)
RON 95 : RM2.08 (KEKAL)
DIESEL :RM2.18 (KEKAL)

sumber: mykpdnhep

Keputusan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) Akan Di Umumkan Pada 11 Mac 2019

0

Mungkin berita ini baik kepada yang pelajar yang sudah tunggu lama untuk ketahui keputusan, tetapi sebaliknya berita yang ditakuti oleh pelajar yang mungkin tidak mahu terus keputusan keluar haha Apa-apapun pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengumumkan tarikh Keputusan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) bagi tahun 2018

keputusan stpm 2018 pada 11 mac 2019

MPM mengumumkan melalui laman facebook rasmi di mana keputusan Peperiksaa Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) 2018 akan diumumkan pada 11 Mac 2019 bersamaan hari Isnin bermula jam 12.00 Tengah Hari

Pelajar STPM boleh membuat semakan keputusan melalui 2 cara selain keputusan di sekolah masing-masing iaitu :

  1. Melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) : STPM<jarak>RESULT<jarak>No KP dan seterusnya hantar ke 15888
  2. Melalui portal rasmi MPM : http://webmpm1.mpm.edu.my/stpmK/

Jadi di harap kepada semua calon STPM 2018 semoga berjaya diucapkan dan semoga mendapat keputusan yang baik dan dapat membanggakan ibu bapa, sekolah, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling. Good Luck!

Pendidikan Untuk Semua

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Dan Kolej Komuniti 2019 Kini Dibuka

0

Jom realisasikan impian anda bersama Politeknik dan Kolej Komuniti. Jika permohonan UPUOnline telah pun dibuka, jadi permohonan untuk melanjutkan pelajaran di Politeknik dan Koleh Komuniti 2019 juga telah dibuka untuk seluruh Malaysia. Selain daripada UPU, lepasan SPM juga boleh memohon Politeknik atau Kolej Komuniti.

Tarikh Permohonan Kemasukan Dan Tarikh-Tarik Penting

Tarikh permohonan kemasukan ke Politeknik dan Koleh Komuniti telah pun dibuka bermula 25 Februari 2019 sehingga tarikh tutup permohonan iaitu 2 April 2019

Sesi Temuduga23 April 2019
Semakan Keputusan Permohonan11 Mei 2019
Borang Permohonan Rayuan Dibuka11 Mei 2019
Pendaftaran Pelajar23 Jun 2019

Cara Permohonan

Anda boleh membuat permohonan secara atas talian di

>>ambilan.mypolycc.edu.my<<

Syarat Permohonan

  1. Lepasan SPM bagi Tahun 2016-2018
  2. Lulusan Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Perda-Tech, Institut Pertanian Malaysia dan Sijil APEL
  3. Lulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
  4. Lepasan Sekolah Pendidikan Khas atau Program Pencantuman Pendidikan Khas (ketidakupayaan pendengaran)
  5. Kursus secara sambilan

Temui Mereka Di Lokasi-Lokasi Berikut

LokasiNegeriTarikh
Padang Kawad UTHM, Batu Pahat, Johor2-3 Mac 2019
Oceanus Waterfront Mall, Kota KinabaluSabah9-10 Mac 2019
Padang Kawad USMPulau Pinang9-10 Mac 2019
AEON Mall, Kota BharuKelantan16-17 Mac 2019
Mydin Mall, Petra JayaSarawak23-24 Mac 2019
MAEPS, SerdangSelangor30-31 Mac 2019

Maklumat lanjut :
Telefon : 03 88883837
Emel: ambilan.jppkk@moe.gov.my

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json