advertisement
Home Blog Page 48

10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik

0



10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik |
Pada tahun 2018 yang lepas, Kementerian Pendidikan Malaysia ada mengeluarkan kempen bagi menggalakkan rakyat Malaysia membudayakan sifat membaca dalam diri individu melalui #MalaysiaMembaca



10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik

Hasrat ini selari dengan hasrat Menteri Pendidikan sendiri, Dr Maszlee Malik yang mahukan Malaysia menjadi Negara Membaca menjelang 2030 kelak. Katanya lagi,  ‘kayu ukur kepada pendidikan yang berjaya ialah budaya membaca yang tinggi’. Justeru bagi menggalakkan lagi budaya #MalaysiaMembaca, Dr Maszlee sendiri berkongsi dengan di laman twitter rasminya 10 buku kegemaran Menteri Pendidikan Malaysia.
1. “The Alchemist” karya Paulo Coelho.
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
Antara kata-kata dari novel ini yang sangat bermakna bagi saya ialah “You will never be able to escape from your heart. So it’s better to listen to what it has to say.”
2. “Trust: The Social Virtue and the Creation of Prosperity” karya Francis Fukuyama
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
Kata Fukuyama, “To truly esteem oneself means that one must be capable of feeling shame or self-disgust when one does not live up to a certain standard.”
3. “Manuklon” karya Rahmat Haron 
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
Novel futuristik yang penuh dengan kembara, dijiwai oleh manusia biasa dan klon yang saling bertentangan demi untuk mendapatkan kuasa.Ya, sangat banyak yang boleh kita lihat hari ini begitu real seperti yang diimajinasikan Rahmat Haron.
4. “Intelektual Masyarakat Membangun” karya Syed Hussein Alattas.
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
Syed Hussein Alattas menekankan keperluan untuk ahli akademik menjadi sarjana yang bukan hanya di dalam dewan kuliah, sebaliknya di jalanan dan di tempat-tempat awam demi membangunkan pemikiran masyarakat.

5. “Rasuah” karya Syed Hussein Alattas
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
Syed Hussein Alattas juga sudah lama mengkritik budaya rasuah yang begitu kronik dengan memberikan sebab musabbab yang jelas bahawa budaya ini benar-benar akan merosakkan negara.
6. “Sejarah Umat Islam” karya HAMKA.
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
HAMKA berjaya melukiskan dengan sangat jelas tentang garis masa dan peristiwa-peristiwa penting termasuklah sedikit analisa yang menarik di dalam sepanjang sejarah Islam. HAMKA juga menceritakan bagaimana Islam sampai ke Kepulauan Melayu.
7. “Al Tawhid: Its Implications for Thought and Life” karya Ismail Raji al-Faruqi.
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
Tauhid syarahan Ismail Raji al-Faruqi begitu real, praktikal dan sangat besar peranannya dalam kehidupan harian kita.
8. “Al-Munqidh min al-dalal” atau  “Guide for The Perplexed” karya  Al-Ghazali. 
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
Ini antara buku autobiografi yang saya suka. Penuh dengan ilmu dan hikmah. Siapa yang tidak kenal Al-Ghazali? Dan siapa yang jatuh cinta terhadap buah fikirannya tetapi tidak membaca buku ini?
9. “Al-Kimiyya al-Sa’adah” karya Al-Ghazali.
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
Pendidikan yang menjadikan semua manusia bahagia. Konsep kebahagiaan yang begitu mendalam dihuraikan oleh al-Ghazali dalam buku ini. Hakikatnya, kata al-Ghazali, kita semua manusia yang inginkan kebahagiaan.
10. “Hikmah Hati” karya Maszlee Malik
10 Buku Kegemaran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
Saya sangat terpengaruh dengan banyak karya arwah Azizi Hj. Abdullah sehingga di situlah minat saya terhadap sastera muncul dan cubaan untuk menulis karya kreatif telah saya mulakan. 
Tidak boleh disangkal lagi beliau antara individu yang tinggi ilmunya yang peroleh daripada membaca. Jadi Dr Maszlee juga mengalu-alukan sesiapa sahajay untuk berkongsi 10 buku kegemaran mereka daripada pelbagai genre dengan (hashtag) #MalaysiaMembaca di laman-laman sosial anda.

Keputusan Peperiksaan Ulangan 1 & Ulangan 2 STPM Tahun 2018

0

Untuk pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), anda boleh buat semakan keputusan untuk semester 1 dan semester 3 pada bulan februari ini. Selain itu juga, pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) juga mengeluarkan tarikh Keputusan Peperiksaan Ulangan 1 & Ulangan 2 STPM Tahun 2018

Keputusan Peperiksaan Ulangan 1 & Ulangan 2 STPM Tahun 2018

Bermula 20 Februari 2019 (Rabu) pada jam 10 pagi, calon peperiksaan STPM Ulangan 1 dan Ulangan 2 2018 boleh membuat semakan keputusan. Pelajar boleh menyemak dengan 2 cara iaitu :

1.   Menggunakan sistem SMS: Taip STPM<jarak>RESULTU1<jarak>NO KP & SMS KE 15888
atau Taip STPM<jarak>RESULTU2<jarak>NO KP & SMS KE 15888

Contoh: STPM RESULTU1 901231063434 dan hantar ke 15888 atau
STPM RESULTU2 901231063434 dan hantar ke 15888

2.   Atau melalui portal rasmi di http://webmpm1.mpm.edu.my/stpm_resultU1/  atau http://webmpm1.mpm.edu.my/stpm_resultU2/ dan masukkan kad pengenalan anda

Semoga semua calon peperiksaan STPM kali ini mendapat keputusan yang terbaik dan menjadi contoh kepada pihak sekolah dan pelajar-pelajar lain.

Pendidikan Untuk Semua

Keputusan STPM Bagi Semester 1 Tahun 2019

0
keputusan stpm

Pada November yang lepas, pelajar STPM telahpun selesai menghadapi peperiksaan akhir bagi semester 1 2019. Jadi mereka menunggu keputusan STPM bagi meneruskan sesi pembelajaran bagi semester 2 dan semester 3 bagi tahun 2019.

Justeru pihak Majlis Peperiksaan Malaysia, MPM telah mengeluarkan tarikh menyemak Keputusan Semester 1 Bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, STPM untuk Tahun 2019.

[Sudah Baca?] Pendaftaran Peperiksaan Ulangan STPM Semester 1 2019

Tarikh Keputusan STPM Semester 1 2019

Bermula 27 Februari 2019 (Rabu) pada jam 10 pagi, calon peperiksaan STPM semester 1 2019 boleh membuat semakan keputusan. Pelajar boleh menyemak dengan 2 cara iaitu:

  1. Menggunakan sistem SMS: Taip STPM<jarak>RESULTS1<jarak>NO KP & SMS KE 15888 : Contoh: STPM RESULTS3 901231063434 dan hantar ke 15888
  2. Atau melalui portal rasmi di http://webmpm1.mpm.edu.my/stpm_resultP1/ dan masukkan kad pengenalan anda

Semoga semua calon peperiksaan mendapat keputusan yang baik bagi semester 1 ini sekali gus memberi lebih semangat bagi menghadapi semester seterusnya kelak.

Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 2 Februari – 8 Februari 2019

0


Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga petrol yang baru.
Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 2 Februari - 8 Februari 2019
Bermula pada 2 Februari sehingga 8 Februari 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:
RON 97 : RM2.23 (TURUN 5 SEN)
RON 95 : RM1.93 (TURUN 5 SEN)
DIESEL :RM2.18 (NAIK 1 SEN)


sumber : MYKPDNHEL

Keputusan STPM Bagi Semester 3 Tahun 2018

0

Pihak UPUOnline telah pun mengeluarkan tarikh permohonan bagi kemasukan ke Universiti Awam bagi tahun 2019. Selain daripada lepasan SPM, terdapat juga kepada lepasan STPM yang berpeluang untuk memohon pada 25 Februari 2019 ini.
Jadi sebelum tarikh permohonan di buka, sudah tentu pelajar lepasan STPM ini perlukan keputusan penuh bagi pembelajaran mereka. Bila keputusan semester 3 akan keluar bagi STPM? Pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sudah pun mengeluarkan tarikh keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Semester 3 2018
Keputusan STPM Bagi Semester 3 Tahun 2018

Bermula 13 Februari 2019 pada 10 pagi, pelajar STPM 2018 boleh buat semakan menggunakan 2 cara dengan hanya menggunakan smartphone anda sahaja.

1.   Menggunakan sistem SMS: Taip STPM<jarak>RESULTS3<jarak>NO KP & SMS KE 15888
      Contoh: STPM RESULTS3 901231063434 dan hantar ke 15888

2.   Atau melalui portal rasmi di http://webmpm1.mpm.edu.my/stpm_resultP3/ dan masukkan kad pengenalan anda

Selamat berjaya kepada semua calon peperiksaan STPM 2018. Semoga mendapat keputusan yang baik di dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sekali gus dapat menyambung pelajaran ke menara gading pada September nanti.
Pendidikan Untuk Semua

Jom Masuk IPT 2019

0

Selepas hebahan yang di buat oleh pihak UPU berkaitan dengan tarikh permohonan UPUOnline bagi sesi 2019, kini satu lagi hebahan iaitu dengan menganjurkan Karnival Jom Masuk IPT 2019.
karnival jom masuk ipt 2019

Seperti tahun-tahun sudah, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan karnival pendidikan bagi membuat pendedahan awal untuk bakal mahasiswa yang akan memasuki gerbang dunia IPT kelak. Tarikh permohonan UPU seperti diberitahu sebelum ini bermula daripada 25 Februari sehingga 2 April 2019. Jadi pertenghan tarikh tersebut akan di adakah Karnival Jom Masuk IPT 2019
Karnival ini akan bermula pada 2 Mac sehingga 31 Mac di 6 tempat berbeza. Ianya bermula di zon Selatan, Sabah, Utara, Timur, Sarawak dan di zon Tengah. Jadi ikuti senarai tempat dan tarikh seperti di bawah:
1.   UTHM, Batuh Pahat Johor | 2 dan 3 Mac 2019 | 9 Pagi – 5 Petang
2.   Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu Sabah | 9 dan 10 Mac 2019 | 9 Pagi – 5 Petang
3.   USM, Pulau Pinang | 9 dan 10 Mac 2019 | 9 Pagi – 5 Petang
4.   AEON Mall, Kota Bharu, Kelantan | 16 dan 17 Mac 2019 | 9 Pagi- 5 Petang
5.   Mydin Mall, Petra Jaya Kuching Sarawak | 23 dan 24 Mac 2019 | 9 Pagi – 5 Petang
6.   MAEPS, Serdang Selangor | 30 dan 31 Mac 2019 | 9 Pagi – 5 Petang
Jadi kepada bakal-bakal mahasiswa, anda dijemput hadir. Di sini anda boleh dapatkan lebih maklumat berkaitan universiti-universiti yang anda ingin masuk. Mungkin anda juga mahu ketahui lebih lanjut berkaitan setiap kos yang ditawarkan di setiap universiti. Sini la tempatnya. Justeru, jangan lupa hadir beramai-ramai di Jom Masuk IPT 2019

Pendidikan Untuk Semua

Senarai Twitter Rasmi Semua Universiti Awam Di Malaysia

0
twitter rasmi

Senarai Twitter Rasmi Bagi Semua Universiti Awam Di Malaysia | Buat masa ini, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, Pendidikan Tinggi terdapat 20 Universiti Awam (UA) yang ditubuhkan serta diiktiraf di Malaysia. Jadi seluruh Universiti Awam berada di bawah KPM.

Jika sebelum ini admin ada kongsikan senarai Facebook Page Rasmi UA dan Instagram Rasmi UA, kali ini admin kongsikan pula akaun rasmi Twitter bagi seluruh Universiti Awam. Dengan bantuan media sosial ini, sudah pastinya sedikit sebanyak dapat mempromosikan apa yang berlaku di Universiti masing-masing selain melalui laman web rasmi. Setiap aktiviti yang melibatkan Universiti, kita dapat update dengan pantas dengan adanya media sosial seperti Instagram ini. Platfom Twitter juga antara kegemaran anak muda sekarang ini bagi mengetahui segala informasi terkini.

Senarai Twitter Rasmi Untuk Semua Universiti Awam

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia
  3. Universiti Teknologi Malaysia
  4. Universiti Sains Malaysia
  5. Universiti Putra Malaysia
  6. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  8. Universiti Malaysia Sabah
  9. Universiti Malaysia Sarawak
  10. Universiti Utara Malaysia
  11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  14. Universiti Malaysia Perlis
  15. Universiti Malaysia Terengganu
  16. Universiti Malaysia Pahang
  17. Universiti Sains Islam Malaysia
  18. Universiti Sultan Zainal Abidin
  19. Universiti Malaysia Kelantan
  20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Tawaran Biasiswa MyBrainSc KPM Tahun 2019 Telah Di Buka

0

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Biasiswa MyBrainSc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah (Ijazah Sarjana, PhD) secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara. 
Tawaran Biasiswa MyBrainSc KPM Tahun 2019 Telah Di Buka
Justeru itu, KPM telah membuka tawaran permohonan Biasiswa MyBrainSc KPM bagi tahun 2019 iaitu bermula pada 25 Januari sehingga 10 Februari 2019. Anda boleh layari portal rasmi di biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Permohonan dibuka mulai pada 25 Januari 2019 Jam 4 Petang sehingga 10 Februari 2019 Jam 11.59 Malam.
  2. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
  3. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia/bakal penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD.
  4. Pemohon hendaklah bebas daripada senarai hitam Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Negara (PTPTN) atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).
  5. Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.
  6. Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.

Kaedah Pemilihan

  • Ujian saringan bagi mengenalpasti kecenderungan dalam bidang sains tulen; dan
  • Penilaian oleh panel penilai penemuduga yang dilantik.
Maklumat lanjut sila hubungi:

Bahagian Biasiswa Dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, No 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya
Di talian : 03-88881616

Pendidikan Untuk Semua

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sesi 2019

0

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kini terdapat lebih 60 buah sekolah berdaftar yang telah dibuka. Sekolah ini mungkin sedikit berbeza dengan sekolah harian biasa, di mana tawaran yang dibuka hanya kemasukan Tingkatan 1 dan juga Tingkatan 4 sahaja. 
Jadi pihak KPM telah mengeluarkan keputusan bagi pelajar yang telah memohon pada Nov 2018 yang boleh, mereka boleh membuat Semakan Tawaran Penempatan Kemasukan ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Bagi Sesi 2019 bermula 25 Januari sehingga 11 Februari 2019.
Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sesi 2019

Bagi ambilan Tingkatan 1, pihak KPM telah umumkan pada 21 Disember 2018 yang lepas lagi. Tahniah kepada yang layak.

Jadi kepada pelajar yang telah memohon sebelum ini, anda boleh membuat semakan di portal rasmi:
Semakan Di Sini

Untuk sebarang maklumat berkaitan, anda boleh hubungi dan layari laman web di bawah:
Laman web KPM: www.moe.gov.my
Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan
Sekolah Kecemerlangan, KPM
Talian hotline BPSBPSK: 03-8321 7400

Pendidikan Untuk Semua

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json