advertisement
Home Blog Page 50

Tuisyen Muar Pintar Secara Percuma Di Muar, Johor

0

Menteri Belia & Sukan yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar telah menawarkan perkhidmatan kepada kawasan beliau iaitu di Muar iaitu Tuisyen Muar Pintar.
Tuisyen ini dikelola sendiri oleh kawasan parlimen beliau dan yang paling bestnya ianya adalah percuma tanpa sebarang bayaran dikenakan. Tuisyen ini akan bermula pada Februari depan yang bertempat di 2 tempat iaitu: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar & Kompleks Penghulu Mukim Sri Menanti
Syarat-syaratnya adalah adalah ibu bapa yang berpendapatan RM1100 ke bawah juga kepada anak-anak yatim. Terbuka kepada semua murid sekolah di Muar. Matapelajaran yang disediakan:
PT3 : Matematik dan Sains
SPM : Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris
Tuisyen Muar Pintar Secara Percuma Di Muar, Johor
Cara permohonan untuk Tuisyen Muar Pintar ini mudah sahaja. Anda hanya perlu pilih subjek yang ingin dipelajari dan penuhkan borang di link di bawah:
Selain itu, anda juga boleh terus hadir ke Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar untuk permohonan dan sebarang pertanyaan sila hubungi: 06-9594041 (Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar)

Permohonan Guru Tuisyen Muar Pintar

Tuisyen Muar Pintar Secara Percuma Di Muar, Johor
Guru yang diperlukan bagi UPSR, PT3 dan SPM bagi Bahasan Inggeris, Sains dan Matematik. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 31 Januari 2019 kerena kelas bermula pada Februari 2019.
Bagi yang berminat boleh daftar menggunkan link di bawah:
Sebarang pertanyaa berkaitan pengambilan cikgu Tuisyen Muar Pintar ini, anda boleh hubungi 011-10146192 (Shukri)
Pendidikan Untuk Semua

Tarikh Permohonan Kemasukan Ke Universiti Sains Malaysia (USM)

0

Sebelum ini, admin ada kongsikan artikel berkaitan keputusan permohonan bagi panggilan kedua kemasukan ke Universiti Utara Malaysia (UUM).

Jadi hari ini pihak Universiti Sains Malaysia (USM) pula mengumumkan tarikh bagi permohonan kemasukan di portal rasmi serta di laman-laman sosial kepunyaan USM melalui hebahan poster seperti di bawah.
Permohonan secara atas talian atau online telah pun di buka iaitu bermula 15 Januari 2019 sehingga 15 April 2019. Program yang disediakan iaitu bagi Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana Muda (Jarak Jauh), Diploma Kejururawatan, Ijazah Pertama, Kedoktoran dan Doktor Falsafah.
Permohonan boleh di buat dengan layari pohon.usm.my atau admissions.usm.my
Jom Masuk USM!
Jika anda ingin lebih tahu, bila tarikh kemasukan, program apa yang ditawarkan, berapa kos yuran pengajian dan sebagainya, anda boleh hubungi 1300888876 atau 046533196. Jadi jangan lepaskan peluang ini.
#jommasukusm
#preferreduniversity
#usmstyle
Pendidikan Untuk Semua

Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 19 Januari – 25 Januari 2019

0

Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga petrol yang baru.
Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 19 Januari - 25 Januari 2019
Bermula pada 19 Januari sehingga 25 Januari 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:

RON 97 : RM2.28 (NAIK 6 SEN)
RON 95 : RM1.98 (NAIK 6 SEN)
DIESEL :RM2.17 (NAIK 12 SEN)


sumber : BERNAMA

Lapor Diri Di Jabatan Pendidikan Negeri Seluruh Negara Pada 22 Januari 2019 Bagi Bakal Guru Semua

0

Pada 9 Januari 2019 yang lalu, guru-guru baharu graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) telah pun mendapat keputusan penempatan. Mereka yang membuat permohanan boleh semak di graduan.moe.gov.my untuk mengetahui status kelulusan dan penempatan. Pemakluman ini hanya bagi Sekolah Rendah Bil. 1/2019.

Hari ni di facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi tahu bahawa ‘Guru-guru baharu graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) seramai 1176 orang yang mendapat keputusan penempatan pada 9 Januari 2019 diminta melaporkan diri di Jabatan Pendidikan Negeri seluruh negara pada 22 Januari 2019


Lapor Diri Di Jabatan Pendidikan Negeri seluruh negara Pada 22 Januari 2019 Bagi Bakal Guru Semua

Selamat mendidik anak bangsa wahai guru-guru sekelian. Ikhlaskan hati ketika menyampaikan ilmu. Yang mana ditempatkan jauh dari kampung halaman, supaya dapat sesuaikan diri dengan cepat supaya selesa dikemudian hari. Kepada yang sudah selesa, jangan pula meninggi diri. Good luck and all the best pendidik-pendidikan semua.
Pendidikan Untuk Semua

Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2019

0

Berita baik kepada semua pelajar yang sedang atau akan melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi sama ada dalam atau luar negara khususnya bagi anak-anak negeri Perak. Pihak kerajaan negeri Perak telah menyediakan pinjaman pengajian kepada anak-anak perak khasnya bagi yang layak. Jadi sedikit sebanyak dapat meringankan beban yuran pengajian kepada pelajar.

Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2019

Objektik tawaran pinjaman pengajian ini akan memberi kemudahan pinjaman pelajaran kepada Warganegara Malaysia khususnya anak Perak yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi yang ditaja dan seterusnya menyumbang kepada Wawasan Perak Amanjaya.

Tarikh permohonan telah dibuka dari 2 Disember 2018 sehingga 28 Februari 2019. Bagi keadah atau cara permohonan, anda boleh membuat permohonan melalui aplikasi berikut:

Syarat-Syarat Permohonan

  • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak;
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih daripada 10 tahun;
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih dari 10 tahun ;
  • Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian Sepenuh Masa;
  • Bagi pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya baki tiga (3) semester atau satu (1) setengah tahun tempoh pengajian (Tempoh Pengajian mengambil kira semester panjang sahaja);
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00;
  • Umur pemohon pada tahun semasa mestilah :
    • DIPLOMA – Tidak melebihi 26 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
    • IJAZAH / SARJANA MUDA – Tidak melebihi 36 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
    • IJAZAH SARJANA – Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
    • IJAZAH KEDOKTORAN (PH.D) – Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan

Seterusnya, bagi mengetahui tempat pengajian anda layak atau tidak untuk permohonan ini anda boleh semak DISINI.

Jadi kepada pelajar Dalam dan Luar Negara yang layak untuk memohon, sila berbuat demikian sebelum tarikh tutup. Sedikit sebanyak dalam meringankan bebanan khususnya yuran pengajian dan kos sara hidup.

Pendidikan Untuk Semua

Jualan Gudang Awal Tahun Karangkraf 2019 kini kembali

0

Pada Februari yang akan datang, pihak Karangkraf akan mengadakan Jualan Gudang Awal Tahun Karangkraf 2019. Jika sebelum ini kali terakhir di adakan pada November 2018, katanya mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Mana ke tidaknya, dengan RM1, kita boleh dapatkan bahan bacaan bukan. 
Jadi sekali lagi pihak Karangkraf akan mengadakan jualan gudang. Kali ini jualan akan di adakan bermula 15 – 24 Februari 2019 bersamaan bermula pada hari Jumaat sehingga Ahad minggu berikutnya. 1 Minggu beb! Lokasi seperti biasa di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Ianya mula di buka pada 9 pagi sehingga 7 malam

Jualan Gudang Awal Tahun Karangkraf 2019 kini kembali

Jadi kepada orang ramai yang minat membaca atau mahu mencari bahan bacaan dengan harga berpatutan. Boleh rancang perjalanan anda dan terus singgah di Jualan Gudang Awal Tahun Karangkraf 2019 di Shah Alam nanti. Sebarkan #jualangudangkarangkraf2019 dan #bukuserengahrm1 

Tak teringin ke nak sebarkan berita best ini dekat kawan-kawan, keluarga, jiran, saudara mara dan ahli persatuan rukun tetangga? Jangan lupa ajak mereka datang sama-sama, ok. Kami tunggu kehadiran anda! – Karangkraf

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke UUM Ambilan Februari 2019

0

Pihak Universiti Utara Malaysia telah mengumumkan berkaitan dengan keputusan permohonan kemasukkan ke UUM bagi lepasan Diploma/Setaraf bagi sesi Akademik 2018/2019. Ini merupakan kemasukan atau ambilan kedua selepas ambilan pertama yang di buat pada September 2018 sebelum ini.
Tidak semua universiti yang menyediakan atau membuat ambila kedua ini. Antara universiti yang terlibat adalah UUM, UMP, UiTM, UMK, USIM, UMT dan beberapa lagi universiti. Anda boleh ketahui dengan layari laman web UPU. Semua permohonan ini dibuat melalui sistem dalaman Universiti sendiri tanpa melalui pihak UPU.

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke UUM Ambilan Februari 2019

Jadi pihak UUM telah mengumumkan bahawa keputusan permohonan akan di ketahui pada 22 Januari 2019 iaitu pada hari Selasa bermula jam 3 petang.
Sehubungan dengan itu, bagi pelajar yang telah berdaftar bagi ambil kedua sesi 2018/2019 ini anda boleh semak di potrtal UUM: asisonline.uum dengan hanya mengisikan no kad pengenalan anda.
Untuk sebarang hebahan atau pertanyaan lanjut, anda boleh layari laman web rasmi UUM iaitu uum.edu.my atau laman web bahagian akademik UUM di hea.uum.edu.my
Pendidikan Untuk Semua

Tarikh Pendaftaran Sijil Kecekapan Bahasa Melayu Bagi Warganegara Asing (SKBMW)

0

Sijil Kecekapan Bahasa Melayu Bagi Warganegara Asing (SKBMW) ini diperkenalkan untuk pelajar atau pekerja warganegara asing yang telah bermastautin di Malaysia lebih daripada satu tahun
Anda layak untuk berdaftar untuk SKBMW ini jika:
  • Anda warganegara asing yang bekerja atau belajar di Malaysia
  • Sekurang-kurangnya telah berada selama satu tahun di Malaysia
  • Sesiapa yang telah mengambil kursus bahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka

Pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengumumkan bagi tarikh pendaftaran untuk Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing.
Pihak MPM akan membuka sistem pendaftaran SKBMW bermula pada 1 Februari sehingga 15 September 2019.
Tarikh Pendaftaran Sijil Kecekapan Bahasa Melayu Bagi Warganegara Asing
MPM menyediakan 2 kaedah capaian sistem pendaftaran SKBMW iaitu :
  • Layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan http://portal.mpm.edu.my. Kemudian tekan ikon yang bertulis “Log Masuk MeSP”. Kemudian tekan ikon “Calon Persendirian”.
  • Layari terus ke sistem pendaftaran SKBMW di pautan http://webmpm1.mpm.edu.my/skbmw/
Pendidikan Untuk Semua

Senarai Instagram Rasmi Bagi Semua Universiti Awam Di Malaysia

0

Senarai Instagram Rasmi Bagi Semua Universiti Awam Di Malaysia | Buat masa ini, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, Pendidikan Tinggi terdapat 20 Universiti Awam (UA) yang ditubuhkan serta diiktiraf di Malaysia. Jadi seluruh Universiti Awam di seluruhnya berada di bawah KPM.

Jika sebelum ini admin ada kongsikan senarai Facebook Page Rasmi UA, kali ini admin kongsikan pula akaun rasmi Instagram bagi seluruh Universiti Awam. Dengan bantuan media sosial ini, sudah pastinya sedikit sebanyak dapat mempromosikan apa yang berlaku di Universiti masing-masing selain melalui website rasmi. Setiap aktiviti yang melibatkan Universiti, kita dapat update dengan pantas dengan adanya media sosial seperti Instagram ini. Tetapi bagi UUM dan UPNM, admin tak dapat akaun rasmi Instagramnya. Admin rasa ianya masih tidak ditubuhkan lagi. Jika belum, mungkin pelajarnya atau alumninya boleh usulkan kepada pihak pengurusan masing-masing. Jadi jika anda mahu lawati Instagram tersebut, anda boleh lihat senarai di bawah.

Senarai Instagram Rasmi Untuk Semua Universiti Awam

Pendidikan Untuk Semua

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json