advertisement
Home Blog Page 51

5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris

0


Pada zaman sekarang ini, penguasaan Bahasa Inggeris merupakan suatu keperluan di samping tidak melupakan bahasa ibuanda kita. Penguasaan bahasa asing ini penting bagi perlansungan bagi urusan-urusan yang mana sekarang ini banyak menggunakan Bahasa Inggeris terutamanya.
Bagi pelajar sekolah mahupun penuntut universiti, penguasaan bahasa Inggeris juga perlu. Ini kerana banyak bahan bacaan masih belum diterjemah kepada bahasa Melayu, jadi tidak boleh tidak, pengetahuan tentang bahasa Inggeris perlu dipergunakan.
5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris
Selain daripada kurikulum sukatan pelajaran bahasa Inggeris, di luar kelas juga, pelajar terutamanya masih lagi boleh belajar untuk menguasai bahasa ini. Sekarang, smartphone yang sudah pastinya dimiliki yang menjadi benda keperluan bagi seseorang individu hatta pelajar sekolah pun sudah memiliknya. Memilikinya tidak salah jika anda pandai menggunakannya. Jadi apa lagi, terdapa banyak aplikasi yang disediakan bagi untuk mempelajari bahasa Inggeris untuk platfom Android dan iOS. Di sini admin ingin kongsikan 5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris.

5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris

1. busuu: Language Learning


5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris
Aplikasi ini telah di muat turun dan digunakan lebih 80 juta pengguna bagi pengguna Android dan iOS. busuu: Language Learning mempunyai pelbagai ciri-ciri yang dapat membantu anda mempelajari bahasa Inggeris dengan mudah. Buat pengguna yang menggunakan aplikasi ini pertama kali, akan ada sedikit ujian bagi menguji tahap dan kemampuan anda dalam bahasa Inggeris
Aplikasi ini telah pun disahkan oleh McGraw-Hill Education yang sudah tentunya anda tidak perlu ragui dengan kualiti atau sumber-sumber yang ada di dalam aplikasi ini.

5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris

Rating : 4.7/5.0
Download : Android | iOS
2. Learn Languanges: Rosetta Stone


5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris



Aplikasi ini telah mendapat Anugerah Platinum bagi Best Educational Apps 2019 yang sudah pastinya mendapat perhatian ramai pengguna bagi mempelajari bahasa Inggeris. 
Ciri-ciri yang yang ada di aplikasi ini seperti adanya suara yang menggunakan TruAccent yang mana anda mampu mendengar sebutan perkataan atau ayat dengan suara yang jelas dan terang.
Selain bahasa Inggeris, aplikasi ini juga menyediakan pembelajaran bahasa lain sehingga 24 jenis bahasa. Anda boleh pelajari penggunaan asas seperti ayat cara memperkenalkan diri, ayat cara menyapa antara satu dengan yang lain dan macam-macam lagi.

5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris

Rating : 4.7/5.0
Download : Android | iOS

3. Learn Languages with Memrise

5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris




Pelajari bahasa, grammer dan vokabulari dengan menggunakan aplikasi Memris. Aplikasi ini menyediakan perkhidmatan pembelajaran bahasa Inggeris secara cepat dengan cara yang mudah. Ianya dengan menggunakan teknik atau cara mengingat apa yang telah dipelajari
Disediakan lebih 1000 video interaktif yang boleh anda pelajari dan terdapat banyak kosa kata bahasa Inggeris yang anda akan jumpa di dalam aplikasi ini. Selain itu juga, terdapat pelbagai ujian yang disediakan di dalam Memrise. Jadi anda boleh cuba dan pelajar bahasa Inggeris dengan berkesan.
5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris

Rating : 4.8/5.0
Download : Android | iOS
4. Duolingo


5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris
Duolingo adalah aplikasi pembelajaran Bahasa Inggeris yang paling popular di dunia hari ini dan amat disyorkan untuk yang baru bermula belajar bahasa Inggeris. Sistem pembelajaran yang menarik membantu anda belajar bahasa Inggeris dengan cepat dengan menghabiskan 20 minit sehari. Setiap padanya ada penilaian, jadi anda boleh tahu sejauh mana anda punya perkembangan
Pelajaran Duolingo beradaptasi dengan gaya pembelajaran pengguna. Latihan disesuaikan untuk membantu para pengguna mempelajari dan mengkaji perbendaharaan kata secara berkesan. Duolingo adalah aplikasi pembelajaran Bahasa Inggeris yang sangat baik yang membantu menampung banyak bahan untuk pelajar bagi mempelajari bahasa Inggeris untuk semua peringkat.

5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris

Rating : 4.7/5.0
Download : Android | iOS
5. Mondly: Learn 33 Languages 

5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris

Pada aplikasi Mondly ini, anda boleh mempelajari sehingga 33 jenis bahasa dan antaranya adalah bahasa Inggeris secara percuma.

Dengan aplikasi Mondly, dalam beberapa minit, anda akan mula menghafal kata-kata asas, membentuk ayat, belajar ayat frasa dan boleh mengambil bahagian dalam perbualan.
Sistem pembelajaran bahasa yang menyeronokkan bagi meningkatkan perbendaharaan kata, tatabahasa dan sebutan. Anda akan merasa seperti mempunyai tutor anda sendiri di dalam poket anda dengan menggunakan aplikasi Mondly.
5 Aplikasi Terbaik Bagi Mempelajari Bahasa Inggeris

Rating : 4.7/5.0
Download : Android | iOS
Jadi mulai sekarang, gunakan waktu mungkin dalam masa 1 jam untuk belajar bahasa Inggris secara optimal. Aplikasi ini bukan terbatas untuk pelajar sahaja, ianya untuk semua tak kira anda sudah bekerja ke, hatta sudah menjadi bos sekali pun. Jika anda rasa untuk mempertingkatkan bahasa Inggeris anda, anda boleh menggunakan aplikasi-aplikasi ini.
Mungkin ada lagi aplikasi-aplikasi lain yang ada, tetapi admin hanya berkongsi 5 sahaja. Jika anda rasa anda mempunyai aplikasi sendiri, anda boleh berkongsi di ruangan komen di bawah. Harap ianya membantu
Pendidikan Untuk Semua

Anugerah Murid Unggul diberi kepada ‘Syukur The Kampung Boy’

0

Selepas menerima pengiktirafan antara 20 gambar terbaik di dunia dan gambar terbaik di peringkat Asia. adik Muhammad Syukur Khamis kini sekali dikenali apa bila dia menerima Anugerah Pencapaian Murid Unggul Daerah Kuala Terengganu. Adik Syukur merupakan pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin.
Selepas gambar adik syukur tular di media sosial baru-baru ini, dia menjadi bualan ramai orang. Bagaimana adik ini boleh bersama seolah bergaul dengan sekumpulan kerbau tanpa sebarang masalah? Kita pasti dah tengok gelagat adik ini kan? Tanpa sebarang tali pun diikat di kerbau itu. Tenang je bermain bersama.
Sebenarnya adik syukur telah bersama kerbau-kerbau peliharaan ayahnya bermula dari kecil lagi. Mungkin kerbau ini sudah biasa dengan adik syukur, dan adik syukur juga sudah selesa dengan kerbau-kerbau itu. Jadi itulah sebab kenapa ‘syukur the kampung boy’ boleh beraksi seperi kawan rapat dengan binatan peliharaan bapanya itu. 

Anugerah Murid Unggul diberi kepada 'Syukur The Kampung Boy'

Petikan daripada BH Online, Pengetua SMK Padang Midin, Zah Mohamad berkata anugerah yang diterima Syukur bertepatan dengan nilai-nilai yang ada dalam diri pelajar berkenaan iaitu kasih, saling menghormati, kebahagiaan dan kemanusiaan​​​​​​.
“Kita juga mempunyai perancangan yang teratur supaya tahap pendidikan Syukur yang kini berada pada tahap sederhana dapat ditingkatkan menjadi pelajar cemerlang,” katanya.

“Kami sentiasa memantau perkembangannya agar dia yang dikenali netizen sebagai Syukur – The Kampung Boy tidak leka dengan populariti yang diraih ketika ini,” katanya. – BERNAMA
Terdapat banyak gambar ‘adik the kampung boy’ yang tular di facebook terutamanya. Kerana ramai photografer yang terlibat dalam menghasilkan gambar-gambar adik dan kerbaunya. Jadi di sini admin berkongsi sedikit gambar. Terima kasih kepada fotog dallahdeenphotography

syukur the kampung boy

syukur the kampung boy

syukur the kampung boy

syukur the kampung boy

syukur the kampung boy

syukur the kampung boy

syukur the kampung boy

Semakan Tawaran Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA Dan WISDEC Ambilan Januari 2019

0

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional mengeluarkan informasi berkaitan ambilan Januari 2019 bagi tawaran ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA Dan WISDEC akan dibuka kelak.

Semakan Tawaran Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA Dan WISDEC Ambilan Januari 2019

Melalui informasi yang diberi, semakan tawaran akan dibuka mulai 18 Januari 2019 sehingga 22 Januari 2019 melalui pautan rasmi DI SINI

Kolej Vokasional
Sekolah Menengah Teknik
GIATMARA
WISDEC

Murid Lepasan Tingkatan 3 yang menduduki PBS / PAV :

  • Program KV (menjurus kepada Diploma) di KV / ILKA / ILKS 
  • Sekolah Menengah Teknik (SPM) 
  • Program Kemahiran / Apprenticeship di KV / WISDEC / GIATMARA 
Pendidikan Untuk Semua

Orang Ramai Kini Boleh Memberi Pandangan Mengenai Dasar Pendidikan Negara

0
Orang Ramai Kini Boleh Memberi Pandangan Mengenai Dasar Pendidikan Negara
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara dari segi penambahbaikkan kurikulum dan sistem pendidikan dari peringkat prasekolah sehingga universiti, yang turut meliputi aspek kesedaran sivik dan pembentukan nilai-nilai murni.

Orang Ramai Kini Boleh Memberi Pandangan Mengenai Dasar Pendidikan Negara
JKD sedang mengendalikan satu tinjauan umum bagi mengumpul maklumat daripada rakyat Malaysia sama ada individu, kumpulan dan institusi yang mempunyai cadangan dan perakuan ke arah menambah baik dan membawa perubahan kepada sistem pendidikan negara
Sehubungan dengan itu, kini orang ramai dipelawa dan diberi ruang bagi berkongsi idea bagi menambahbaik sistem pendidikan. Inilah masanya kepada golongan pendidik dan ibu bapa terutamanya untuk berkongsi. Jadi kepada semua pembaca pendidikan4all, anda boleh mengemukakan cadangan dan idea masing-masing dengan klik buton di bawah

Sila Tekan Sini

Selain itu, borang khas bagi tujuan tersebut boleh diperoleh dengan menulis kepada JKD di emel jkkdpn@gmail.com

Cuti Sekolah Sempena Perayaan 2019

1
Cuti Sekolah Sempena Perayaan 2019 | Kebiasaanya permulaan tahun baru akan dimulai dengan perayaan Tahun Baru Cina. Jadi Februari yang akan datang, masyarakat Cina akan menyambut perayaan pada 5 dan 6 Februari 2019. Sudah tentu pada hari tersebut sesi persekolahan akan bercuti.
Jadi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan tarikh-tarikh peruntukan cuti bagi sesi persekolahan pada tahun ini. Inilah keunikan negara Malaysia yang berbilang kaum, kerana di sini kami menyambut dan menghormati setiap perayaan bagi sesuatu kaum.
Jadi pihak KPM telah peruntukkan cuti perayaan bagi tahun 2019 bagi Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Deepavali.
Cuti Sekolah Sempena Perayaan 2019
Jadual dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B
Kumpulan A : Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
Kumpulan B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayan Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Pendidikan Untuk Semua

Keputusan STAM 2018 Akan Diumumkan Pada 17 Januari 2019

0
Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 sebelum ini telah berlangsung selama 5 hari pada 16, 17, 18, 22 dan 23 Oktober 2018. STAM merupakan peperiksaan tinggi yang melibatkan subjek-subjek agama Islam.
Jadi hari ni pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan STAM bagi tahun 2018 akan diumumkan bermula pada 17 Januari 2019 sehingga 23 Januari 2019.

Keputusan STAM 2018 Akan Diumumkan Pada 17 Januari 2019

Calon peperiksaan STAM boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari yang sama (17 Jan 2019). Calon persendirian akan di maklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan STAM 2018 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi, 17 Januari 2019 dan akan ditamatkan pada 6 petang 23 Januari 2019. Keputusan juga boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan
Untuk semakan mySMS:
STAM<jarak>AngkaGiliran
& SMS ke 15888
Pendidikan Untuk Semua

Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 12 Januari – 18 Januari 2019

0
Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga petrol yang baru.
Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 12 Januari - 18 Januari 2019

Bermula pada 12 Januari sehingga 18 Januari 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:

RON 97 : RM2.22 (TURUN 1 SEN)
RON 95 : RM1.92 (TURUN 1 SEN)
DIESEL :RM2.05 (TIDAK BERUBAH RM2.05)


sumber : MYKPDNHEP

Cara Tuntut Sijil Matrikulasi Anda Melalui Kiriman Pos

2

Bagi Alumni Matrikulasi batch 2016/2017 dan sebelumnya bagi seluruh Malaysia, jika anda masih tidak menuntut sijil Matrikulasi lagi, anda boleh berbuat demikian. Mungkin ada antara alumni yang masih tidak sempat untuk datang sendiri untuk tuntut sijil. Mungkin sekarang sudah sambung belajar di tempat yang jauh dan kekangan masa tidak mengizinkan.

Jadi di sini, satu perkongsian cara untuk anda tuntut Sijil Matrikulasi  dan seterusnya anda diberi pilihan sama ada untuk ambil sendiri atau melalui kiriman pos. Sudah pasti ianya menjadi lebih murah. Caranya mudah sahaja.

Cara Tuntut Sijil Matrikulasi Anda Melalui Kiriman Pos

Cara Tuntut Sijil Matrikulasi

1. Terlebih dahulu anda download dan dapatkan borang permohonan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah

Tekan Sini

2. Kemudian isi borang tersebut seperti biasa dan penuhkan informasi yang berkenaan

3. Pergi ke Pejabat Poslaju dan beli 2 keping sampul Prabayar Size L RM10/pcs  (Sampul Oren – Di antara Semenanjung ATAU Sampul Biru – Diantara Semenanjung ke Sarawak/Sabah).

4. 1 keping sampul ditulis seperti biasa maklumat anda sebagai pengirim dan pihak KPM sebagai penerima dengan alamat:

Pengarah, Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya 
(U.P. Unit Data dan Maklumat, BM)



5. 1 keping lagi anda hanya tulis maklumat dan alamat anda di bahagian penerima sahaja. Sampul ini anda masukkan ke dalam sampul pertama beserta borang permohonan. Kemudian anda pos seperti biasa. Selesai

Cara Tuntut Sijil Matrikulasi Anda Melalui Kiriman Pos

Cara Tuntut Sijil Matrikulasi Anda Melalui Kiriman Pos

sumber: twitter ainamajo

Pendidikan Untuk Semua

Karnival Lepasan Sekolah 2019 | SPM, STPM & STAM

0
Karnival Lepasan Sekolah 2019  kini sudah sampai di Kuala Lumpur. Bagi lepasan SPM, STPM & STAM jangan lepaskan peluang ini. Program ini (KLS2019) telah bermula pada 5 Januari sebelum ini lagi iaitu bertempat di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu dan di Kemaman pada hari yang sama dan kemudian ke Kuantan pada 6 Januari.
Karnival Lepasan Sekolah 2019 | SPM, STPM & STAM
Program Karnival Lepasan Sekolah 2019 ini dianjurkan Kelab Remaja ISMA bagi pendedahan yang lebih kepada pelajar lepasan sekolah bagi memasuki alam IPT kelak. KLS2019 akan pusing seluruh Malaysia, seluruh semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.
Karnival Lepasan Sekolah 2019 | SPM, STPM & STAM

Karnival yang terdekat akan berlansung pada 12 Januari 2019 (Sabtu) ini bertempat di Bilik Serbaguna, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Program ini bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang.
Antara pengisian yang anda akan dapat ketika hadiri program KLS2019 ini adalah:
  1. Perkongsian selangkah ke IPT
  2. Perkongsian bidang kerjaya
  3. Perkongsian panduan Temuduga
  4. Forum Survival Kampus
  5. Pameran Informasi Kerjaya
Menarik bukan! Pelbagai aktivit yang disediakan. Jadi jom cepat daftar, kerana iainya terhad kepada 300 peserta sahaja. Sedikit yuran akan dikenakan iaitu sebanyak RM30. Tarikh tutup pendaftaran iaitu pada 10 Januari 2019 (Khamis). Masih sempat lagi daftar


Cara daftar, anda hanya klik pada kotak dibawah

Untuk Maklumat Lanjut boleh layari laman web
www.kelabremajaisma.net/xpresi

Pendidikan Untuk Semua

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json