advertisement
Home Blog Page 52

Jom Sertai Pertandingan Mencipta Slogan Dan Logo Dekad Membaca Kebangsaan

0
Kementerian Pendidikan Malaysia hari ni mengumumkan dengan mengadakan Pertandingan Mereka Cipta Logo Dekad Membaca Kebangsaan dan juga Pertandingan Mereka Slogan Dekat Membaca Kebangsaan.
Dengan tagline #MalaysiaMembaca pihak KPM berhasrat untuk menjadikan tempat masa 10 tahun iaitu bermula dari tahun 2020 sehingga 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee berharap ianya merupakan sebahagian usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030 kelak. 
Jadi sebagai usaha itu, pihak KPM membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia mencurahkan idea permulaan bagi mencipta Logo dan Slogan untuk Dekad Membaca Kebangsaan.
Pertandingan ini akan berakhir pada 31 Januari 2019

Pertandingan Mereka Cipta Logo

Jom Sertai Pertandingan Mencipta Slogan Dan Logo Dekad Membaca Kebangsaan
  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali urus setia Dekad Membaca Kebangsaan.
  2. Peserta boleh menghantar beberapa penyertaan logo tetapi hanya 1 logo yang akan dipilih sebagai pemenang.
  3. Ianya mestilah idea yang asli dan baru.
Ada beberapa lagi syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, jadi jika anda ingin sertai anda boleh layari laman web DI SINI untuk mengetahui syarat pertandingan, spesifik logo dan borang penyertaan
  1. Hadiah Utama akan menerima wang tunai RM2,000 dan sijil penyertaan.
  2. Tiga (3) hadiah saguhati bernilai RM250 setiap seorang dan sijil penyertaan.

Pertandingan Mencipta Slogan

Jom Sertai Pertandingan Mencipta Slogan Dan Logo Dekad Membaca Kebangsaan
  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali urus setia Dekad Membaca Kebangsaan.
  2. Peserta boleh menghantar beberapa penyertaan Slogan tetapi hanya 1 slogan yang akan dipilih sebagai pemenang.
  3. Panjang Slogan tersebut mestilah tidak melebih lima (5) patah perkataan
  4. Ianya mestilah idea yang asli dan baru.
Juga terdapat beberapa syarat lain yang ditetapkan. Jadi kepada semua peserta, anda boleh layari laman web DI SINI untuk dapatkan borang penyertaan, spesifik reka cipta slogan dan ketahui syarat-syarat penyertaan.
  1. Hadiah Utama akan menerima wang tunai RM500 dan sijil penyertaan.
  2. Tiga (3) hadiah saguhati bernilai RM100 setiap seorang dan sijil penyertaan.

Tips Pengguna : Ketahui Status Halal

0
Tips Pengguna : Ketahui Status Halal | Baru-baru ini kita ada baca di mana kejadian berlaku di sebuah kedai mamak pada awalnya disabitkan dengan 1 kesalahan larangan merokok tetapi selepas di soal siasat di dapati kedai mamak itu beroperasi di mana pemiliknya bukanlah beragam Islam jadi dia bukan mamak. Sekadar menampal dan menulis tulisan-tulisan jawi di dinding-dinding kedai sahaja.
Kejadian itu sedikit sebanyak akan memberi kesan lagi-lagi kepada pengguna atau pelanggan kedai-kedai mamak. Adakah ada lagi kejadian seperti ini? Mungkin status halalnya boleh diragui. Tetapi admin harap kedai-kedai mamak di tempat lain pemiliknya betul-betul Islam dan status halalnya sahih la kan. Yang penting juga kebersihan
Tips Pengguna : Ketahui Status Halal

Jadi pihak berwajib MYKPDNHEP telah mengeluarkan infografik yang ringkas dan padat kepada semua pengguna untuk ketahui status halal bagi sesuatu barangan yang platfomnya disediakan oleh pihak JAKIM. Jadi mari kita pengguna sama-sama belajar tentang perkara ini. 
  1. Pilih barangan yang ada logo halal oleh JAKIM
  2. Periksa bahan dalam makanan dan minuman (ingredients)
  3. Waspada barangan kulit yang meragukan
  4. Ketahui status halal melalui www.halal.gov.my
  5. Elakkan memasuki premis yang logo halalnya selain daripada JAKIM
Tips Pengguna : Ketahui Status Halal

Sedikit-sebanyak dengan tips kita dapat belajar bagaimana untuk mengetahui status halal bagi sesuatu barangan yang ada di Malaysia. Ingat sebagai yang muslim itu, mencari yang halal sesuatu yang wajib.

Kenapa Anda Perlu Sertai PALAPES Semasa Zaman Universiti Anda

0
Melalui akaun Twitter individu yang menggunakan nama ayieabraham yang berkongsi kepada pengguna Twitter ‘Kenapa anda perlu sertai PALAPES pada zaman Universiti Anda’ yang mendapat perkongsian semula atau Retweet sebanyak 930 kali.

Jadi di sini, admin ingin kongsikan kepada pembaca pendidikan4all intipati tweet tersebut
Sekarang ini mungkin pelajar-pelajar Universiti Awam khususnya sedang menghadapi peperiksaan akhir semesta ataupun sudah mula bercuti. Pengambilan pelajar semester 1 sudah pun bermula pada September 2018 yang lalu, jadi pelajar tersebut akan naik ke semester 2 pada bulan yang akan datang. Jadi perkongsian ini mungkin berguna kepada yang akan masuk Universiti pada sesi yang akan datang ataupun pihak PALAPES masih lagi membuka tawaran untuk pelajar-pelajarnya.

Kenapa Anda Perlu Sertai PALAPES Semasa Zaman Universiti Anda

Kenapa Anda Perlu Sertai PALAPES Semasa Zaman Universiti Anda

Kenapa Anda Perlu Sertai PALAPES Semasa Zaman Universiti Anda
PALAPES merupakan singkatan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan iaitu merupakan satu badan kokurikulum di Universiti. Sertai PALAPES bermakna secara tidak langsung anda telah sertai Angkatan Tentera Malaysia di Rejimen Askar Wataniah (Darat).

Antara kelebihan sertai PALAPES adalah:

     1. Mendapat jaminan koleh kediaman di Universiti

Dengan sertai PALAPES, ianya akan menjadi kolej kediaman anda untuk sepanjang pengajian (sebagai contoh di USM). Jadi anda hanya perlu tumpu pada PALAPES sahaja. Tidak perlu kejar markah merit kolej kediaman dengan sertai pelbagai event atau acara bagi menjamin penempatan kolej kediaman

     2. Dapat elaun

Bila anda sertai PALAPES, setiap kali latihan anda akan dibayar. Paling lumyan adalah latihan tempatan iaitu RM60 sehari. Itu belum campur latihan berterusan dan annual camp.

     3. Makanan

Setiap kali latihan anda tidak perlu risau berkaitan dengan duit makan. Ini kerana makanan akan disediakan dari pagi sampai malam. Ianya ketika latihan je la.

     4. Belajar ilmu perang

Walaupun masih Inter di dalam PALAPES, ketika Junior ini anda akan belajar pelbagai ilmu seperti baca peta sampailah bahasa isyarat medan atau dipanggil IMP. Selain itu juga, anda berpeluang pegang senjata M16, GPMG dan senjata-senjata lain.

     5. Belajar disiplin masa

PALAPES ini banyak menitikberatkan masa terutamanya dalam perbarisan. Perkara ini jika diaplikasikan kepada kehidupan seharian ianya sangat bagus. Jadi bila sudah terbiasa dengan disiplin masa, bagi hal berkaitan hadir ke kelas, discussion, meeting dan sebagainya menjadi lebih mudah dan punctual.

      6. Melatih Leadership

Di dalam latihan sentiasa akan diselitkan dengan perkara Leadership sebagai seorang pegawai. Sebenarnya leadership tentera bukan hanya tegas yang macam dipertonton di TV tetapi mereka ajar macam mana mahu kawal anak buah dan buat orang jadi loyal dengan cara tersendiri.

     7. Melatih untuk menjadi lebih kuat

Kuat di sini tidak bermakna pada fizikal semata tetapi lebih kepada mental. Anda akan merasa macam mana kena jalan berpuluh kilometer tapi tak sampai-sampai, tak mandi sampai 3 ke 4 hari, gali kubur atas bukit berbatu dan macam-macam lagi. Di sini kita akan diuji, tahan atau tidak.
Disebalik semua ini, memang anda akan dengan percakapan orang, jangan sertai PALAPES sebab nanti penat, teruk, kacau pointer, gangu pelajaran dan macam-macam lagi. Tetapi sebenarnya iainya bergantung kepada individu itu juga. Jika anda malas, tidak berjaya atur kokurikulum dan pelajaran, sudah pastinya ianya semua akan rosak.
Terserah pada pelajar atau individu tersebut, jika berminat dan layak boleh sertai dan sebaliknya. Di akhirnya penulis ada berkongsi beberapa keping gambar berkaitan PALAPES.

Kenapa Anda Perlu Sertai PALAPES Semasa Zaman Universiti Anda

Kenapa Anda Perlu Sertai PALAPES Semasa Zaman Universiti Anda

Kenapa Anda Perlu Sertai PALAPES Semasa Zaman Universiti Anda

Kenapa Anda Perlu Sertai PALAPES Semasa Zaman Universiti Anda

sumber: twitter ayieabrama

Pendidikan Untuk Semua

Peruntukan RM25 Juta Kepada Sekolah Pondok Berdaftar

0
Melalui pembentangan Belanjawan 2019 pada Oktober lalu, Menteri Kewangan, Lim Guang Eng menyatakan di mana pihak Kerajaan akan memperuntukan sebanyak RM50 juta kepada Sekolah Tahfiz manakala RM25 juta disalurkan kepada Sekolah Pondok yang berdaftar.
Peruntukan RM25 Juta Kepada Sekolah Pondok Berdaftar

Jadi baru-baru ini, melalui pihak Kementerian Kewangan secara rasminya telah memberi cek kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mujahid di kementeriannya terus kepada pihak JAKIM.
Peruntukan ini bertujuan menaik taraf dan menyelenggara sekolah pondok yang berdaftar supaya pelajar-pelajar dapat menuntut ilmu dan melalui suasana pembelajaran dengan selesa, selamat, sihat dan berkualiti.
Jadi dengan peruntukan ini menjadikan lagi Sekolah Tahfiz terutamanya Sekolah-Sekolah Pondok menjadi medan ilmu agama yang boleh dituntut oleh orang ramai. Sudah tentu peruntukan ini akan diperguna sebaik mungkin oleh pihak sekolah bagi menjaga kebajikan pelajar dan guru-guru sebagai golongan pendidik. Ibu bapa juga menjadi lebih yakin untuk menghantar anak-anaknya bagi menimba ilmu agama di Sekolah Pondok.
Pendidikan Untuk Semua

Pentingnya Redha Seorang Guru | Manfaat Sebagai Ibu Bapa Kepada Anak-Anak

0
Pentingnya Redha Seorang Guru | Manfaat Sebagai Ibu Bapa Kepada Anak-Anak

Satu kisah berlaku di zaman Syekh Abdul Qadir al-Jailani..

Ada seorang yang busuk hati nya ingin menfitnah Syekh Abdul Qadir..

lalu ia mencari jalan untuk menfitnahnya..

Maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syekh Abdul Qadir dan mengintipnya..

Kebetulan ketika ia mengintip Syekh Abdul Qadir..

ia melihat Syekh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya..

Syekh Abdul Qadir suka makan ayam..

dan setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain..ia akan makan separuh sahaja..

lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya..

Maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syekh Abdul Qadir tadi..

Pakcik ada anak namanya ini?

Jawab si bapa: ya ada..

Anak pak cik belajar dengan Syekh Abdul Qadir?

Jawab si bapa: ya.

Pakcik tahu, anak pakcik dilakukan oleh Syekh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja..

Syekh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik..

Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syekh Abdul Qadir..

Wahai tuan syekh, saya menghantar anak saya kepada tuan syekh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing..

Saya hantar kepada tuan syekh,supaya anak saya jadi alim ulama’..

Syekh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja..

Kalau begitu ambillah anakmu..

Maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk pulang..

Ketika keluar dari rumah syekh menuju jalan pulang..

bapa tadi tanya pada anak nya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam..

ternyata kesemua soalannya di jawab dengan betul..

Maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syekh Abdul Qadir..

Wahai tuan syekh terima lah anak saya untuk belajar dengan tuan semula..

tuan didik lah anak saya..

ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan juga diperlakukan seperti kucing…

ku melihat ilmu anak ku sangat luar biasa bila bersamamu..

Maka jawab tuan Syekh Abdul Qadir..

bukan aku tidak mahu menerimanya kembali..

tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU..

ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu..

disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU..

maka anak yang menjadi mangsa..

Begitulah ADAB dalam menutut ilmu..

Anak, mak, ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru..

Betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita..

Kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru..

Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab,memaki dan mengaibkan gurunya..

Kata ulama: Satu perasangka buruk sahaja kepada guru mu..

maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepadamu..

Semoga Allah jadikan kita orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita.

perkongsian daripada facebook : Shaharuddin Bin Saad Saad

Jom Sambung Belajar Bagi Program Separa Masa Di UTeM

0
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTeM akan mengadakan hari terbuka bagi Program Separa Masa UTeM pada 13 Januari 2019 bersamaan hari Ahad. Menurut poster yang dikongsikan, program ini bermula jam 9 pagi sehingga 1 petang yang bertempat di Dewan UTeM 1 di Fakulti Teknologi Kejuruteraan di Kampus UTeM Ayer Keroh Melaka. 

Jom Sambung Belajar Bagi Program Separa Masa Di UTeM

Program kali ini dibuka untuk 2 kemasukkan iaitu kemasukkan pada Februari 2019 dan juga September 2019 bagi program Sarjana dan juga Sarjana Muda.
Bidang yang ditawarkan seperti bidang Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Teknologi Kejuruteraan dan bidang Pengurusan. SKIM Pinjaman PTPTN juga disediakan pada yang layak.
Jadi untuk mengetahui syarat-syarat kemasukkan anda boleh tengok di website UTeM official. Kepada yang sedang bekerja, mungkin inilah peluang anda untuk dapatkan sijil yang lebih tinggi daripada keadaan sekarang bagi meningkatkan taraf kehidupan.
Bagi lebih maklumat anda boleh layari laman web www.utem.edu.my/ppsh atau menerusi talian di 06-2704594 / 06-2704596 / 06-2704597.
Pendidikan Untuk Semua

Sebab-Sebab Kenapa Peperiksaan Bagi Pelajar Tahap 1 Di Mansuhkan

0
Jika anda lawati blog ini sebelum ini, admin saya ada kongsikan 1 entry yang berkaitan perkara-perkara yang bakal berubah di dalam sistem pendidikan Malaysia bagi tahun 2019. Daripada 7 usaha yang akan berlaku, salah satunya adalah Peperiksaan Tahap 1 bagi murid Tahun 1, 2 dan 3 akan di mansuhkan di ganti dengan pentaksiran alternatif.
Sebab-Sebab Kenapa Peperiksaan Bagi Pelajar Tahap 1 Di Mansuhkan
Baru-baru ini Menteri Pendidikan Dr. Maszlee ada kongsikan video kepada rakyat Malaysia melalui laman facebook rasmi beliau di mana video tersebut menerangkan 10 Sebab kenapa Peperiksaan Tahap 1 Dimansuhkan. Selari dengan pendekatan pendidikan ke arah “learning centered”, bukan lagi “exam oriented”.

10 Sebab Kenapa Peperiksaan Tahap 1 Di Mansuhkan

Sebab-Sebab Kenapa Peperiksaan Bagi Pelajar Tahap 1 Di Mansuhkan
Sebab-Sebab Kenapa Peperiksaan Bagi Pelajar Tahap 1 Di Mansuhkan
  1. Tiada lagi penilaian seragam untuk lebih fokus kepada kepelbagaian pontensi murid
  2. Guru boleh memberikan tumpuan penuh kepada tugas mendidik
  3. Murid bebas dari tekanan di awal usia persekolahan
  4. Guru dapat menyemai nilai-nilai murni dalam diri murid dengan prinsip Values are caught and taught
  5. Dapat membentuk karekter murid dengan kaedah Learning-Centered
  6. Dapat membina dan memperkukuh kemahiran 4M, 
    1. Membaca
    2. Menulis
    3. Mengira
    4. Menaakul (berfikir dan membuat pertimbangan secara logik)
  7. Dapat melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang terdiri daripada permainan, projek mudah, main peranan, bercerita dan kuiz
  8. Dapat mempertingkatkan bakat, minat, kemahiran dan sahsiah murid
  9. Guru diberi ruang untuk merancang aktiviti PBD
  10. Objektif pembelajaran berdasarkan standard yang ditentukan oleh guru mengikut keadaan dan keperluang murid

Pendidikan Untuk Semua

Perkongsian Daripada Nik Amira, Tips Kuasai Bahasa Inggeris

0
Perkongsian Daripada Nik Amira, Tip Kuasai Bahasa Inggeris Cara Beliau | Perkongsian kali ini di petik daripada laman web GPSBestari di mana mereka berpeluang mengenali lebih dekat bagaimana kanak-kanak yang bermula sebagai murid yang lembam (slow learner) memilih untuk berubah dan dia kini sedang meniti mercu kejayaan.
Perkongsian Daripada Nik Amira, Tips Kuasai Bahasa Inggeris

Menurut mereka, Nik Amira ini pada awalnya di sekolah rendah tidak faham pun Bahasa Inggeris ni, tetapi perubahan berlaku bermula di sekolah menengah. Dengan pelibatan Choral Speaking  dan Toyota Eco Youth (TEY) menjadi turning point kepada kehidupannya ke arah Bahasa Inggeris. Kini, Nik Amira sudah pun melanjutkan pelajar dalam di dalam bidang TESL di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato Razali Ismail, Terengganu
Jadi dengan 15 tips yang dikongsikan oleh adik Nik Amira ini, mungkin boleh di aplikasi kepada pelajar-pelajar yang ingin betul-betul kuasai bahasa kedua selain Bahasa Melayu iaitu Bahasa Inggeris.
  1. Push oneself to understand any English movies or cartoons. Avoid looking at subtitles. Cuba fahamkan situasi dan reaksi setiap watak untuk faham apa yang cuba disampaikan. Belajar sebegini boleh bantu individu untuk real life situation yang melibatkan penggunaan foreign language untuk kita paham situasi yang tengah berlaku.
  2. Sing your heart out loud! English songs, of course. The most fun and entertaining ways!
  3. Be confident! Jangan takut buat silap. Sebab kita terlalu fikirkan grammatical error dalam speaking, kita pilih untuk diam daripada bercakap English.
  4. Ajak kawan-kawan untuk speaking as well! Andai kata tidak ada kawan mahu sertai, kita ada social media! Use that platform to connect with others in English.
  5. Macam bahasa Melayu, English boleh improve dengan tekankan empat basic core (reading, speaking, writing, listening). Asas ini memang diajar sejak sekolah.
  6. The use of newspaper in English (NIE). Improve vocabulary dengan baca surat khabar dalam bahasa Inggeris kemudian kenal pasti perkataan-perkataan yang tidak difahami, tulis perkataan itu dalam notebook, guna kamus untuk tahu maksud. Jadikan notebook itu khas untuk tulis vocabulary yang tak difahami, jangan campur dengan benda lain.
  7. Banyakkan membaca! Membaca bukan sahaja dapat tingkatkan vocabulary, in fact perkongsian maklumat pun dapat.
  8. Sepanjang pembacaan, andai kata tak paham satu perkataan, cuba baca the whole sentence dan sesuaikan perkataan tu dengan whole sentence. It helps a lot.
  9. Suka tulis diari atau jurnal? Try it in English! (blog pun boleh!)
  10. Improve punctuation and intonation dengan record diri sendiri bercakap. Atau bercakap depan cermin (boleh tingkatkan confident)
  11. Jangan terlalu tekankan diri untuk speaking dalam certain accent sahaja. Yang paling penting, maksud yang dibawa itu boleh difahami
  12. Debate in English.
  13. Try some tongue twister
  14. Learn from Youtube
  15. And teachers

Perkongsian Daripada Nik Amira, Tips Kuasai Bahasa Inggeris
Penglibatan di dalam TEY

Perkongsian Daripada Nik Amira, Tips Kuasai Bahasa Inggeris
Nik Amira (kanan) Bersama guru pembimbing TEY

Pendidikan Untuk Semua


sumber: GPSBestari

Universiti Malaysia Antara 100 Yang Terbaik Di Dalam UI University GreenMetric World Ranking

1
university greementric world ranking

6 Universiti daripada Malaysia telah diikitraf atara yang terbaik bagi usaha kelestarian kampus hijau dan pengurusan alam sekitar. UI University GreenMetric World Ranking merupakan inisiatif Universiti Indonesia yang dilancarkan pada tahun 2010. 

Sebagai sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan kedudukan antarabangsanya, Universiti tersebut menganjurkan Persidangan Antarabangsa mengenai Kedudukan Universiti Dunia pada 16 April 2009

Anda boleh lihat keseluruhan ranking di www.greenmetric.ui.ac.id

Antara Universiti di UI University GreenMetric World Ranking, 2018

Di dalam UI-GreenMetric World University Ranking 2018, terdapat 6 buah universiti Malaysia tersenarai dalam 100 terbaik iaitu Universiti Putra Malaysia 32 (UPM), Universiti Malaya (UM) 36 , Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 70, Universiti Malaysia Sabah (UMS) 71, Universiti Utara Malaysia 76 (UUM) dan Universiti Malaysia Pahang 97 (UMP).

[Sudah Baca?] Senarai Universiti Terbaik Dunia

Penilaian ini dibuat berdasarkan 6 kriteria utama iaitu keluasan tanah dan infrastruktur (15%), tenaga dan perubahan iklim (21%), sisa buangan (18%), air (10%), pengangkutan (18%) dan Pendidikan (%).

Admin merupakan alumni UMP dan sekali gus bangga dengan pencapaian ini yang menunjukkan universiti kita berusaha kearah  kampus hijau dan mengadakan pengurusan alam sekitar dengan baik sekali. 

Admin harap masih banyak lagi universiti di Malaysia mementingkan pengurusan kearah kampus hijau bagi menjaga alam sekitar. 

sumber: bernama

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json