advertisement
Home Blog Page 53

Disediakan Makanan Dan Minuman Ketika Menjawab Peperiksaan

0
Disediakan Makanan Dan Minuman Ketika Menjawab Peperiksaan | Setiap dari kita yang bersekolah atau sudah melalui zaman universiti sudah pastinya akan melalui pengalaman menjawab peperiksaan. Tak kira la kita jawab di dewan peperiksaan atau di kelas atau di mana sekali pun. 
Tahukah anda melalui perkongsian daripada satu laman facebook Life in Saudi Arabia menunjukkan suasana di mana calon-calon sedang menjawab soalan peperiksaan dan yang paling istimewanya ianya turut disediakan makan dan minum bagi mereka. Suasana ini katanya berlaku di negara Arab Saudi.

Disediakan Makan Minum Bagi Ketika Menjawab Peperiksaan

Disediakan Makan Minum Bagi Ketika Menjawab Peperiksaan
Disediakan Makan Minum Bagi Ketika Menjawab Peperiksaan

Disediakan Makan Minum Bagi Ketika Menjawab Peperiksaan

Dengan melihat gambar dan suasana sedemikian, mungkin tenaga pengajar di Arab Saudi begitu serius bagi melancarkan perjalanan peperiksaan itu sana. Mereka seolah-olah menjaga kebajikan pelajar hatta ketika peperiksaan di jalankan. Ingin pastikan pelajar dapat keperluan yang cukup ketika menjawab peperiksaan. 
Kalau saya ni, tengok dengan air dan makanan semua ni, tak jawab exam dah, minum dan makan je. hahaha Mungkin nanti anda boleh cadangkan pada pengurusan sekolah atau universiti anda untuk sediakan makanan dan minuman ketika peperiksaan. Takda la lapar nanti masa jawab exam kan.
Pendidikan Untuk Semua

Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 5 Januari – 11 Januari 2019

0
Bermula pada 5 Januari, penetapaan harga runcti bagi produk petroleum; RON97, RON95 dan Diesel akan ditetapkan dan diperbaharui selama 1 minggu. Pengumuman harga runcit akan di buat pada hari Jumaat setiap minggu, dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu sehingga Jumaat. 
Penyelerasan harga runcit produk petroleum adalah berdasarkan kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Jadi setiap minggu pihak Kerajaan akan mengumumkan harga petrol yang baru.
Harga Runcit Produk Petroleum Bermula 5 Januari - 11 Januari

Bermula pada 5 Januari sehingga 11 Januari 2019, harga runcit petroleum bagi RON97, RON95, dan DIESEL untuk seliter seperti berikut:

RON 97 : RM2.23
RON 95 : RM1.93
DIESEL : RM2.05

sumber : MYKPDNHEP

Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) Akan Di Buat Pada 28 Januari 2019

0
Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) Akan Di Buat Pada 28 Januari 2019 | Jika sebelum ini kita diperkenalkan dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M oleh kerajaan lama, selepas kerajanaan baru mengambil alih BR1M telah ditukar nama kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat, BSHR. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ada memberi tahu sebelum ini, bahawa penerima BSHR akan diteliti semula supaya hanya yang betul-betul layak akan menerima bantuan ini.
Jika anda layari laman web rasmi BSHR terdapat maklumat terkini yang terbaru iaitu:
  1. Tarikh akhir penunaian BSH 2018 dilanjutkan sehingga 14 Disember 2018. Penunaian boleh dibuat di mana-mana Cawangan BSN.
  2. Tempoh kemas kini waris BSH 2018 di LHDNM adalah sehingga 15 Januari 2019. Manakala tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2018 di mana-mana Cawangan BSN adalah sehingga 31 Januari 2019.
  3. Makluman rasmi tarikh pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dalam tempoh terdekat.

Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) Akan Di Buat Pada 28 Januari 2019

Jika pada 2018 sebelum ini, pembayaran pertama telah dilakukan pada 6 Jun 2018 yang lalu dan pembayaran seterusnya adalah pada 15 Ogos 2018 yang dibuat lebih awal bagi meringankan beban rakyat menjelang perayaan Aidiladha sebelum ini
Jadi bagi tahun 2019 ini, menurut Menteri Kewangan, Lim Guang Eng dalam kenyataan media sebelum ini memberi tahu bagi pembayaran fasa pertama BSH 2019 akan dibuat mulai 28 Januari 2019 (Sebelum Tahun Baru Cina) bagi pemohon yang lulus semasa BSH 2018.
Jadi bagi anda yang ingin mengetahui cara membuat kemaskini; maklumat apa yang perlu, cara kemaskini, maklumat-maklumat penting dan juga mahu membuat semakan kelayakan, anda boleh layari blog ini.
Jadi jika anda mempunyai masalah berkaitan dengan BHSR, anda boleh terus dail di talian bebas tol di 1-800-88-2747 (BSHR) atau terus laman web rasmi www.bsh.hasil.gov.my

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Akan Di Agihkan Seawal Esok, 4 Jan 2019

0
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Akan Di Agihkan Seawal Esok, 4 Jan 2019 | Melalui kenyataan media di laman twitter rasmin Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik di mana pada hari jumaat bersamaan 4 Januari 2019, BAP atau Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100 akan di agihkan kepada lebih tiga juta pelajar tahun 1 sehingga tingkatan 5.
Melalui kenyataan itu juga, sebanyak RM312 juta telah diperuntukkan kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di 10,175 buah Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK). Setiap seorang pelajar layak menerima RM100 yang dibayar wang tunai.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Akan Di Agihkan Seawal Esok, 4 Jan 2019
Selain SK dan SBK, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) yang diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga diperuntukkan sebanyak RM16 juta termasukkan juga Sekolah Swasta (Persendirian) yang telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Swasta KPM.
Harap dengan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini sedikit sebanyak meringankan beban ibu bapa yang sebelum ini telah berbelanja wang ringgit terlebih dahulu bagi menyiapkan kelengkapan anak-anak bagi memulakan persekolahan pada 2 dan 3 Januari 2019 baru-baru ini. 
Pendidikan Untuk Semua

Dapatkan Buku Teks Digital Di Aplikasi KPM eTextbook Dari Kementerian Pendidikan Malaysia

35
etextbook

Dapatkan Buku Teks Digital Di Aplikasi KPM eTextbook Dari Kementerian Pendidikan Malaysia | Sebelum ini pihak kerajaan telah mengeluarkan hasrat bahawa pembelajaran digital akan direalisasikan. Jadi hari ini, usaha awal pembelajaran digital ini telahpun terjadi di mana pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan aplikasi buku teks digital kepada murid sekolah.

etextbook

Download eTextbook

Menurut penerangan di dalam video terbitan KPM, aplikasi KPM eTextbook menyediakan buku teks digital ini dalam bentuk EPUB dan bukannya PDF. Kelebihan EPUB ini adalah, para murid dapat membuat nota, highlight bahagian-bahagian penting dan juga bookmark. Ianya seolah-olah anda menggunakan buku teks sebenar.

Untuk dapatkan buku teks digital, anda boleh dapatkan dipautan dibawah dan ikut arahan untuk pendaftaran buat kali pertama.

Bagi menggunakan eTextbook, anda boleh download aplikasi KPM eTextbook Reader ini terus ke smartphone anda sama di platform Android atau platfom iOS dan juga menggunakan komputer dengan download software disini. Kini anda boleh baca dengan semua peranti.

Selain itu, anda juga boleh muat-turun beberapa lagi buku teks digital sekolah rendah/menangah disini atau perkongsian daripada pautan PANDAI dibawah untuk sekolah rendah dan sekolah menengah

Buat masa ini, daripada penilitian saya, hanya terdapat beberapa judul buku sahaja terutamanya bagi tahun 1, tahun 6, tingkatan 1 dan tingkatan 4. Dan yang pastinya, bilangan judul akan di tambah dari semasa ke semasa.

Baca Juga : Jom Baca Buku, Majalah, Novel Secara Percuma Daripada Perpustakaan Negara

Jadi dengan adanya aplikasi ini, para murid dapatlah simpan buku teks di sekolah sahaja dan boleh menggunakan eTextbook ketika berada di rumah atau luar sekolah. Masalah bag berat dengan buku teks yang sering di hadapi oleh murid-murid sedikit sebanyak boleh dikurangkan dengan adanya KPM eTextbook. Tapi ingat, gunakan teknologi yang disediakan dengan bijak tau

Pewartaan Tempat Makan Sebagai Kawasan Larangan Merokok Bermula Januari 2019

0
Pewartaan Tempat Makan Sebagai Kawasan Larangan Merokok Bermula Januari 2019 | Bermula 1 Januari 2019, semua premis makanan diwartakan sebagai tempat larangan merokok selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018. Pernyataan ini di buat secara rasmi dan berkongsi di laman facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini.
Melalui infografik yang dikongsikan di laman facebook KKM terdapat beberapa tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok antaranya adalah:
  1. Gerai makan
  2. Rumah kedai
  3. Restoran di atas tanah lot
  4. Kedai makan atas awan
  5. Tempat makan terbuka
  6. Kedai makan dalam sungat
  7. Trak makanan
  8. Kenderaan
Pewartaan Tempat Makan Sebagai Kawasan Larangan Merokok Bermula Januari 2019
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, jika individu mahu merokok di kawasan-kawasan ini, pastikan jarak anda 3 meter daripada kawasan kedai. Dengan itu, anda boleh merokok tanpa sekatan.
Menurutnya lagi, jika terdapat kesalah atau melanggar peraturan, individu akan didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun. Bagi pemilik premis juga boleh dikenakan denda jika tidak mempamer tanda larangan merokok dan jika babit kesalahan akan didenda RM3000 atau penjara tidak lebih 6 bulan. Dan akhirnya, Bagi kesalahan gagal memastikan orang tidak merokok, denda maksimum RM5000 atau penjara tidak lebih 1 tahun.
Harap pewartaan ini sedikit sebanyak dapat mendidik individu yang merokok supaya hormat kepada individu sekeliling yang tidak merokok supaya lebih selesa ketika berada di kawasan kedai makan.

Petua Mendidik Anak Supaya Pandai Cakap

0
Mendidik Anak Supaya Pandai Cakap | Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan infografik di laman sosialnya di mana memberi tahu tidak perlu untuk memberi suplmen bagi membolehkan anak kecil pandai bercakap sebaliknya berkongsi beberapa petua sebagai didikan kepada anak-anak kecil.
Seperti pepatah ada berkata, lentur buluh biarlah daripada rebungnya. Sama juga seperti situasi ini, apabila masih kecil ini merupakan masa yang sesuai untuk mendidik anak selain pandai bercakap mestilah diisi dengan percakapan yang baik dan sopan. Ibu bapa cerminan kepada anak-anak. Jadi apa yang diperoleh sudah tentunya dipengaruhi oleh persekitaran terutamanya ibu dan ayah yang sentiasa dengan anak-anak. 
Mendidik Anak Supaya Pandai Cakap
Jadi jom kita tengok apa perkongsian pihak KKM kepada ibu bapa supaya dapat mendidik anak-anak pandai bercakap:
  1. Memastikan kontak mata sewaktu komunikasi
  2. Bercakap dengan suara berlagu
  3. Bercakap tentang aktiviti seharian
  4. Hasilkan peluang untuk komunikasi
  5. Menggalakkan anak-anak mengambil giliran dalam komunikasi
  6. Menggunakan ayat-ayat yang ringkas
  7. Galakkan aktiviti fizikal dan aktiviti seni
  8. Galakkan anak berdikari melakukan tugasan mudah
  9. Wujudkan aktiviti yang berulang

Melalui twitter rasmi KKM sendiri, ada beberapa pengguna bagi idea dan perkongsian supaya anak-anak ini dikurangkan penggunaan gadjet. Mungkin benar apa yang diperkatakan, ini kerana anak-anak sekarang terlalu kerap bersama gadjet berbanding komunikasi dengan orang sekeliling. Tetapi kadang-kadang gadjet itu mungkin memberi manfaat jika dipergunakan sebaiknya bagi tujuan pendidikan.

Terselit Kata-Kata Semangat Di Dalam Buku Teks Engineering

0
Terselit Jenaka Di Dalam Buku Teks Engineering

Terselit Kata-Kata Semangat Di Dalam Buku Teks Engineering | Sebagai pelajar tidak kira la di sekolah mahupun di universiti, buku teks tidak lari daripada kita. Fokus untuk posting kali ini, iaitu sebuah buku teks engineering yang digunakan kebanyakkan daripada pelajar kejuruteraan kimia. Di Malaysia tidak semua universiti menawarkan kos kejuteraan kimia, jadi sudah pastinya tidak ramai yang mengetahui tentang kewujudan kata semangat di dalam buku ini.
Buku kuning ini, Element of Chemical Reaction Engineering terkenal di kalangan pelajar chemical engineering khususnya di dalam subjek Chemical Reaction Engineering atau CRE. Kos engineering merupakan salah satu kos yang akan susah di Malaysia hatta di seluruh dunia, jadi sudah pastinya subjek yang menggunakan buku ini juga susah.
Penulis buku ini, H. Scott Fogler tahu akan susahnya subjek CRE ini dengan cara penyelesaian masalahnya, mencari jawapan yang tepat, jalan kerja dan macam-macam lagi. Selepas beberapa soalan yang anda belajar/baca/mengira daripada buku ni, tiba-tiba buku ni menyapa anda dan disuruhnya balik rumah dan berehat (Don’t calculate anything. Just go home and relax) daripada terus mengira atau belajar. Unik bukan. Anda boleh klik pada gambar di bawah dan baca pada bahagian P2-11 yang merupakan bahagian latihan. 
Terselit Jenaka Di Dalam Buku Teks Engineering
Saya rasa bukan buku ini sahaja yang ada kata-kata semangat yang unik seperti ini, mungkin buku teks daripada subjek dan kos lain pun ada. Jadi mana-mana yang ada pengalaman boleh kongsi di ruangan komen.

Pendidikan Untuk Semua

Bantuan Zakat Untuk Anak Terengganu Yang Sedang Menuntut Di IPT

0
Bantuan Zakat Untuk Anak Terengganu Yang Sedang Menuntut Di IPT | Berita baik untuk anak Terengganu yang sedang menuntut di IPT sama ada di dalam negara dan luar negara di mana Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, MAIDAM menyediakan Bantuan Zakat IPTA/IPTS. Ianya dibuka bermula daripada Sijil sehinggalah peringkat Phd. Jadi semua peringkat boleh memohon
Tujuan bantuan zakat ini sudah tentu dapat meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, tujuannya juga adalah memberi bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara. Sekali gus, membuktikan keprihatinan MAIDAM ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam menggalakkan menimba ilmu pengetahuan.
Melalui pautan rasmi facebook MAIDAM memberitahu penuntut di IPT boleh memohon bermula 1 Januari sehingga 31 Mac 2019. Permohonan boleh di buat secara atas talian atau online di pautan www.espmb.com/maidam_zakat/ dan seterusnya perlulah membuat penghantara ‘hardcopy’ dan dokumen berkaitan perlu di buat sebelum 31 Mac 2019. 
Bantuan Zakat Untuk Anak Terengganu Yang Sedang Menuntut Di IPT

Untuk syarat-syarat yang ditetapkan, anda boleh lihat di gambar di bawah atau di pautan http://www.espmb.com/maidam_zakat/DS_Syarat.aspx. Terus ikuti laman facebook MAIDAM untuk mengetahui info-info terkini.
Jadi dengan bantuan yang diberi ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan sepanjang dalam tempoh pembelajaran. Jika dapat kelak, pergunalah bantuan yang diberi dengan bijak.
Pendidikan Untuk Semua

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json