advertisement
Home Blog Page 54

Pas Perjalanan Tanpa Had My100 dan My50 Sudah Boleh Digunakan

0
Pas Perjalanan Tanpa Had My100 dan My50 Sudah Boleh Digunakan


Pas Perjalanan Tanpa Had My100 dan My50 Sudah Boleh Digunakan | Pada Belanjawan 2019 sebelum ini, Kerajaan akan memperkenalkan pas tanpa had selama 30 hari iaitu My100 dan My50 bagi pengangkutan awam. Inisiatif ini dibuat bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan menggalakkan menggunkan perkhidmatan pengangkutan awam. Justerus itu, pada 1 Disember yang lepas, Perdana Menteri, YAB Tun Mahathir telah berjaya melancarkan dengar rasminya My100 dan My50 yang seterusnya telah mendapat sambutan yang baik dengan kira-kira 20,000 pengguna telah mendaftar.
Jadi hari ini, pihak Rapid KL telah mengeluarkan pengumuman rasmi di halaman facebook rasminya di mana, pas tanpa had 30 hari, My100 dan My50 sudah boleh digunakan bermula 31 Disember 2018 lagi. 
Dengan itu, pengguna boleh dapatkan pas tanpa had dengan harga RM100 untuk My100 dan RM50 untuk My50 untuk digunakan selama 30 hari. Daftar dengan hanya menggunakan kad pengenalan MyKad atau kad MyTentera sahaja. Eksklusif untuk warga negara Malaysia sahaja, pas perjalanan My100 akan memberikan akses tanpa had untuk semua perkhidmatan yang disediakan oleh Rapid KL daripada monorel, LRT, MRT, Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway, bas perantara MRT dan semua bas ganti-ganti Rapid KL. 
Jadi anda boleh baca pengumuman rasmi sepenuhnya di laman facebook rasmi Rapid KL di sini. Anda naiklah sepuas hati pengangkutan awam tu semua selama 30 hari .
Pas Perjalanan Tanpa Had My100 dan My50 Sudah Boleh Digunakan
sumber: facebook rapid KL

Perubahan Yang Akan Berlaku Di Sekolah Pada Tahun 2019

0
Perubahan Yang Akan Berlaku Di Sekolah Pada Tahun 2019
Perubahan Yang Akan Berlaku Di Sekolah Pada Tahun 2019 | Kementerian Pendidikan Malaysia sedang membuat perubahan dan penambahbaikkan ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Jadi pihak KPM telah merangka beberapa strategi dan usaha yang baik yang akan berlaku bermula tahun 2019.
Perubahan ini sudah tentunya di nantikan oleh semua pihak sama ada pihak sekolah sendiri mahupun ibu bapa dan anak-anak. Jadi pada November 2018 yang lepas, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee telah berkongsi dengan rakyat Malaysia informasi di laman facebook dan twitter berkaitan perubahan yang akan berlaku pada 2019 ini.
Menurut daripada informasi grafik yang dikongsikan tersebut terdapat 7 usaha ke arah yang lebih baik akan berlaku kelak iaitu:
  1. Masalah sekolah daif akan diselesaikan secara signifikan
  2. Tiada lagi tugas-tugas pengkeranian guru yang membebankan
  3. Peperiksaan Tahap 1 bagi murid tahun 1,2 dan 3 akan dimansuhkan dan diganti dengan pentaksiran alternatif
  4. Penekanan kepada pendidikan berteraskan nilai
  5. Sarapan dan bantuan kepada murid B40
  6. Kanak-kanak tanpa dokumen boleh mula bersekolah
  7. Tiada lagi pembahagian kelas mengikut kelas pandai, kelas kurang pandai
Rata-rata komen atau reply yang saya baca di Twitter khususnya sukakan kepada usaha no 7 iaitu selepas ini tiada lagi pembahagian kelas mengikut kelas pandai dan juga kelas kurang pandai. Jika sebelum ini, kita sudah tahu, pembahagian kelas dibahagikan mengikut keputusan peperiksaan. Jika keputusan anda cemerlang, anda duduk di kelas terawal dan sebaliknya. Mungkin selepas ini ada cara lain yang lebih adil dan saksama bagi pembahagian kelas ini.
Semua 7 usaha yang di titikberatkan ini sudah pastinya memberi kebaikkan kepada semua pihak. Guru akan dapat lebih fokus mengajar dan membentuk anak bangsa manakala murid-murid pula lebih selesa dan tidak tertekan ketika berada di sekolah. Saya doakan semoga usaha-usaha KPM ini akan membuahkan hasil kelak.
Pendidikan Untuk Semua

Tarikh Bagi Peperiksaan MUET 2019

1
Tarikh Bagi Peperiksaan MUET 2019

Tarikh Bagi Peperiksaan MUET 2019 | Jika anda mahu sambung ke peringkat peringkat Ijazah pertama, anda perlulah mempunyai atau mengambil Malaysian University English Test (MUET) terlebih dahulu. Jadi bermula daripada 2012 lagi, peperiksaan MUET telah diadakan 3 kali untuk setahun. Mungkin tiada masalah lagi kepada pelajar untuk daftar MUET tersebut
Pihak MPM telah berkongsina 3 sesi bagi tahun 2019 yang bermula paling awal adalah bulan Mac, diikuti Jun dan September 2019. Anda boleh semak jadual seperti di bawah
Tarikh Bagi Peperiksaan MUET 2019
Jika berminat, anda boleh terus membuat pendaftaran MUET serta KLIK DISINI dan seterusnya di sana anda boleh dapatkan semua informasi berkaitan dengan test ini. Bagi sesi 1 tarikh pendaftaran akan berakhir lagi 8 hari, jadi sila berbuat demikian jika mahu hadiri test untuk Mac 2019.
Untuk mengetahui informasi dengan lebih lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan pilih MUET.

Selain daripada itu, berikut merupakan jadual bagi MUET ON DEMAND (MOD) bagi tahun 2019

jadual muet on demand

Untuk maklumat lebih terperinci berkaitan Jadual MOD ini ada boleh layari laman web DISINI dan terus membuat pendaftaran di laman rasmi mpm.edu.my

Peperiksaan Untuk Semua

Tips Kembali Ke Sekolah Bagi Murid-Murid

1
tips balik sekolah

Tips Kembali Ke Sekolah Bagi Murid-Murid | Esok Selasa, 1 Januari 2019 merupakan hari pertama persekolahan bermula bagi beberapa buah negeri seperti negeri Kedah dan Johor dan selebihnya bermula pada Rabu iaitu 2 Januari 2019. Jadi sudah tentunya bagi ibu bapa dan anak sudah pun menyiapkan kelengkapan lengkap bagi memulakan sesi persekolahan yang baru. Situasi sudah pastinya berbeza kepada murid yang pertama kali masuk alam persekolahan dan murid yang sudah tahun ke-2 atau lebih telah memulakan persekolahan.

Selain ibu bapa, anak-anak juga sepatutnya telah bersedia sepenuhnya sebelum memulakan persekolahan kelak. Jadi di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna kepada anak-anak untuk dipraktiskan ketika menjelang hari persekolahan. 

Tips Kembali Ke Sekolah

  1. Mungkin kebanyakan anak-anak sudah terbiasa tidur lewat ketika cuti persekolahan sebelum ini, jadi bermula malam ini, anak-anak perlulah masuk tidur awal supaya mendapat tidur yang cukup, sekali gus memberi mood yang ceria ketika bangun dan berada di sekolah nanti.
  2. Sebelum tidur, pastikan anak-anak menyediakan semua kelengkapan persekolahan dengan lengkap seperti baju, seluar, beg dan buku sekolah jika sudah dapat buku. Ini mesti dilakukan sehari sebelum sesi kelas bermula supaya tidak terlewat dan kelangkabut ketika bangun pagi.
  3. Anak-anak harus mengambil sarapan yang berkhasiat terlebih dahulu sebelum memulakan sesi kelas supaya tidak lapar dan boleh fokus di dalam kelas nanti. 
  4. Jika buat pertama kali untuk pergi ke sekolah tersebut, lawat dan kenali kawasan sekolah tersebut dan kawasan sekitarnya supaya kelak mudah untuk sampai bagi mengelak lewat.
  5. Kenali seramai kawan yang boleh dan cubalah bergaul dan berkawan dengan baik. Pengaruhilah mereka dengan sikap positif dan kebaikkan.
  6. Jagalah keselamatan ketika hendak pergi ke sekolah dan juga ketika hendak pulang. Melintas di kawasan yang disediakan dan jika ada jejantas, sila gunakan.
  7. Sentiasa berdoa supaya berada di dalam keselamatan dan sentiasa dilindungi daripada kejahatan yang nampak dan tidak nampak.

Mungkin banyak lagi tips berguna yang boleh dikongsikan kepada semua, jika anda ada idea untuk tips kembali ke sekolah, anda boleh kongsi di ruangan komen.

Senarai Facebook Page Rasmi Bagi Semua Universiti Awam Di Malaysia

0
Senarai Facebook Page Rasmi Bagi Semua Universiti Awam Di Malaysia

Senarai Facebook Page Rasmi Bagi Semua Universiti Awam Di Malaysia | Buat masa ini, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, Pendidikan Tinggi terdapat 20 Universiti Awam (UA) yang ditubuhkan serta diiktiraf di Malaysia. Jadi seluruh Universiti Awam di seluruhnya berada di bawah KPM. 

Universiti-universiti ini mungkin tidak semua dikenali oleh rakyat Malaysia. Ianya mungkin kurang pengiklanan di media elektronik sebelum-sebelum ini. Tetapi era sekarang mungkin menjadi lebih mudah untuk anda kenali dengan lebih rapat berkaitan Universiti Awam ini. Selain daripada website rasmi UA tersebut, mereka juga telah beralih media sosial iaitu ke facebook dengan menubuhkan facebook page secara rasmi. Jadi jika anda mahu lawati facebook page tersebut, anda boleh lihat senarai di bawah.

Senarai FB Page Untuk Semua Universiti Awam

Pendidikan Untuk Semua

Takwim Persekolahan Bagi Tahun 2019

1
Takwim Persekolahan Bagi Tahun 2019
Takwim Persekolahan Bagi Tahun 2019 | 2018 bakal melabuh tirai untuk beberapa jam lagi yang akan bersambung bagi tahun 2019. Jadi sudah tentunya penghujung tahun ini merupakan hari-hari yang sibuk bagi warga pendidik dan sudah tentunya ibu bapa juga tidak ketinggalan.
Pada hujung tahun inilah ibu bapa bertungkus lumus menyediakan peralatan dan pakaian terutamanya bagi sesi persekolahan yang bakal tiba bagi tahun baru iaitu 2019. Mungkin bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang sudah bersekolah sebelum ini sudah biasa, tetapi mungkin tidak kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang pertama kali untuk masuk ke alam persekolahan
Selain peralatan sekolah, ibu bapa juga seharusnya tahu tarikh-tarikh penting sepanjang sesi persekolah bagi tahun 2019 nanti. Jadi di sini saya akan kongsikan takwim sekolah bagi tahun 2019. Harap ianya membantu kepada semua murid-murid, ibu bapa dan warga pendidik.
Takwim dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B
Kumpulan A : Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
Kumpulan B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayan Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Takwim Persekolahan Bagi Tahun 2019

Takwim Persekolahan Bagi Tahun 2019
Pendidikan Untuk Semua

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json