advertisement

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan ini diumumkan melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh beliau yang juga sebagai Ahli Parlimen Parit Sulong.

“Saya ingin menzahirkan ucapay terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan” – kata beliau

Selaku Ketua Wanita UMNO, berdasarkan keputusan Majlis Kerta Tertinggi UMNO pada 3 Ogos 2021, beliau akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

Beliau menambah lagi, walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan, tetapi akan terus berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik Covid-19 yang teruk menjejaskan kehidupan manusia.

BACA : Dr. Maszlee Malik Umum Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan Malaysia

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan Kementerian yang banyak membantu saya melaksanakan tugas” – Ujar beliau lagi

Ini menjadikan beliau menteri ke-2 yang meletakkan jawatan sebagai Ahli Jemaah Jemaah Menteri selepas peletakan jawatan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada 3 Ogos yang lalu.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here