advertisement

Perdana Menteri Ke-9, Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob telah mengumumkan senarai Barisan Kabinet yang akan membantu beliau dalam menerajui pentadbiran.

Senarai Menteri dan Timbalan Menteri telah pun mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri telah mengumumkan dimana YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin dilantik sebagai Menteri Kanan – Menteri Pendidikan yang baru.

Pelantikan beliau seperti yang dijangka dan ianya masih dikekalkan sama seperti pentadbiran sebelum ini.

Selain itu, beliau akan dibantu oleh 2 Timbalan Menteri iaitu Timbala Menteri 1, YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon dan Timbalan Menteri II, YB Datuk Mohamad Alamin.

Semoga dengan pelantikan ini akan memberikan kelancaran pentadbiran terutamanya dibawah Kementeri Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya berkaitan para guru, urustadbir pendidikan dan seperti pemegang taruh terbesar, para pelajar.

Tahniah diucapkan!

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here