advertisement

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan garis panduan bagi pengurusan pembukaan semula sekolah lengkap dengan SOP kepada yang disediakan. Ianya bertujuan bagi rujukan para guru dan pelajar kelak.

Garis panduan ini terpakai kepada semua sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk juga Kolej Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam di bawah KPM beserta Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar dengan KPM.

BACA : Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Dilakukan Secara Online Sehingga 31 Disember 2020 – KPT

Kepada sekolah lain yang tidak berdaftar dengan KPM, mereka juga disarankan bagi merujuk garis panduan ini bagi pengurusan pembukaan semula sekolah di masa akan datang.

Seperti yang diberitahu sebelum ini, sesi pembukaan persekolahan akan diumumkan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum sesi sekolah bermula. Ini bertujuan memastikan pihak sekolah dapat bersedia bagi menerima murid di kala norma baharu selepas ini.

Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah

garis panduan

Paling utama sekali, pihak sekolah mestilah pastikan sekolah berada dalam keadaan selamat untuk beroperasi dan pastikan murid, guru dan warga sekolah yang hadir supaya dalam keadaan sihat dan selamat.

Kehadiran murid ke sekolah adalah secara berfasa seperti yang termaktub di dalam garis panduan tersebut. Ianya dimulai dengan murid yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM termasuk MBK.

Jadi selain daripada murid tidak disebut, mereka tidak perlu hadir ke sekolah dan akan meneruskan PdP di rumah sahaja sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut.

Norma Baharu Ketika Di Sekolah

  1. Membuat saringan terhadap murid, guru dan warga sekolah pada setiap hari di pintu masuk sekolah dan pastikan suhu badan tidak melebihi 37.5°C atau bergejala.
  2. Amalkan penjarakan sosial pada setia masa dengan pengawasan guru bagi semua murid, guru dan warga sekolah.
  3. Pastikan semua warga sekolah kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.
  4. Memastikan kedudukan murid dijarakkan dengan selang satu tempat duduk apabila mereka meniki kenderaan sekolah seperti bas/van/coaster.
  5. Susunan perabot dan kelengkapan PdP mengambil kira penjarakan sosial minimum satu meter antara setiap meja murid. Jika ianya tidak muat, lebihan murid perlu ditempatkan di kelas yang lain.
  6. Murid akan makan di dalam bilik PdP dibawah seliaan guru pada waktu rehat. Jadi pihak pengusaha kantin hanya menyediakan makanan berbungkus sahaja.

Banyak lagi beberapa panduan yang anda perolehi daripada Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah ini. Anda boleh dapatkan di pautan KPM disini.

Diharapkan kepada pihak pengurusan bagi setiap sekolah dapat melaksanakan mengitu Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah ini dengan lancar dan baik.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here