advertisement

Berita baik untuk Anak-Anak Selangor. Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan Hadiah Masuk Universiti sebanyak RM1000 kepada pelajar yang bakal memasuki alam pengajian tinggi.

Sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan 14 peratus daripada keseluruhan Belanjawan Selangor 2020 untuk pendidikan sahaja. Ini kerana pendidikan sangat penting bagi Selangor bagi membina masyarakat maju selaras dengan agenda Negeri Pintar Perdana ASEAN 2025.

BACA : Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Daripada Zakat Selangor

Tawaran ini digelar Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) dimana Kerajaan Negeri akan memberi hadiah dalam bentuk wang kepada anak-anak Selangor yang layak sebanyak RM1000.

Sedikit sebanyak, bantuan yang ditawarkan daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor ini dapatkan mengurangkan beban kewangan keluarga apabila anak mereka masuk ke universiti nanti.

Mohon Segera Hadiah Masuk Universiti Khusus Untuk Anak Selangor

hadiah masuk universiti

Tawaran Hadiah Masuk Universiti untuk anak Selangor ini buat keluarga yang mempunyai pendapatan RM5000 ke bawah. Anda perlu memohon sebelum 11 September 2020 secara online di pautan dibawah

Syarat Permohonan

  1. Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
    1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    2. Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    3. Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor dan ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  3. Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja*.
  4. Pemohon telah mendaftar diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
  5. Pemohon adalah pelajar tahun pertama sahaja.
  6. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  7. Pendapatan isi rumah Ibu, Bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah sahaja.
  8. Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.

Nota;

*Matrikulasi / Kolej Vokasional / IKBN / IKTBN / Kursus Persediaan / Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI / KPLI)/ Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/ Pengajian Luar Kampus (PLK) tidak layak memohon.

Untuk sebarang persoalan anda boleh hubungi 03-5544 7385 / 03-5521 2306

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here