Kehidupan kampus adalah fasa yang sangat best jika anda melaluinya dengan betul dan sempurna. Anda laluinya seperti pelajar kampus lain. Menghargai setiap detik yang mana anda akan tidak laluinya lagi jika sudah masuk ke alam pekerjaan.

Jadi kepada bakal-bakal mahasiswa yang akan memasuki alam kampus mungkin bulan Julai, Ogos, September, Oktober atau masa-masa lain yang biasanya tempoh kemasukan pelajar. Sila buat persediaan dan ketahui apa perkara yang boleh dibuat supaya kehiduapan kampus anda sangat bermakna. Selain daripada tujuan asal mencari ilmu, carilah perkara-perkara yang baik dan berkualiti sepanjang berada di kampus dan universiti.

Jadi untuk ketahui lebih lanjut, ikuti 24 tips jalani hidup berkualiti di Kampus. Tips ini anda boleh aplikasikan bermula masuk ke pintu kampus sehingga tamat belajar nanti.

1Masa Orentasi, Pergilahlah!

Kenapa tidak? Orentasi merupakan salah satu teknik yang digunakan mana-mana kampus untuk pelajar membiasakan diri dengan persekitaran kampus. Tidak pergi atau mengelakkan diri akan mendatangkan masalah di kemudian hari. Lagi cepat anda adapt dengan persekitaran universiti, lagi mudah urusan anda di kemudian hari.

2Kenali Rakan Sebilik

Rakan sebilik merupakan individu yang paling rapat dan boleh diharapkan ketika anda masih belajar di kolej atau universiti. Ini kerana mereka lebih memahami dan mengalami kondisi serta pengalaman yang serupa. Oleh itu, ambil masa untuk kenali betul-betul rakan sebelik. Cipta perhubungan dan komited. Buang jauh-jauh hasrat dengki, iri hati atau perkara yang tidak baik.

3Get Organized!

Mungkin ketika di sekolah menengah, anda masih boleh ambil ringan akan tarikh siap kerja sekolah. Sebaik anda melangkah ke universiti, semua pensyarah mengharapkan anda untuk bersedia sepenuhnya. Dapatkan PDA, organizer ataupun kalender dinding besar dan ambil berat akan tarikh akhir setiap tugasan. Zaman terknologi ini, boleh guna smartphone anda sahaja.

4Lokasi Ulang Kaji

Bila sudah lama berada di kampus, ini peluang untuk anda selidik dan cari lokasi ideal untuk mengulang kaji pelajaran. Ia mungkin di bilik asrama, perpustakaan, di bawah pondok khas atau di mana-mana sahaja. Jika boleh elak sebarang gangguan yang ada.

5Jangan Ponteng Kelas!

Ini sudah jelas bukan? Mungkin godaan lain seperti tidur nyenyak dan mengelak kelas pagi boleh jadi alasan untuk anda mengelakkan diri pergi ke kelas. Elakkan daripada mengambil pendekaran begini. Selain mempelajari banyak ilmu berguna, anda akan mendapat banyak tip tentang peperiksaan, tugasan, amali dan lain-lain.

6Dapatkan Keseimbangan

Kehidupan kolej adalah campuran pelbagai kejadian sosial dan akademik yang boleh mengelirukan jika diri tidak kuat untuk menempuhnya. Oleh itu, perlu bijak untuk mengimbangi keduanya. Pegang motton ini, ‘study hard so you could play hard’

7Libatkan Diri

Salah satu masalah besar bagi pelajar-pelajar baharu adalah gabungan ‘terlalu rindukan keluarga di kampung’ dan rasa tidak diingini dan diterima. Penyelesaian? Get involved! Libatkan dan sibukann diri dengan menyertai apa jua aktiviti yang dianjurkan sama ada di kolej kediaman, kampus atau mana-mana pertubuhan. Dari situ anda akan mendapat kawan baharu, belajar kemahiran baru dan berasa lebih terhubung dengan tempat belajar anda itu.

8Guna Sebaiknya Sumber

Di sini, anda digalakkan untuk mengambil kesempatan akan segala sumber yang disediakan pihak universiti khas untuk pelajar. Makmal, bilik discussion dan lain-lain untuk anda memperkasakan pembelajaran. Gunakan sebaik-sebaiknya. Kalau ada kampus sediakan bilik permainan video games, guna sahaja tetapi aturlah masa sebaik mungkin tau.

9Cipta Masa Untuk Diri Sendiri

Ya, sentiasa mengahadap buku dan laporan serta mengulang kaji 24/7 boleh membuatkan anda tertekan. Oleh itu, anda digalakkan untuk mengetepikan sekejab soal itu dan buatlah masa untuk diri seperti beriadah, jogging, pergi ke gym, karaoke, membeli belaha bersama rakan sebilik mahupun daftarkan diri ke kelab-kelab bermanfaat di universiti.

10Jangan Tertekan

Zaman belajar di kolej mahupun universiti adalah masa untuk benar-benar menerokai siapa diri anda yang sebenarnya. Apa yang anda suka untuk lakukan, kepakaran dan kekurangan anda. Ia bukan satu perlumbaan dan ambillah masa untuk menikmati saat ini. Jangan pula tertekan dengan membuat keputusan terburu-buru tentang perancangan masa depan. Just follow the flow

11Bertanggungjawab

Galas tanggungjawab untuk diri sendiri atas apa jua tindakan anda. Jangan letakkan kesalahan itu kepada orang lain. Sebagai seorang yang sudah dewasa, apa jua yang berlaku ketika zaman kampus adalah atas tindakan dan keputusan dari dalam diri sendiri. Be a man and own it!

12Jalin Rangkaian

Teknik ini wajar diambil sebaik saja anda melangkah masuk ke dalam kelas. Cipta rangkaian dan perhubungan dengan rakan-rakan sekelas. Jangan sombong dan mengharapkan anda yang ditegur terlebih dahulu. Jangan buat perangan dan bawa sikap yang boleh membuatkan orang disekeliling tidak senang dengan anda.

13Berjumpa dan Kenali Pensyarah

Ini bukan bermakna anda cuba untuk membodek. Tetapi jalankan perhubungan yang baik di samping menghormati semua pensyarah. Merekalah yang dapat membantu anda bagi menghadapi konflik tertentu, menambah atau menggugurkan kursus, penjadualan kelas atau keputusan untuk menentukan major dan minor. Mereka adalah sumber utama anda. Mereka la juga yang akan menentukan lulus gagal subjek anda. Apasalahnya berbuat baik kan.

14Sasaran Gred Yang Baik

Gred dari CGPA yang baik tidak datang dengan mudah. Itu realitinya. Ia juga yang akan menentukan masa depan dan kerjaya anda. Oleh itu, sebaik sahaja anda melangkah masuk ke kampus, set sasaran untuk mendapatkan gred yang baik bagi setiap semester.

15Jangan Berlengah

Ini adalah virus utama yang sering dihadapi oleh pelajar-pelajar di mana-mana kampus. Suka berlengah-lengah terutama sekali melibatkan hal tugasan yang diberikan. Melakukan tugasan pada minit-minit akhir harus dilupuskan daripada minda kerana ia boleh memudaratkan dan memberikan kesan sebaik anda melangkah keluar dari zaman kolej nanti.

16Kekal Sihat

Kehidupan pada zaman universiti sememangnya mencabar. Dengan tekanan tugasa yang diberikan, masalah kewangan serta masalah peribadi mdah dihidapi terutamanya oleh pelajar tahun pertama, secara tidak langsung akan memberi kesan pada kesihatan. Oleh itu, jagalah diri untuk kekal sihat sepanjang masa. Jangan lupa untuk sentiasa bersenam, dapatkan tidur yang mencukupi, mengambil vitamin dan suplemen serta makanlah makanan yang seimbang.

17Jangan Malu

Kebanyakan kolej dan kampus banyak menyediakan pusat kesihatan dan kaunseling. Jika anda sakit atau berasa terpencil mahupaun tertekan, ambillah kesempatan daripada perkhidmatan yang disediakan khas untuk pelajar. Anda tidak perlu menghadapi isu-isu ini sendiri. Carilah bantuan dan jangan memendam.

18Kawal Homesick

Ini natural. Merupakan salah satu penyakit yang boleh menyerang sesiapa sahaja baik lelaki mahupun wanita. Apabila kerinduan melampau pada kampung halaman mula menjengah minda, ramai yang sudah tidak fokus. Oleh itu, belajarlah untuk mengawal rasa rindu itu. Carilah jalan untuk menghadapi tekanan ini, buatlah panggilan video atau whatsapp mereka.

19Jangan Tipu

Penting sekali untuk semua pelajar universiti atau kolej untuk mengekalkan tatasusila dan etika yang baik dan betul, terutamanya sekali apabila melibatkan hal-hal tugasan mahupun peperiksaan. Jangan sesekali, ambil ringan dengan menipu, meniru, dan sebagainya. Sekiranya anda ditangkap, padah yang akan menimpa.

20Kawal Penggunaan Gajet

Semakin dunia membangun dengan teknologi yang kian canggih dari hari ke hari, pelajar-pelajar juga tidak bebas daripada dijajah minda mereka yang dengan kesenangan penggunaan gajet. Di dalam bilik kuliah pun masih menghadap telefon bimbit. Sila kawal pengguanaan terutamanya ketika berada di dalam kelas.

21Luangkah lebih Masa

Dunia luar ibarat medan peperangan buat pelajar-pelajar universiti. Apa jual boleh berlaku, yang baik mahupun yang buruk. Oleh itu, habiskan banyak masa di dalam kampus. Kehidupan di luar kampus boleh mendatangkan pelbagai masalah yang sukar untuk ditangani, terutamanya buat mereka yang masih muda angkara mudah terpesona dengan godaan-godaan luar.

22Jaga Kewangan

Ini juga salah satu cabaran paling utama buat pelajar-pelajar dalam mengekalkan keluar masuk bajet harian. Berikutan dengan keadaan pelajar yang tidak biasa memgang duit lebih hasil daripada pinjaman PTPTN, biasiswa dan sebagainya. Pelajar akan bertindak untuk boros. Oleh itu, amalkan sentiasa berjimat dari menyimpan untuk kegunaan lebih penting pada masa hadapan.

23Sentiasa Bersabar

Ini adalah proses pembelajaran. Ia mengambil masa dan memerlukan semangat dan kekuatan yang maksimum. Pasti banyak suka duka yang bakal anda tempuhi. Sekiranya anda tersangkut, jangan berputus asa. Bersabar dan bangkitlah semula daripada kegagalan. Ambil ia sebagai pedoman bagi mengecap kejayaan.

24Jangan Tinggal Solat

Selain menjaga hubungan dengan kawan-kawan, pensyarah dan pengurusan universiti, ada yang paling penting untuk anda jaga hubungan iaitu dengan Allah. Mudah sahaja, anda ikuti apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Jangan tinggal solat, banyakkan berdoa dan selalu membaca al-Quran. Dengan redha Allah, kesemuanya akan dipermudahkan terutamanya dalam dunia kampus.

sumber : maskulin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here